Pages

Thursday, February 27, 2025

Mesin Basuh Jenama Midea MA100

Nak review sikit mesin basuh yang dibeli secara online.

Order : 11/02/2025
Sampai : 15/02/2025

Setelah ditimbang-tara ibu beli mesin basuh menggunakan platform Shopee. Cik Cha suggest beli Midea. Dia beli dalam RM4++ dan dah pakai 6 tahun, masih elok lagi. Cik Wada pun suggest beli online je. Depa 2 memang ratu online. Why not ibu cuba, baca review dulu, tengok seller dan jenama mana paling banyak dapat rating dan review. Dah alang-alang nak beli secara online cari yang affordable (lebih kepada nak murah 😅) dan reliable.

Mesin basuh jenama Midea MA100 dengan muatan 8.5kg. Warna dark grey je ada.
Kiranya downgrade dari mesin basuh lama muatan 9.0kg.  Sejak kahwin 26 tahun, ini mesin basuh ketiga. Mesin basuh pertama dapat hadiah kahwin dari officemate ayah dulu. Bila rosak 2 kali, ibu hantar kedai untuk dibaiki. Kali ketiga rosak bila dicampur semua kos baiki dah jadi mahal. Better beli yang baru je.

Mesin basuh kedua dibeli beberapa tahun sebelum 2018 sebab ibu tak jumpa warranty card. Pernah tunjuk tapi masa tu beli dryer dan review dryer. Bila ini rosak, ibu takde berhajat untuk hantar repair.  Lagipun nak beli yang murah-murah je.

Jadi ibu agak mesin² basuh sebelum ni boleh bertahan selama 10-13 tahun, yang lebih tu bonus. 

Beza fungsi Midea 8.5kg dan Panasonic 9.0kg
Walaupun banyak function, at the end tekan button on dan start je😁

Fungsi delicate ke... baby care ke... blanket apatah lagi... semua pun tak pernah guna. Yang kerap kalau nak buat asing²... button wash, rinse dan spin.

Setakat hari ini performance sangat bagus. Bunyi agak senyap berbanding mesin basuh lama. Mungkin masih baru lagi. Duduk kat ruang TV tak dengar mesin basuh ni sedang bekerja.  

Model ni takde compartment untuk masukkan serbuk pencuci/detergent dan softener. Model yang ada compartment harga berbeza. Namun sabun basuh serbuk yang dimasukkan tidak bercapuk² atas kain. 

Nak keluarkan kain pun senang sebab dia tidak begitu bergumpal antara satu sama lain.

Masa ibu ayah berhenti di RnR Sungai Perak transporter yang bawa mesin basuh ni call nak tau lokasi rumah. Minta Kak Widad tunggu depan rumah. Mujur mereka tolong bawa masuk. Letak kat ruang tamu je dulu. Mereka hanya hantar, takde buat pemasangan. Masa ibu baca review ada yang minta pasangkan dan caj nya adalah RM60. Tapi mostly yang beli dari seller ni pasang sendiri je. Cuma nak kena sambung getah paip. Saluran air keluar semua dah fixed.

Untuk rumah kita, ibu guna getah paip yang sebelum ni sebab ia masih baru. Tukar yang lama sebab masa tu keluar karat.

Nak keluarkan dari kotak pun senang, hanya gunting tali putih tu dan angkat kotak ke atas. Kiranya tak perlu pun angkat mesin basuh tu. Cuma kena tonggengkan sikit untuk keluarkan gabus dan pasang penutup mesin basuh bahagian bawah.

Untuk model yang ibu beli harganya RM545. Tambah caj penghantaran dan SST jadi RM594.50

Seller ni kat Johor.

Warranty motor 10 tahun.

Harga mampu milik. Bulan ni duit keluar macam air terjun. Jadi mana² kos yang boleh dikurangkan kita buatlah. 

Midea Top Loading Washing Machine Troubleshooting and Error Codes

Be good ya, our 1st Midea brand!

Wafi baru sampai rumah... bila nampak mesin basuh ni dia terkejut, terus dia gelak²...

