Pages

Friday, November 22, 2024

Potluck Bertema Huruf Pertama Nama

Hari ni kawan-kawan ofis pakat bawa makanan ke ofis. Jumaat rehat panjang boleh lah makan lama sikit.

Ada yang proposed agar makanan yang dibawa berdasarkan huruf pertama nama masing-masing.
Seperti biasa... dalam whatsapp group pasti ada yang terlebih kreatif 😂😂 

As - 🐓 buttermilk & baker's cottage
Ad - Aglio Olio
Farah Hanim - Fatty rice
Zaki - Zapple
Faiz - Fresh Vietnamese Spring Rolls
Rahmat - Roti
qisTina - tart
Jabir - Jus oren & Jopiah begedil
Kamalina - Kuey teow
Nisa- Nasi goreng
Habib - Honeydew.
Ain - Aiskrim potong
Chua MF - Cake
Hakimah - Homemade mushroom soup + garlic bread
Sundri - aSsorted kuih muih

Makanan banyak... bolehlah makan sepanjang hari selagi larat.

Tuesday, November 19, 2024

28 Tahun Perkhidmatan

Alhamdulillah di atas rezekiNya.

Mudah-mudahan terus bersemangat bekerja.
Sikit je lagi... 😅
 

Sunday, November 17, 2024

Aktiviti Sukarelawan di Kolam Air Panas, Kerling

Ini cerita Kak Widad semalam yang menyertai aktivit khidmat masyarakat yang bertempat di Kolam Air Panas, Kerling. 

Kak Widad bersama coursemate Hannah berpakat untuk menyertai program sukarelawan masa hujung minggu. Pada ibu baguslah begitu, cari suasana lain. Tiap-tiap hari kelas online bila dapat keluar tentu seronok. Mereka berdua google program-program kemasyarakatan yang dijalankan. Kawi kata banyak je, pilih lah nak yang mana.

Selepas Subuh Kawi ambil Hannah di rumah. Naik satu kereta je. Rumah Hannah ni di taman sebelah je. 
Rezeki dapat coursemate duduk berdekatan.
Ni kat tempat parking Kolam Air Panas, Kerling semasa menunggu peserta yang lain. Jam 7.30 am mereka berdua sudah sampai.

Dengan rakan-rakan baru. Antara mereka ada pelajar dari UPM, UiTM, UPSI dan orang perseorangan.
Kawi kata student U lain ni datang sendiri bukan under U, samalah macam mereka berdua. Mereka pun cari-cari program sukarelawan di luar sebab program yang dianjurkan oleh pihak U ni biasanya persaingan tinggi untuk dapat join.
Ok... ibu boleh relate 😁😁
Peserta berdaftar ni nanti akan dapat sijil penyertaan (e-cert) selepas program.

Nasi Lemak Di Hari Ahad

Pagi ni prepare breakfast awal sikit sebab Kak Widad ada kelas. Nasi lemak sepanjang hari.

Malam tadi keluarkan cili blend frozen. Jam 7.30 am dah siap masak sambal dan telur rebus. Itu je yang boleh dimasak dulu sebab bahan lain takde stok kat rumah. Nak masak nasi daun pandan pulak takde. Pokok pandan beberapa kali tanam tetap tak menjadi.

Pergi kedai runcit beli sekali stok lauk seminggu. Lepastu singgah rumah nenek petik daun pandan. Balik terus masak nasi dan condiments nasi lemak.

Siap masak terus hantar sepinggan nasi lemak pada Kak Widad. Bolehlah makan masa kelas berjalan. Hari ni kelas sampai jam 4 tapi in between tu adalah gap.
 

Saturday, November 16, 2024

Jus Nanas Madu Segar

Tengahari Sabtu 2 minggu lepas yang hantar Wafi balik asrama tu, ayah singgah gerai buah tepi jalan. Kalau tak silap gerai tu nama Zairul. Katanya dah few times nampak masa balik Kulim jadi gerai ni kat other side. Bila nak ke SP gerai ni kat tepi kiri jadi senanglah nak berhenti.

