Pages

Thursday, May 16, 2024

Tonton Filem Sheriff

Plan asal balik dari rumah Uncle Mizan kami ingin ke Sijangkang untuk ke kafe kawan UUM tapi terpaksa cancel sebab mereka suami isteri tiada di kafe. Hanya staff sahaja. Dah cantik dah plan time tu sebab masa tu ada Uncle Azrul yang ayah tumpangkan sekali. Jadi terus sahaja ke Petaling Jaya rumah Uncle Azrul. 6.30 pm baru gerak balik. Lepastu plan lain sebab balik rumah pun tak buat apa. Ayah ajak tengok wayang filem Sheriff. 

Sampai SCM solat Maghrib dulu kemudian baru check ticket, ambillah slot 8.40 pm walau seat dah tak best 😁. Nak tunggu 9.40 pm lambat sangat lah pulak.

Sempatlah kami dinner di Teh Tarik Place.

Ibu pertama kali tengok filem lakonan Zul Ariffin di pawagam.

Detim.

Promo The Garfield Movie kotak popcorn.
Comel sangat.

Dah kata seat tak berapa best.. 
5 dari bawah, duduk tepi.
Layan je lah.

Filem ni ibu bagi 8/10 sebab cerita direct. 
Tak payah pening-pening kepala fikir.
Awal-awal adegan dan skrip lucu. Lepastu dah serius.

Ibu enjoy je tapi ayah kata biasa.
Masing-masing lah kan.
 

7 comments:

  1. Bestnya depa deting hehe....
    Masih ada sambutanlah agaknya ye sbb filem ni masih main di pawagam

    ReplyDelete
  2. Wow dating sedondon gitu... wewittt

    ReplyDelete
  3. waah ibu ayah dating tengok wayang la...sy plk walau makin kerap dapat dating mcm zaman muda tp hati tetap rasa sunyi,rindu dgn kepoh riuh marah anak mkn bsepah tumpah air zaman kecil dulu

    ReplyDelete
  4. Ini ada plan nak masuk bioskop Indonesia juga. Saya masih ragu nak nonton langsung atau tunggu Netflix 😄. Kalo suami mau, LGS tonton bioskop saja

    ReplyDelete
  5. SA last tnegok wayang citer apa ntah...ngan husband ngan Dania tahun lepas..tahun ni blom lagi...

    ReplyDelete