Maaaa... kenapa kecik 🤣🤣🤣

24 comments:

  1. Sama lah. Walaupun mesin basuh banyak function, tapi selalu guna butang on dan start je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kalau pengeluar keluarkan mesin basuh hanya 2 button je dah tentu2 harga boleh lebih murah 😁

      Delete
  2. Takpe la downgrade janji ada mesin basuh dari hantar ke dobi selalu lagi bazir..sesekali xpe...SA mesin basuh kat rumah tu pun dh ada ura2 bakal mati tu..sampai hayat dah rasanya...hahaha...matilanak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adehhh... bersedia lah.. sempat lagi nak kumpul duit tu 😀

      Delete
  3. Mesin basuh kat umh sy sejak pindah rumah tahun 2011 dulu... pernah sekali rosak je hantar repair tukar apa x ingat, pastu masih valid sampai sekarang... sy belom pernah lg beli brg online esp yg letrik mcm ni, husb jenis nk tgk dlu dpn mata cmne.. hehehe... tp nice la kaler dark grey tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya bertahan lebih lama lah KM.
      Akak sebelum2 ni pun barangan letrik mesti nak tengok juga sebelum beli. Tapi kan.. bila compare nampak beli secara online lebih murah sedikit.
      Kaler tu je yang ada KM, akak kalau boleh lebih suka light colour.

      Delete
  4. Samalah, our first mesin basuh pun hadiah kahwin dari bffs.
    Selamat berkhidmat ye mesin basuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau dihadiahkan mesin basuh ni jadi hadiah kahwin yang paling mahal kan 😍
      Seronok masa tu... masuk rumah dah ada mesin basuh.

      Delete
  5. mudah sekarang mesin basuh dan peralatan beli di Shopee senang terus sampai rumah dah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Kak Ana, walau mula-mula tu rasa krik.. krik juga nak membelinya.

      Delete
  6. Saya pun pakai Midea...alhamdulillah setakat ni ok..beli tahun 2017..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo dah lama juga tu... akak perasan Midea ni keluarkan aircond je sebab nampak billboard tepi jalan 😅

      Delete
  7. dekat rumah ni jenama panasonic dah 15tahun..harap-harap panjang lagi la umur dia...
    wafi dapat balik sambut puasa ye kak?Pia tak boleh balik,sayu je rasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu ia berkhidmat Afzan... semoga lebih panjang jangka hayatnya.
      Aah... depa boleh balik sebab kebetulan Ahad 2/3/25 tu Kedah cuti sempena 1 Ramadhan. Dapat sahur je sebab jam 10.30 dah naik ETS balik sana semula.

      Delete
  8. Saya tahu brand Midea ini, so far bagus review-nya. Walaupun saya tak pernah pakai. Baca saja dari beberapa testimoni orang2.

    Saya di rumah pakai Samsung, tp tuhlah, jaraaaaang sangat dipakai 🤣. Sebab asisten saya lebih suka cuci pakai tangan. Dia bilang lebih bersih hahahahah. Jadi saya serahkan kedua saja . Pakai tangan pun jadi, janji bersih. 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak hanya tau Midea keluarkan aircond je sebelum ni rupanya banyak lagi produk jenama sama.

      Bagus asisten Fanny... mesti dia lagi puas hati basuh tangan. Kalau kita nak yang senang je.. tekan button je yang senang 😁

      Delete
  9. Alhamdulillah mesin basuh lady dari kakak kecil sehingga sekarang masih elok.. semoga terus elok... xde mesin basuh terasa sgt nazak.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. kakak pun dah besar.. harapnya bertahan lebih lama Lady.
      Zaman sekarang memang keperluan lah mesin basuh tu... sayang nak goyangkan otot-otot lengan 😁

      Delete
  10. Moga dapat berkhidmat lama dengan keluarga ni ya mesin basuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah Ezna... sengsara juga takde mesin basuh ni.

      Delete
  11. Moga elok dan panjang umur nya mesin baru ni.

    Selamat Berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah Mulan... mungkin penggunaan makin berkurang.. lamalah jangka hayatnya nanti.

      Selamat berpuasa dan berbuka juga.

      Delete
  12. Alhamdulilah... Semoga baik2 sahaja dan bertahan lama ya Midea!

    ReplyDelete