Ibu beli jus nanas dan nanas potong.
Segar betul jus nanas ni. Tengahari tu pula panas litlit. Memang kena lah ditekak.

Durian Belanda pun ada jual. Rugi pula tak beli bila diingat kembali.

Ada 3 jus je dijual iaitu tembikai, durian belanda dan nanas.
Pati jus tu disimpan dalam termos dan tidak bercampur dengan ais.
Jika pembeli nak beli baru diletakkan sekali dalam cawan.

Ayah ambil 2 cup jus tembikai dan 1 cup tembikai potong.

Harga jus pulak murah di sini.
Saiz kecil (K) tu sebenarnya saiz besar.
Manakala besar (B) tu saiz jumbo.

Pati jus pun ada dijual. Lainkali nak singgah beli lah.

Ini display je. Mereka simpan ais dalam container ni.

Pasti lepas ni akan singgah lagi gerai ni.
 

Ulangtahun Jubli Perak

13/11/1999 - 13/11/2024 
25 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah.
Tahun ni dah letak kat handphone reminder tarikh 13/11. Biasa tulis kat kalendar ofis siap letak sticker comel-comel tapi kadang lupa juga.
Kalau dah dua-dua lupa takdelah sapa nak merajuk 😁😁
Kalau seorang ingat dan tak beritau.. maka tarikh tu berlalu pergi begitu sahaja. Tak celebrate pun tak apa sebab bukan perkara wajib. Cuma kalau ingat bolehlah kot-kot nak bagi hadiah ke.. makan-makan ke. Rasanya 1st year anniversary je bagi hadiah lepas tu tak de dah 😆

Rabu tu ayah balik awal sebab nak makan kat luar. Konon nak candle light dinner hahhahaha... tapi Kawi nak ikut pula. 

Ayah dah macam nak pergi kenduri pula kena pakai baju batik.
Baju ibu ayah semua Kawi tolong prep.. balik-balik dah sedia.
Layankan je lah.

Santai Sabtu

Bila hari cuti ni terasa lah sekejap sangat. Ibu baru nak duduk-duduk mengadap laptop. Bila tengok jam sudah masuk jam 12.30 tengahari.

Pagi tadi briskwalk sendiri sebab Kak Widad ada join aktiviti sukarelawan. Nanti kalau Kawi share gambar ibu update lah. Ibu keluar jam 7 pagi.

Dapatlah sejam berjalan sambil menikmati suasana pagi. Jam 8 pagi biasanya dah ramai di taman. 

Otw balik cari mangsa nak sarapan sama-sama. Call Cik Baya katanya tokmi dah buat sarapan. Cari Cik Cha pulak, setting tempat makan. Singgah ambil nenek kebetulan baru balik dari masjid, baring-baring kat bilik layan Youtube. Kita angkut Cik Biela sekali.

Sarapan kat warung tepi jalan. Sembang-sembang adik beradik ada je lah topiknya sambil makan-makan.
Terplan pulak short trip minggu depan bila Cik Fatin dan Yuyun sampai warung.

Kalau datang warung ni cari sarapan kampung. Ibu ambil ubi getuk dan lempeng sambal hijau. Masa kami sampai getuk keladi dah habis pula.
Tambah lagi lontong. Kemain macam-macam yang teringinnya 😂

Sembang-sembang sampai jam 11 pagi. Ajomlah balik rumah masing-masing. Nak kena ngopeni rumah pulak. Ye lah.. seminggu kerja rumah tak bersapu.

Sebelum keluar pagi tadi ibu dah siap buka tingkap. Rumah ni seminggu sekali baru buka semua tingkap bagi angin masuk. 

