Tadi dalam FB sekolah, ada share gambar Wafi dan kawan-kawan yang menyertai Bengkel Kolaborasi Colourguard. Bengkel diadakan pada minggu lepas 21 & 22/2/2025 bertempat di SMS Pokok Sena (SAINA). Sekolah SAINA ni kat Kuala Nerang, jadi mereka balik hari je.Besar dan cantik dewan sekolah ni.
Ni antara yang mereka belajar. Kibarkan bendera secara berirama.Banyaklah instrumen lain yang boleh diguna macam riben, kad dsb.
Seronok ibu bila Wafi dapat join aktiviti sebegini.Dulukan agak malu-malu, nampaknya sekarang semakin berani.
Ibu tak sure Wafi pakai jersi siapa atau memang jersi sendiri sebab nampak besar betul.Banyak sangat jersi sampai tak tau bila masa dia beli.
Seronok join aktiviti macam ni. Menambahkan keyakinan diri.
ReplyDeleteBetul tu Cie.. tengok dia pun dah kurang nak malu².
DeleteBagus aktiviti gini kan... Seronok pun seronok boleh jadi wakil sekolah.
ReplyDeleteDia volunteer nak join bila rasa macam best je aktiviti gitu.
DeleteTahniahnyer wafi
ReplyDeleteTerima kasih uncle WP🥰
Deletemenarik dan seronok aktiviti di sekolah Wafi :)
ReplyDeleteSaya pun baru tahu pasal colourguard ni kak ana. Memang nampak seronok.
DeleteKibarkan bendera secara berirama tu nampak je senang, tapi sebenarnya susah juga tu utk bendera yg besar cmtu.
ReplyDeleteWafi dah ada ramai geng n aktif dgn pelbagai aktiviti nampaknya 😁
Akak pun rasa gitu Maz... lagi² kalau kat tempat terbuka.. ada angin. Tangan mesti kuat.
DeleteAda peluang dan minat itu yang dia join.
seronoknya xtvt begini...
ReplyDeleteBetul Lady.. tak adalah mengadap kelas sahaja bila join xtvt begini.
DeleteAktiviti yang bermanfaat ni. Banyak Wafi boleh belajar dari aktiviti macam ni.
ReplyDeleteHarapnya begitulah Ezna bila diberi peluang begini.
DeleteDapat ramai kenalan jugak.
ReplyDeleteTak tau dia sempat kenal kawan lain ke tidak😅
DeleteBagus Wafi, aktifkan diri sertai pelbagai program...boleh tambah kenalan jugak tu...
ReplyDeleteAkak selalulah galakkan dia join mana² xtvt yang dia suka.. cepat² grab bila ada pengumuman xtvt luar terutamanya.
DeleteSalah 1 best kalau dok asrama, mcm² aktiviti dpt join
ReplyDeleteKena berebut jugalah tu bila xtvt limited seat je 😁
DeletePenasaran nak lihat hasil gerakannya. Saya suka dulu lihat aktivitas colourguard ini. Dan biasanya anak2 yg join ekstra kurikuler ini biasanya anak2 pilihan 😄.
ReplyDeleteSama gak Fanny... nak tengok juga cemana diorang buat tapi cikgu tak share pula.
DeleteMemang begitu.. ada xtvt yang cikgu dah siap² pilih student pilihan🤭
Wafi ni volunteer je katanya tak ramai yang nak pergi. Itu yang dia ada peluang.