Dari semalam dah plan dengan Kak Widad nak jalan² di SCM sebab ada perkara di ofis yang membuatkan ibu down sangat. Kunun nak healing² lah tenangkan fikiran.
Kak Widad plak rindu kat Dina, jemput dia dulu. Kebetulan Cik Baya baru keguguran pagi tadi. Bolehlah Cik Baya berehat dulu kalau tak penat jawab pertanyaan si Dina yang adiknya tak jadi lahir.
Mujurlah mereka sejenis yang behave. Lamalah menunggu kat kedai emas.Lepas solat Maghrib baru cari dinner. Nak masuk restoren yang disukai, penuh pula meja.
Masuk Rich Kopitiam sebab nampak ada menu ringan dan berat. Ibu dan Kak Widad nak makan ringan² je. Dina dan Yaya kongsi Mi wantan.Ibu ambil roti canai kuah kari. Lembut betul roti canai tu tapi kari tu masin. Terpaksa ibu ambil dagingnya sahaja. Makan sulam dengan kopi ais signature mereka.Yang paling lapar dak Alya ni 😄. Dulu Alya masa kecik² pun kami sering bawa berjalan. Begitu juga Angah dan Iman. Anak² Cik Baya ni senang dijaga maklumlah berdikari sebab ibu ayah kerja hospital.Sebelum balik belikan aiskrim dulu.
Moga Cik Baya cepat kembali pulih.
ReplyDeleteKalau sudah rasa down memang kenalah cari pasal untuk healing-healing hehehee.
Aamiin YRA 🥰
DeleteKalau dok dikenang memang mengong dibuatnya.. baiklah cari angin luar hahah
Rich Kopitiam ni Paparich ke....kat Bangi ni pun cam dah tukar nama dia.
ReplyDeleteowhh... agaknya lah... logik juga. Paparich tutup right after covid kan. Yang perasan menu agak sama macam Ipoh lor ho fan ke namanya. Koayteow sup ada carikan daging ayam.
DeleteSeronoknya la jalan- jalan...lagi seronok kalau ajak aunty SA sekali..hahahaa
ReplyDeletehahha.. ajom bila-bila 😁
DeleteKak Widad rupanya penyayang anak-anak ya Mbak.
ReplyDeleteKelihatan sangat care dengan adik-adik sepupunya.
Salam,
Ya pak.. dia memang suka pada budak-budak.
DeleteKalau ada keramaian, dia sanggup jaga sepupu kecil, jadi emak mereka boleh bersenang-lenang.