Pages

Wednesday, May 1, 2024

Baraan Rumah Kedua

Around 1.30 pm sampai pula ke rumah kami. Makanan ibu dah siapkan awal-awal.

Mac and cheese ni ibu dah bakar pagi tu, cuma masih ada dalam oven lagi.
Ibu masak yang paling ringkas sebab hari Jumaat dan Sabtu ibu kena frozen shoulder. Ahad pagi masih ada sisa kesakitan tapi tahan lah sikit. Itu yang tak berani nak masak macam-macam ikut perancangan awal. Sebenarnya sakit almost seminggu tapi bila boleh tahan kita tahan je lah. Bila dah sakit tu, Sabtu lah baru jumpa doktor.

Menu ringkas
  • Mac and cheese
  • Roti jala kari ayam (order dari Suria Kitchen)
  • Ketupat Palas & serunding daging
  • Jeli kelapa (order dari Cik Biela)
  • Buah rock melon dan anggur
  • Kuih raya
Jeli kelapa yang super fresh dan sedap.

2 jenis air kotak, Chrysantemum dan Kranberi + Epal less sugar.
Air kotak ni sebelum raya dah beli selain kordial. Untuk elakkan bancuh air, kita hidangkan air kotak. Kurangkan penggunaan tangan kekdahnya 😁

Kuih raya homemade by Kak Widad.
Ada tart nenas, choclate chip dan cornflake madu.
Yang lain ibu beli seperti tiram, Bangkit cheese dan kerepek ubi pedas juga masin.

Hidang terus atas meja. Takde buffet table sebab tak ramai tetamu.

Tetamu yang sampai awal.

Ayah keluarkan toys Wafi jadi anak2 kecil boleh main.

Before 3 pm semua tetamu gerak ke destinasi yang seterusnya.

One of collegue ayah sampai lambat sikit sebab dari rumah Auntie Fida tu mereka ke Kuang dulu.

Alhamdulillah.. terima kasih buat tetamu yang sudi berkunjung ke rumah kami.

3 comments:

  1. Senang sediakan air kotak tak payah nak bancuh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia.. kalau tetamu tak ramai bolehlah.. kalau buat open house panggil ramai² lebih ekonomi bancuh sendiri.

      Delete
  2. Mana yang mudah aje kan kak..tapi better bancuh jugak air sebab lagi jimat

    ReplyDelete