Pages
▼
Friday, November 1, 2024
Geng Sampai Awal Gunung Semanggol
Homestay yang adik beradik stay 2 malam di Gunung Semanggol. Semalam ada family members yang dah sampai.
Cik Elis sekeluarga sempat jalan² ke Taiping. Ini di War Cemetery.
Perjalanan ke Utara
Jam 9 pagi ni ibu, ayah dan Wafi menghala ke Perak. Insyaallah akan menghadiri majlis penikahan Abang Muhammad di Gunung Semanggol.
Singgah di Petronas RnR Kundang Timur untuk bersarapan dahulu. Bila dah banyak² begini rambang juga mata untuk memilih.
Ambil nasi lemak 2 jenis, roti jala, kebab dan kuih bom. Kopi-o free untuk sesiapa yang singgah di sini.
Jarang gerak ke utara dah siang begini, biasanya paling lewat jam 7 am.
Setakat ni jalan lancar walau banyak kenderaan.