Pages

Saturday, October 5, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia 2024 : Day 3 - Makan Malam Di Pondok Ikan Bakar

Kami gerak dari UNP Hotel terus ke Pondok Ikan Bakar, Cabang Khatib Sulaiman. Ramai pengunjung malam tu dan kami di bawa ke tingkat atas yang berpenghawa dingin.
Mungkin setiap pakej travel, mereka lebih prefer untuk menempatkan tamu di bilik beraircond.

Malam terakhir di bumi Minangkabau.

Selain dari ikan bakar ada lauk-lauk Nasi Padang. Ditambah juga udang bakar dan telur dadar.
Bagi kami telur dadar tu rangup tetapi agak berminyak.

Sedapnya ikan bakar ni, tak tau lah guna bumbu apa. Nampak macam ikan bawal. Terasa kesegaran ikan ni. Setiap seorang dapat 1 pinggan. Rasa banyak pula. Jadi kami meratah sahaja bila tidak mahu menambah nasi.

Cik Fatin minta Jimi carikan kedai yang menjual sosej Kanzler sebab ada kawan yang kirim. Di Padang ni tak ada ya kedai serbaneka 7E. Jadi kenalah cari di pasaraya yang ada.

Nampak Pasaraya X Mart di tepi jalan jadi kita masuk tengok.

Ehhh.. ada lah, Banyak jenis ada.

Masing-masing pun borong sampaikan staf kat situ datang ke kami, nak keluarkan lagi stok.

Kalau di 7E Hatyai kita borong roti kat sini kita borong Sosej Kanzler sedia matang.
Ada juga jenama lain iaitu Fiesta. Jenama ni kalau perasan kat Malaysia juga ada. Makanan under jenama ni seperti sosej, nugget dan lain-lain.

Ini yang ibu beli, sosej Kanzler dan Yogurt Cimory.

Hahahahha.. sempat lagi Cik Fatin curi-curi tangkap gambar.
Rupiah terakhir!








 

4 comments:

  1. Sosej Kanzler dengan Yogurt Cimory itulah juga yang Firdaus minta beli waktu kami ronda Padang- Jambi - Palembang - Jakarta tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Firdaus pernah makan sebelum² tu. Itu yang dia request. Sesekali bolehlah layan makanan begini.

      Delete
  2. Di Padang dan seluruh daerah sumatera barat mereka tak mau ada minimarket atau supermarket franchise. Semua minimarket di sana punya lokal. Demi melindungi usaha lokal.

    Makanya tak akan temui Alfamart, Superindo, Indomart etc.

    Kalo sevel (7 eleven) memang tak ada lagi di seluruh Indonesia. Tak bisa bersaing dengan Alfamart dan Indomart yg banyak tersebar kak .

    Saya suka juga kanzler ini. Kakak harus datang ke Bogor, untuk coba makan di restoran Cimory ini, pusatnya ada di sana. Jadi jenisnya pun beraneka ragam LBH banyak ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. patutlah.. supir ada beritahu kedai² kat sana milik lokal. Bangsa asing tidak boleh buka kedai. No wonder takde franchise minimarket. Tapi kalau lokal pun dah boleh jual semua barang keperluan bagus sangat lah tu tidak perlu bergantung dengan otang luar.

      Nanti riki² Bogor tu di daerah mana๐Ÿ˜

      Delete