Pages

Sunday, June 29, 2025

Balik Dah Wafi

Tadi sementara tunggu tren Wafi sampai SP, dapatlah ibu tidur kejap. Dah siap² kunci jam 1.30 pm. Belum sampai masa, pakcik teksi call bagitau dah arrange driver. Malam tadi dan pagi tadi mesej tak reply. Ingat kalau tak response minta Wafi ambil mana² teksi je.

Wafi cuti 3 hari sempena Awal Muharram.

Happy pagi ni nak balik walaupun bila nak kejutkan tu 5 minitnya beberapa kali. Haishhh... menurun betul dari abangnya. Kalau abang lagi dahsyat... sementara nak sampai bilik air ada beberapa transit😬

Pagi ni ibu sediakan sandwich telur dan teh-o. Bekalkan juga untuk makan dalam tren. Untuk lunch makan masa sampai asrama ibu bekalkan nasi putih, sotong kicap+sayur, telur dadar dan cendawan goreng.

Lambatlah turun platform sebab Wafi nak beli waffle dulu. aishh.... kalut jugalah tadi padahal sampai stesen KTM jam 9.20 am. Lepak² dulu dalam kereta. Lepasni tak boleh dah buat gitu.

Hari ni bertiga je dari SB, Najlaa & Afiqah manakala Alma & Ariana dari KLS.

Ibu dan abang je hantar sebab ayah outstation ke Johor.

Alhamdulillah tren gerak dan sampai on time. Yang last masa anak² cuti Raya Haji tren delay hampir 1 jam bila ada kecurian kabel. Masa tu Wafi ibu ayah hantar. Kasihan anak² juga penumpang lain bila hal sebegini terjadi. Menyusahkan semua orang 🤬🤬

18 comments:

  1. Isshh..isshhh ada pula pencuri kabel ye. Semoga selamat sampai ke destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencuri terdesak lah gamaknya tu. Kedua² arah memang delay masa tu.

      Delete
  2. Hilang rindu wafi nak balik rumah..tapi,besar betul beg wafi untuk 3hari...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... hilang rindu. Tapi tak puas gomol² huhu
      Baju² yang siap dicuci sekali dengan jajan dalam tu. Baju² yang dibawa balik pun dah kurang sekarang bila dia hantar dobi layan diri sebelum balik.

      Delete
  3. Seronok dia dapat balik rumah walaupun cuti tak panjang. Dapat balik kejap melepaskan rindu pun jadilah. Masih ada lagi kes cuti kabel. Menyusahkan orang lain je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik memang qada tidur dan layan HP. Dapatlah bawa keluar sekejap.

      Delete
  4. bagusnya wafi berdikari balik naik tren, mesti dalam tu penuh dgn buku kan hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semestinya tidakkkkk😅😅😅
      Tak study pun balik.. qada tidur dan layan HP. Homework sehari sebelum balik baru buat itu pun bila ibu dah gegar😬

      Delete
  5. Biasa la tu transit byk sblm masuk bilik mandi.. anak sy sampai hilang ntah ke mana hahahaha.. Kdg2 jumpa tepi sofa, balkoni, belakang pintu padahal semua baru kecil2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... bertabahlah TT sementara nak tunggu besar tu. Karang gegar² pagi hilang pulak mood diorang nak gi sekolah.
      Tapi kalau nak jalan, kadang sekali kejut pun dah bangun😅

      Delete
  6. Entah apa2 la diorang ni mencuri kabel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... tak fikir kesusahan orang lain 😬😬😬

      Delete
  7. Selalu lalu sekolah Wafi..maaf yer acik lalu jer...

    ReplyDelete
  8. Macam anak saya juga. Dibangunkan, banyaaaak sangat tunda tundanya 🤣🤣. Pernah juga sekali, dah bangun, dah jalan ke kamar mandi, eh saya tunggu2, kenapa tak ada suara air. Ternyata dia tertidur di WC 🤣🤣. Bisaa pula tidur di WC, ya Allah.

    Anak2 dah balik sekolah, rumah jadi sepi balik ya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha.. sempat lagi ya... itu nasib baik dia tak buka paip jadi boleh trace. Kalau bunyi air tapi tak keluar² lagi geram dibuatnya😅

      Delete
  9. Cuti sudah selesai ya Mbak, Wafi kembali ke asrama sekolahnya.
    Sepi ya Mbak kalau ditinggal anak-anak jauh bersekolah.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunyi pak.... mujur ada si kakak tapi sebab dia pun ada online class, sunyi juga jadinya.

      Delete