Hari ni kemas-kemas dan sapu rumah je, esoklah kot kalau nak mop 😁. Nak kata bersepah rumah memang taklah sebab takde pun budak-budak cuma habuk je lah yang ada. Walaupun rumah kampung jauh dari jalan besar tapi still lah habuk tu masuk melalui celah-celah lubang angin.

Hari ni plan rehat-rehat je di rumah jadi bolehlah update blog dan blog walking juga.

Sunday, November 10, 2024

Jalan-jalan GM Klang

Siang masih awal jadi lepas Borakkopi cari persinggahan lain. Kita ke GM Klang pula.

Jauhnya signboard Kg Bukit Kapar ni berada di Sijangkang. 

Nama je duduk Klang tapi entah berapa lama tak datang sini. GM Klang ni kat other side of Klang kiranya kena seberang Sungai Klang, itu yang terasa jauh lah sangat. Kalau otw dari mana-mana boleh lah singgah tapi kalau sekadar datang ke sini kena fikir banyak kali. Dia terasa jauh sebab perlu lalu Bandar Klang yang punya banyak trafik light. Kalau nak elak trafik light kena lalu highway lah jawabnya.

Ada 3 blok kat sini. Kita masuk blok A je. Itupun jalan-jalan tanpa tujuan. 
Kalau nak beli barang keperluan kahwin pergi je terus ke blok C, macam-macam ada dan kat situ satu tingkat je manakala blok A & B ada 6 tingkat termasuk pejabat pengurusan.

Saturday, November 9, 2024

Minum Petang Di Borakkopi

Impromptu plan je ni untuk ke Cafe Borakkopi yang terletak di Sijangkang. Jam 12 tadi lunch di Aeon Shah Alam. Disebabkan masih awal dan takde plan apa² pun hari ni, ibu ajak ayah ke cafe ni. Berbaloi lah Kak Widad mekap hari ni sebelum keluar rumah. Kalau tak rugi mekap je 😅

Dari Shah Alam ambil masa 30 minit je untuk sampai ke sini. Ikut LKSA dan KESAS highway. Ibu tertidur dalam kereta sedar² dah sampai🤪

Gelap pulak gambar berdua ni.

Layan anak dara sorang ni keluar rumah. Kalau tak terperuk je 5 hari kelas online.

Antara menu yang ada di sini.

Croissant tu sama vendor dengan Richiamo dan He & She.

Ayah di depan kaunter cafe. Belakang tu anak no. 3 owner cafe.

Di depan cafe. Cafe ni kat tepi jalan besar. Sebelah ada Pasaraya 99.

Setup dalam cafe hipster ni.

Pantang jumpa cermin.

Disebabkan baru lepas lunch jadi kita ambil light meal je.
  • Mushroom soup
  • Salted egg croissant
  • Laksa Lemak Sanglang
  • Vietnamese Coffee
  • Watermelon Soda
Laksa Lemak Sanglang tu highly recommended. Sedap sangat. Bagi ibu ada rasa macam laksa Siam.

Ibu bersama owner kedai. Acik Niza. Coursemate ibu masa degree. Beliau pula classmate ayah masa kelas matrik Express UUM. Dapatlah berborak lama dengan beliau.

Suami acik Niza ni pun unimate juga tapi tak ada di sini, outstation. Tak dapatlah jumpa. 

Seronok dengar pengalaman business mereka.
Semoga Kaklong Niza & Pakjad terus sukses.
 

Riadah Sabtu Di Eco Ardence

Pagi ni morning walk di sekitar tasik Eco Ardence. Ini pertama kali riadah di sini sengaja mencari route baru. Tasik ni tak besar hanya 1 km satu pusingan. Terpaksalah buat 5 pusingan untuk dapatkan 5km. 

Masa pusingan ke 4 sengaja jalan ke luar taman sebab bila dah 3 pusingan tu agak bosan. Bila keluar taman sama gak jaraknya hanya 1km sahaja.

Depan tu rumah² kayangan.

