Plan ke Ipoh dibuat sebelum balik Klang. Ibu usulkan pada ayah singgah Ipoh dahulu memandangkan Isnin ayah cuti. Kalau esoknya kerja memang ayah tak akan setuju sebab nak rest je bila sampai rumah.
Bila berdua je senanglah buat keputusan😅
Takdelah dengar ayat²...
Nak kena keluar ke?
Boleh tak... tak payah ikut...
Panas tak tempat tu?
Ramai tak orang?
Sampai Ipoh sebelum jam 10.30 am. Breakfast dulu kemudian baru jalan² di sekitar Ipoh.
1st pit Concubine Lane.
Bila guna google map kena cari Lorong Panglima.
Rezeki pagi tu dapat parking betul-betul di hadapan Kedai Wawasan Cendol. Jadi takdelah jauh nak menapak ke tempat yang kami nak pergi tu.
Walaupun belum jam 11.30 am tapi orang sudah ramai.
Snap few pictures je sebab rasa tak selesa nak berlama-lama.
Ada kedai accessories, restoren, pakaian, street food dan sebagainya.
Ada kedai accessories, restoren, pakaian, street food dan sebagainya.
Ibu rasa sales assistant orang mainland China sebab tak tau berbahasa Melayu bila ditanya. Englishnya pun very simple. Muka pula tak mesra alam. Mujur tauke dia keluar.. anak muda. Boleh berjenaka. Baru lah seronok berurusan di tanah air sendiri. Guna bahasa kebangsaan.
Sebenarnya gambar ni ibu hilangkan orang-orang sebelah ayah gunakan AI.. tapi ada plak kepelikannya.. hantam je lah.
Ini
Pekan
Orang
Handsome
Ada-ada sahaja 😂
Belakang tu restoren Cina kiri kanan. Agak tak selesa sikit bila lalu situ.
Ada jugalah gambar berdua bila ada yang tolong ambilkan gambar. Mula-mula ibu offer untuk ambilkan gambar mereka bertiga dulu.
Cuma sayang... tak nampak pula pokok sebelah atas. Dah balik baru perasan padahal yang tolong ambilkan gambar dah pesan check dulu ok ke tidak🤭
Masuk lorong yang lebih lapang.
Dinding di Kafe Pekan Lama.
Nampak belakang motosikal kat situ tapi ibu sudah hapuskannya 😁
Fikir banyak kali nak masuk ke tidak sebab panas.
Hurmmmm... padahal dah tunjuk posisi HP tu.
Belakang tu Birch Memorial Clock Tower.
Lalu sini sebab nak ke Restoren Nasi Kandar Dato Sagor.
Ambil gambar dari seberang jalan je sebab kenderaan sedikit sibuk.
Ibu tak berapa suka sebab banyak tinggalkan najis di situ juga di kaki lima bangunan.
Ada juga yang bergambar kat situ sambil beri merpati makan dan bagi ia terbang berkumpulan.
Luar agak vintage ke spooky..
Tak masuk pun.
Masuk semula Concubine Lane sebab nak beli Kuih Titisan Hujan.
Sebelum keluar dari kawasan Concubine Lane singgah Wawasan Cendol.
Lepas tu kami cari muzium pula.
tunggu duduk tronoh la, baru play tourist dekat Ipoh..hihihi
ReplyDeletekadang yang dekat lah tak pergi 😁
Deletebest ni yg jual beg-beg ala-ala rotan ni cantikkk! hehehe
ReplyDeleteaah.. cantik- cantik semuanya.
DeleteIpoh Ini plan saya THN depan. Sebab kemarin ada blogger Malaysia DTG jakarta, dia cerita apa saja yg bisa dilihat di Ipoh dan perak . Saya langsung tertarik kak 😍.
ReplyDeleteCantik2 pun gambar di atas. Lorong gundik itu kenapalah diksh nama gundik 🤭?
Ada ceritanya tu Fanny tapi saya tak tulis. Kalau ikut sudah ditukar nama kepada Lorong Panglima tapi mungkin nak tarik pengunjung mereka letakkan nama Concubine Lane juga.
DeleteOrang lelaki memang cengitu la kak...x pandai amik gambar...geram je bila gambar kita tak cantik kan...sebab tu pi mana-mana suka bawak Nia
ReplyDeletegeram je... padahal dah setkan kat mana kedudukan tangan😬
Delete