Cuti panjang 4 hari sempena Hari Malaysia dan Maulidur Rasul kami tidak keluar jauh sebab Abang Imi masih di Kedah manakala kakak pula kerja. Jadi decide jalan-jalan ke Kuala Lumpur je. Itupun taknak jauh², masuk Tun Razak Exchange (TRX) je.
Ayah drive terus ke Hotel Days Hotel & Suites by Wyndham. Dari situ ambil grab ke TRX. By 11 am dah sampai.
Sampai² terus cari kedai yang Wafi nak pergi.
Masih dilema.
Kuning Sponge Bob tu RM45 manakala sweet pink tu RM75.
Setelah ditimbang-tara ambil yang pink.
Yang bestnya Typo kat sini koleksi tumblernya banyak berbanding di Setia City Mall.
Katanya nak beli tote bag.
Kedai ketiga, Bath & Body Works sebab Wafi nak beli perfume. Yang ini masuk dengan ayah sebab ibu ke restroom. Masa ibu masuk BBW Wafi dah setel beli perfume tu.
Lepas tu masuk MPH pula.
Besar MPH kat sini.
Wafi nak pergi 4 kedai tu je. Kedai yang biasa pergi kalau ke SCM๐
Ok gak lah sebab ibu pun takde nak tengok² kedai lain. Dah berumur ni tak rajin nak mengukur jalan.
Keluar sekejap sebab tengok ramai orang ambil gambar. Sekejap je lah kat sini sebab perut pun dah lapar nak lunch pula.
Tertarik dengan tanglung warna-warni tu. Ramai pula orang nak bergambar di situ. Jadi ibu selfie di luar sahaja.
Keluar sekejap sebab tengok ramai orang ambil gambar. Sekejap je lah kat sini sebab perut pun dah lapar nak lunch pula.
Ramai dah review TRX ni. Teringin juga nak singgah nanti bebila turun KL.
ReplyDeleteBolehlah datang shopping.
DeleteAkak tak jalan seluruh mall, mana yang sempat lalu je lah.
Selamat menyopink
ReplyDeleteNengok-nengok je wak.
Deletesy belum lg jejak kaki di TRX ni.. setahun dah x ke melaya.. haha
ReplyDeletesetahun dah lama tu.. nanti lupa๐
Deletetudung bawal ke wafi pakai tu ingatkan shawl..cantik la pakai macam tu,saya pun peminat setia tudung bawal tapi asyik pakai simpang kiri kanan je
ReplyDeleteBawal Afzan.
DeleteAkak pun pakai style simpang kini kanan gak. Tu yang paling senang. Budak² muda sekarang pandai buat macam² style dari bawal.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya langsung salfok (salah fokus) dengan cara wafi pakai hijab. Cantiiiik sangaat dan rapiiii. Itu bukan scarf ya kak? Macam mana yaa cara pakainya? Coba bikin dulu tutorial ๐ lengkap dengan foto atau video.
ReplyDeleteTak bisa rapi begitu kalo saya buat
Scarf tu yang square kan Fanny. Kalau kat sini kami panggil tudung Bawal (asalnya Bawal tu adalah jenama tudung sekarang dah jadi panggilan pula). Yang Wafi pakai tu bawal. Kalau hijab yang panjang/rectangle kita panggil shawl.
DeleteAkak pun tak tau camne Wafi pakai tapi cuba search tutorial bawal ala shawl.
SA x habis explore lagi ngan Dania hari tu...parking mahal, bagus gak idea akak amik grab aje ke sini
ReplyDeleteKalau nak cover semua kena sehari dalam tu huhu... beso sangat.
Deleteoo.. mahal ya, maklum ler tempat pun high end.