Disebabkan pertama kali datang taman ni 1st round ibu ambil gambar dulu. Lagipun masa ni tak ramai lagi orang.

Tasik buatan. Walaupun air tasik berwarna teh susu tapi tasiknya bersih.

Ini laluan luar tasik.

Geng² senaman tari. Masa ibu lari ada muzik ala² cerita Bruce Lee ibu tak ingat tajuk apa. 

Gambar ni dah tak tersusun aturannya. Leceh nak susun sebab guna HP. 



Depan tu kondo mewah. 

Ehh.. ada plak itik kat sini.
Taman ni mesra haiwan jadi adalah few pengunjung bawa anjing berjalan².

Pagi yang cool.

Kawi dah pesan lepas ni taknak riadah kat sini lagi dah sebab bila taman kecil kena pusing banyak kali agak membosankan. Kawi kan biasanya briskwalk/jog 7-10 km.

Mungkin lepas² ni BW di Taman Tasik Shah Alam atau Eco Grandeur je. 
 

Friday, November 8, 2024

Gambar Anak² Bertiga

Pagi tadi ayah share gambar anak-anak masa mereka kecil lagi. 
Gambar ni tahun 2011.
Masa kecil banyak lah gambar mereka bertiga.

Dah besar ni ada je lah mereka bertiga ni bila cuti duduk rumah tapi tak ada lah nak bergambar pula.
Kebiasaannya kalau hari raya baru ada gambar takpun ketika makan kat luar atau jalan-jalan.
Yang banyak gambar berlima takpun gambar mereka solo.

Bila skrol album rupanya lately tak banyak pun gambar mereka bertiga sahaja.
 
Jumpa gambar ni yang latest bulan Disember 2023.
Gambar bertiga hari raya 2024 pun tak ada 😎

Lepas ni nak ambil lah gambar anak-anak lebih kerap.
Bila anak-anak makin dewasa pasti akan jarang bersama sebab masing-masing akan ada komitmen sendiri.

Pasti ibu merindui keletah kalian 🥰



Thursday, November 7, 2024

Majlis Persandingan Abang Muhammad

Sambung lagi sikit cerita Abang Muhammad kahwin.
Hari Sabtu kiranya majlis bersanding di sebelah pihak perempuan.

Kakak Ain mekapkan adik sepupu kecik. Cempaka entah kenapa lah tu muka tak puas hari.
Agaknya tunggu giliran tak sampai-sampai.

Siap dah the gegirls.

Bapak-bapak memancing ya.
Anak-anak masuk dalam parit ker terusan. Air ceteklah sebab kan baru habis musim menuai jadi petani tak masukkan lah air dalam tu. Tu mereka sedang mud spa.

Dina Dino dengan kakak Denin.
Mereka berdua memang gebu. 

Mak-mak dah ready tunggu drebar.

Macam-macam gaya si ipar duai ni.

Bella pun pakai baju sama tapi kat Kajang lah, family Cik Ami Jumaat lepas majlis nikah balik terus.
Nak uruskan Nana balik MRSM Sabtu pagi.

Rombongan bersedia untuk bertolak. Dekat je dari homestay ke rumah pengantin. Kurang dari 10 mins.

Halah-halah budak berdua tu.. siap pakai sunglasses lagi.

Cuaca pun cantik hari tu.

Datang bawa bunga telur pink, balik dapat bunga telur biru.




Diorang kacau Aqil, sapa bawa bunga telur lepas ni dia lah jadi pengantin pulak. Kejam betul!

Ada je lah yang photobomb 😁

Pengantin dan family di meja beradab.

Muhammad 💙 Fareha

Family ummi.

Family kami.

Tunjuk sayur kampung ke tunjuk pipi Cik Ujang 😬

4 makdara di tepi titi.
Yang kanan tu pantang nampak cermin.

Alhamdulillah, berakhir majlis di rumah pengantin perempuan. 
Insyaallah majlis di Tapah pada bulan Disember nanti.