Pages

Saturday, June 14, 2025

BW | Nasi Kerabu | Dentist

Rutin briskwalk Sabtu pagi di tasik Puncak Bestari. Jam 7 am mula berjalan. Ada 3 orang je masa tu. Dah lama tak pergi sini semenjak Dragonfly park dibuka. Nampak tak terjaga, rumput pun tidak dipotong. 

Hari ni ada peneman. Anak kucing ikut sambil mengiau².. pergi²... saya takde makanan. Anak kucing ni dengan mak dia, tak tau mana datang tapi nampak sihat dan bulu cantik.
Dapat juga jalan 5 km keluarkan peluh. Lalu track ni akan teringat beberapa tahun lepas masa down pasal kerja dan hampir² berhenti.. tasik ni lah jadi saksi. Sambil jalan dan berzikir sambil muhasabah diri. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kerja.

BW kat Puncak Bestari sebab dah berhajat balik nak singgah Mekla Nasi Kerabu di Alam Jaya. Tapau bawa balik sebab nak makan dengan Kak Widad.

Teringat Kak Widad nak makan nasi kerabu lemak bakar. Beli 2 set. Ada lauk daging bakar, lemak bakar, ayam bakar, telur masin dan solok. Tambah sebekas kuih onde² gula Melaka. Semua RM35, boleh brunch terus. Berdua tak perlu nak masak² dah. Petang nanti nak merayap dengan Kak Widad.

Ayah balik utara sorang² nak temankan tokwan di KPJ Penang. Keluar jam 4 am pagi tadi.

Jam 11 am appointment dengan dentist. Jam 10.20 baru staff confirmkan. Adehh.. kena bersiap² dulu. Masa tu baru je habis breakfast. Sempatlah sampai lagi 3 minit sebelum jam 11 am. Tapi seperti biasa, kena sidai bila patient sebelum tu tak keluar lagi.

Rutin ibu buat yearly scalling. Patut 6 bulan sekali tapi biasalah... malas je nak jumpa dentist. Ngeri nak dengar bunyi mesin scalling tu. Seram sejuk dibuatnya. Biasanya masuk jumpa mana² doktor,  ibu baca doa Nabi Yunus. 

Ajak Kak Widad, dia tak ready lagi. Kawi kata bulan 12 ritu baru buat. Ehhh.. cukuplah tu 6 bulan. Takpelah... nanti nak jumpa dentist, Kawi boleh pergi sendiri.

Doktor bekalkan ubat kumur sebab ada gusi yang bengkak. Doktor tanya tak sakit ke... laaaa... ibu pun tak perasan ada gusi bengkak sebab tak rasa sakit. Mujur jumpa doktor hari ni, kalau lambat² takut ada infection. Doktor suggest guna berus gigi halus (interdental brush) macam dalam gambar tu. Lebih sesuai untuk gosok celah² gigi berbanding dental floss terutama di bahagian gigi belakang. Staff beri saiz 1 dan jenis berus gigi tu juga pemakai braces. ooo.... baru tau depa ada berus gigi khas😅. Anggaran 1 pack tu boleh pakai 6 bulan.

Simpan rekod di sini
1. Scalling & polishing RM140
2. Berus gigi RM25
3. Ubat gigi RM10

Ubat gigi tu khas untuk masalah gusi dan rasanya memangggg tak sedap. Dulu klinik pernah bagi 2 tiub percuma saiz besar.... memang pakai sikit je lah sebab masa tu takde masalah gusi jadi pakailah ubat gigi biasa je.
 

12 comments:

  1. Lama tak makan nasi kerabu sambal paru. Sejak anak asyik ada kelas weekend ni jarang breakfast kat kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kan.. weekend penuh jadual anak² ya. Habis kelas nak lunch pulak.

      Delete
  2. Sebut pasal dentist memang terus seram sejuk. Tekanan darah terus mencanak naik. Saya pun dah lama tak buat rawatan scalling gigi...... terakhir buat RM235.00.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaihhhh.... T20 harga kat sana. Teringat baca blog akk pasal rawatan gigi bbrp tahun lepas yang bikin meremangkan bulu roma.

      Delete
  3. Cepat juga langkahnya Mbak. 5 km dalam 1 jam.
    Lucu juga Mbak ada kucing yang ikuti langkahnya.
    Btw. saya penasaran dengan nasi kerabu. Disini sepertinya saya belum pernah ketemu yang dagang nasi kerabu itu.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu memang target 5km 1 jam pak.. bila sorang² bolehlah jalan agak pantas lagipun pemandangan sama je jadi tak perlu melihat² keliling 😁
      Nasi kerabu ni dimakan dengan ulam-ulaman ditambah sambal dan budu. Lauknya sampingan. Nasi dimasak dengan campuran air bunga telang. Saya pun tak pasti di sana ada atau tidak atau ia punya nama berbeda.

      Delete
  4. Gigi Taufik pun sedang goyang... Tapi tulaaaa lemah betul laaaa kalau nak gi kat dentist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi ni kan...kalau sakit time² tu juga kalau boleh nak jumpa doktor. Bila dah kurang sakit biasanya akan ditangguh²😁
      Mungkin jumpa doktor akan ada penyelesaian dari kena cabut tu.

      Delete
  5. Dulu masa along ammi memulakan belikan arwah mama paradontax tu ammi cuba dan macam….yewwww apo ni? Tp alah bisa tegal biasa lelama dah biasa mcm boleh terima rasa masin2 dia tu

    ReplyDelete
  6. SA dah 2 kali tukar schedule..xde masa plak nak pi tapi kena pi kalau tak elaun x leh claim...setahun RM500...cukup la utk SA sorang..tapi kadang bawak gak Dania...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh.. 500 banyak tu.. bestlah company ada sediakan benefit pergigian. Memang kena utilise tu.

      Delete
  7. Cantik view pagi tu.....seronok dapat keluarkan peluh ya.

    ReplyDelete