Pages

Tuesday, November 14, 2023

Cuti Deepavali 2023 : Bandar Tasik Puteri - Day 1

Cuti 3 hari sempena Perayaan Deepavali tahun ni memang kami tak akan jalan-jalan jauh. Ini untuk elakkan kesesakan lalu lintas pergi dan balik. Jadi ayah book homestay uncle Waksir di Bandar Tasik Puteri dengan jarak perjalanan 15 minit sahaja dari rumah. Ayah ajak Family Clan untuk join sama, bagi anak-anak buah mandi swimming pool. Wafi happy nak jumpa sepupu terutama sikenit-kenit. Cuma tak dapat jumpa Bella.

Alhamdulillah 8 orang adik beradik ibu dapat join kecuali family Ummi, Cik Amie (bercuti ke Hatyai) dan Cik Fatin (bercuti ke Bangkok).

Hari Jumaat ayah dah ambil kunci HS, bolehlah sapa-sapa nak masuk tapi masing-masing akan masuk pada hari Sabtu. Ibu pun decide begitu sebab nak selesaikan keperluan Wafi dulu. Tak ada lah kelam kabut hari Ahad nanti. Jumaat malam ibu bawa Wafi ke Lotus Setia Alam untuk betulkan tali jam. Juga nak cari baju dinner Wafi tapi tak jumpa. Pagi Sabtu tu kita ke Setia City Mall cari kamera digital untuk Wafi bawa ke asrama. 

Barang makanan pun tak sempat nak beli jadi ibu decide beli sahaja di BTP nanti. Tengahari tu masa sampai ke homestay, Cik Baya pun baru sampai.

Anak-anak memang tak tunggu dah..., tukar baju terus masuk pool.
Kelebihan pool kat sini ia berbumbung dan ada 2 side untuk dewasa dan kanak-kanak. Anak-anak kecil boleh happy-happy kat pool mereka tambahan lagi ada fountain kat situ.

Adam ikut kita tadi. 

Senyap-senyap Cem kenc rupanya. Kakak Wafi terlupa kot yang Cem masih pakai diaper. 
Terpaksalah mengerjakan sofa tu pula bagi betul-betul bersih dan kering.

Cik Baya dah bawa bahan mentah siap-siap jadi kita berdualah masak dulu. Masak simple je sebab Cik Ana dah bawakkan spegheti bolognaise dan Cik Wada bekalkan spegheti goreng.
Kami buat sup ayam + sayur, sambal sardin dan telur dadar.

Jam 2 macam tu minta anak-anak naik ke darat untuk solat dan lunch.

Ali dan Cempaka dah lapar. 
Cempaka : Nak macam abang (sambil tunjuk pinggan abang)

oooo... nak telur dadar... adehhh... sorry.. makngah tak letak telur dalam mangkuk Cem. Ingat nak suapkan Cem, lupa pulak Cem dah besar nak makan sendiri 😁

Lepas makan mereka terjun semula.
Petang Cik Wada dan Cik Nora sampai, bawa ayam goreng pula.

Budak-budak ni lapar je kerjanya.. padahal mandi je. Gamaknya tenaga habis swimming.
Cik Nora suapkan semua anak-anak buah.. adeh.... manja eh masing-masing minta suap. Cik Nora layankan je.

Petang sediakan api untuk BBQ pula.

Cik Elis buat oden.

Condiments oden. Keluarkan dulu senang nak bahagikan dalam mangkuk.

Kuah oden, tak pedas sebab ada anak-anak kecil kurang makan pedas.

Nak pedas bubuh cili.

Panggang ayam 4 ekor hasil perapan Cik Wada.


Aqil, Cik Hannis & Cik Ujang.

Nyanyi lagu apa tu Cik Man.

Ayah jadi penyanyi back-up.

Semua enjoy makan.



Adam dah kenyang. Ain pipi kembang sikit, seronok eh belajar.

Ibu pulak nak makan.

Ali the Spiderboy!

Makan.. makan..
Jangan lupa kuacinya.
Wajib ada bila berkumpul-kumpul. Ini nenek yang ajar πŸ˜‚
Cucu-cucu semua dah pandai kopek dan makan kuaci.

Geng karoks.

Aqil dah pakar bakar-bakar.

Selagi ada lagi makanan.

Seronok Wafi cuti ni dapat gather dengan cousins.

Ibu tak larat dah.. makan seketul je ayam bakar, bila tengok gambar ni teringin pula.

Sampai tonggang periuk.

Tunggu giliran ke tu Angah.. Firas.

Laaaa... tak habis-habis lagi ke bakarnya tu.
Ada juga bakar sosej.
Menarik tempat pembakar ni sebab ada penutup.

Lepas makan, anak-anak masih tak lepaskan peluang untuk mandi lagi.
10.00 malam  panggil masuk rumah kalau tak maunya sampai esok pagi mandi.
 

6 comments:

  1. yes gambar sy banyak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. chaittt... ada hp canggil pun takmo ambik gambo 😁😁

      Delete
  2. Replies
    1. owhhh.. laa.. nampak artikel kak ana duduk di CHR kan, tak jauh lah dari BTP. Pernah mula2 pergi BTP tapi masa tu ikut Rawang, bila balik, waze bagi laluan lain yang dekat je.

      Delete
  3. Seronoknya aktiviti dengan family...

    ReplyDelete
  4. Anak2' kalo dah nampak pool, bisa Berjam jam mereka berenang di sana kan πŸ˜„. Besar juga tempatnya kak. Bisa menampung banyak orang. Dan kalo tengah kumpul begini, memang paling best kalo bisa grill. Tapi buat steamboat tuh oke juga makan yg hangat abis berenang dan malam dingin kan πŸ˜„πŸ‘. Jadi lapar saya lihatnya🀀😁

    ReplyDelete