Pages

Sunday, June 8, 2025

Cousins Day Out

Kak Ain ajak adik² sepupu jalan² hari Khamis. Seronok lah si Wafi, Alma dan Adnin. Plan tu masa kat Bernam lagi. Kak Ain dah biasa naik LRT dengan kawan², bolehlah bawa adik² ke KL. Kalau Kak Widad setakat bawa kereta bolehlah, public transport tak pandai macam ibu kecuali bas.

Wafi share gambar². 
Gambar ni dah caca marba.. susah nak susun sebab guna HP.

Tak sure Kak Ain park kereta kat mana untuk naik LRT.


Tu haaa.. sampai ke Pavilion. 

Sanggup lah jalan kaki ke sana ke mari.

Mungkin ambil gambar sahaja.

Entah kat mana ni.

Wafi kata ke Pavilion 2 tempat. Lerr... baru ibu tau kat Bukit Jalil pun ada ๐Ÿคญ KLCC tak sempat nak pergi.



Rasa tak sampai ke sana tu.

Tak tau air apa tu... yang ibu tau Tealive je ๐Ÿ˜…

Camni pun boleh.

Dak² sekarang, jalan pun pegang kipas. Ibu ada belikan satu untuk Wafi last week tapi tersalah post ke sekolah๐Ÿ˜…

Playing tourist betul bila naik bas.

Terrorlah Kak Ain.

Rasa Wafi ada beli scrunchie.

Depa lalu kiosk Montigo. Ni kat Pavilion rasanya. 
Wafi kata kat SCM nak buka nanti <pengsan>.
Dah lama Wafi aim tumbler Montigo ni.
Beli dulu baru tanya. Wafi kata kad bank dah limit jadi pinjam Kak Ain. Mesej ibu soh transfer.

Balik dari KL singgah Central i-City plak. Tengok Ejen Ali. 
 

Wafi dan Alma.

3 cousins yang rapat. Wafi muda setahun dari Alma dan Denin.

Pandai dah depa bergaya² style teenagers.

Mungkin ini acara wajib ๐Ÿ˜†

Tq Kak Ain bawa adik² berjalan.
Sekarang poli cuti, jadi adalah masa Kakak Ain di rumah.

Sapalah yang keluarkan brand ni... mahal bebenor... Semua sekali RM181 termasuk free gift cap pink, boot RM25 dan paperbag.

Juga engraved nama RM25. Dah balik, Wafi beritahu patut letak nama penuh cukuplah 10 abjad.

Ini ibu check kat website Montigo... memang kayangan betul harganya ๐Ÿ˜ฌ

Botol ni 950 ml, besar sikit dari yang beli di Typo. Rasanya Wafi ada 4 Typo. Makan modal betul nak bagi Wafi seronok belajar ๐Ÿคญ. Yang dah tak  pakai tu ibu ayah lah guna kat rumah. Merasalah juga guna Tyso. Kalau sesaja nak beli memang takler. Ada satu tu Wafi bagi kat kawan. 

Wafi kata takde dah nak beli.. boleh pakai setahun. Takde².. pakai sampai masuk IPT ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

16 comments:

  1. Hahahaha....pandaiii..dh beli pas tu claim ibu erk...bijak...bijak..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerr.. kalau tanya dulu mesti ibu akan drag² tunggu yang kat SCM buka๐Ÿ˜„

      Delete
  2. Aiseymen... Kita tak beli lah yang kayangan nie.. Beli kat shope, ada gambo pikachu.. Kalau letak ais batu, tahan sejuk gak 24jam..ok lah tu.. Esok isi ais batu lain.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun takde Linda. Itupun rezeki Suria Amanda bagi menang top komentar... dah berebut pulak dengar asben benda satu tu. Lepaih ni boleh guna Wafi punya yang dia tak pakai.

      Delete
  3. Seronok la tu outing dengan cousins. Kayangan betul harganya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur Kakak Ain cuti bolehlah bawak adik².
      Ia Cie... Wafi plak senang terpengaruh. Dulu sekolah rendah boleh je pakai botol MrDiy๐Ÿ˜…

      Delete
  4. Montigo mmg harganya kayangan tapi best guna. Airnya sejuk tahan lama dan lasak juga.
    Rasa cam nak hire Kak Ain jadi tourist guide la, acik PH pun tak reti nak explore KL ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok terpikir... botol air je kot.. tapi dah jadi lifestyle pula. Pandailah founder buat marketing.

      ekeke.. seronok tu jadi TG. Akak pun tak sangka Kak Ain lebih advance dari Kak Widad. Dia kerap keluar dengan kawan² rasanya. Dah tu jenis yang berani.

      Delete
  5. Baik juga Kak Ain ajak sepupu jalan-jalan.
    Senangnya sepupu-sepupu itu jalan-jalan.
    Botol montigo cantik sekali, tapi mahal hrganya ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sikit bila ada sepupu yang besar jadi kurang rasa risau bila mereka keluar berjalan.
      Ia pak.. harap kualiti setanding dengan harganya dan boleh pakai lama.

      Delete
  6. Botol & lunch box montigo mmg lawa² tp harganya kayangan betul, xpelah beli tupperware je lah dgn botol tyeso... kalau itu gambar dr wafi, mmg sepesen dgn gambar iman, suka betul ambik gambar² mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sekarang tiap hari nengok web montigo keluar kat FB... rupanya ada lunch box juga.. siap pilih gambar apa nak lepas tu masuk mesin.. waduhhh.... tu pun sama macam Tupperware kalau anak bawak pi sekolah.. pesan betul-betul soh bawak balik ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…

      Delete
  7. Tumbler kalo memang buatan luar mahal lah. Dan tak tahu juga akan tahan berapa lama ๐Ÿคฃ. Rasa2nya thermos yg dulu dipakai mama zaman kami masih kecil2 sampai besar, masih jauuuh lebih awet drpd brand2 baru skr.

    Saya samaaa dengan kakak, tak hapal jalur publik transport. Di JKT ini apalagi, Krn jalurnya rumit bagi yg belum terbiasa. Padahal coverage nya dah sampai kemana2. Memang lebih suka naik mobil pribadi ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang budak² ni nak style je... ni pun kalau jatuh dan calar mungkin akan cari ganti ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

      Bandar besar elok pakai public transport, takpayah fikir cari parkir tapi memang kena pandai baca route๐Ÿ˜…

      Delete