Pages

Friday, November 22, 2024

Potluck Bertema Huruf Pertama Nama

Hari ni kawan-kawan ofis pakat bawa makanan ke ofis. Jumaat rehat panjang boleh lah makan lama sikit.

Ada yang proposed agar makanan yang dibawa berdasarkan huruf pertama nama masing-masing.
Seperti biasa... dalam whatsapp group pasti ada yang terlebih kreatif 😂😂 

As - 🐓 buttermilk & baker's cottage
Ad - Aglio Olio
Farah Hanim - Fatty rice
Zaki - Zapple
Faiz - Fresh Vietnamese Spring Rolls
Rahmat - Roti
qisTina - tart
Jabir - Jus oren & Jopiah begedil
Kamalina - Kuey teow
Nisa- Nasi goreng
Habib - Honeydew.
Ain - Aiskrim potong
Chua MF - Cake
Hakimah - Homemade mushroom soup + garlic bread
Sundri - aSsorted kuih muih

Makanan banyak... bolehlah makan sepanjang hari selagi larat.
Nasi lemak stail utara, popiah begedil, cheese tart, mushroom soup dan garlic bread.

Vietnamese spring rolls, kuay teow dan condiment nasi lemak.

Nasi goreng udang, seafood aglio olio, kuay teow goreng, nugget dan pulut kelapa.

Roti sardin & kuih kaswi.

Ayam buttermilk dan ayam panggang dari Baker's Cottage.

Jus oren.

Zapple + laici + lemon + pudina yang refreshing.
Juga teh-o panas.

Ibu bawa Vietnamese Spring Rolls.. 3 jenis lauk iaitu udang, sosej dan crab stick.
Makan bersama sos hijau dan sos thai.
Sos Thai tu ibu modify sikit bubuh daun ketumbar, bawang putih dan air agar tidak terlalu pekat dan manis.

3 comments:

  1. Nie malam memang tak makan dah.. Kenyang sampai esok

    ReplyDelete
  2. Meriahnya rezeki di hari Jumaat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik pula idea bawa makanan ikut tema huruf pertama nama.

      Delete