Tengahari ada jemputan majlis perkahwinan staf ayah, Raf di Kuala Lumpur. Sudah berjanji dengan kawan-kawan lain untuk berkumpul jam 12.30 hari.
Wafi pun dah lama tak pergi majlis wedding 😁. Kenalah ikut sebab tempat pun jauh. Kadang kalau dekat-dekat rumah Wafi taknak join.
Baju yang Wafi pakai tu baju ibu, sebelum ni kakak pakai.
Hurmmm... mujurlah baju tu dah mengecil 🙄😎
Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dapat rahmat Allah s.w.t.
Sedap suara DJ, Naim Hashim.
Sekarang pembaca berita TV9 dan sebelum ni DJ Suria FM katanya.
Kawan-kawan ayah semua tegur Wafi dan mengecil dan meninggi 😁Lepas kenduri di KL, kita ke majlis doa selamat kawan ibu di Setia Alam, Mira & suami yang akan berangkat ke tanah suci pada 8/6/2024. Ibu terlupa pula untuk mengambil gambar dengan Mira.
Semoga Allah permudahkan urusan haji mereka berdua dan mendapat haji yang mabrur.
Cantiknya anak dara ni...ye la wafi dh kurus dan nampak tinggi...
ReplyDeleteDia risau kalau balik rumah sebab makan banyak nanti berisi balik. Sabar je lah.
DeleteMakin cantik dah dia. Nampak lembut & sopan je...
ReplyDeleteAnak⁴ PH skrg ni kadang nak ikut kdg tak nak ikut dah kenduri² ni..
Ada juga yang tak nak ikut PH, ikut mood diorang. Kadang taknak ikut sebab malas nak bersiap.
Deleteterserlah dah manis anak dara ni...
ReplyDeleteKalau masa moody.. hilang kemanisannya 😁
DeleteAlhamdulilah makanan tuan rumah sediakan sedap ya....pelamin pun cantik.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteSenyum wafi nih memang maniiiis sangat 😊👍. Mata dia pun macam ikut tersenyum . Ekspresif❤️.
ReplyDeleteSaya coba banyak kali pakai pashmina macam wafi, tapi blm rapi2 hahahahah. Makanya msh lebih suka pakai hijab square. Perlu banyak latihan pakai pashmina
aah.. dia ada smiley eyes.
DeleteTeenagers memang suka pakai pashmina/shawl sebab boleh digayakan dengan pelbagai cara.
Pelan2 Fanny.. lama-lama rapi lah tu. Akak memang kurang rajin pakai shawl.