Alhamdulillah malam tadi ibu, ayah dan kakak tiba di Raub jam 10 malam. Tujuannya nak jumpa Wafi dan support anak² Smadjiwa dalam Pusingan Kelayakan Kejohanan Kriket Perempuan SBP yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub.
Wafi call beritahu tentang game tersebut pada hari Rabu. Bila ibu check SEMESTA ni dalam 2 jam perjalanan. Ehhh... rasa macam tak jauh sangat. Ibu suggest kat ayah untuk pergi bolehlah jalan² Raub juga. Ibu tak pernah sampai lagi. Ayah setuju dan Khamis baru book hotel.
Ibu pesan siap².. beli apa je yang nak makan. Ibu siap² topupkan ewallet.
Petang jam 6 baru mereka sampai ke SEMESTA.
Sementara itu, kami bertiga bertolak jam 6.30 pm. Nak sampai tol Gombak tu banyaklah kenderaan sebab orang balik dari kerja. Seperti ayah jangka, sejam nak sampai ke tol Gombak. Sejam lagi ke Raub.
Kami singgah dulu di RnR Genting Sempah.
Ayah teringin makan patin tempoyak tapi yang kat sini tak sesedap di RnR Temerloh.Jumpa pula batchmate UUM, Uncle Pearl dan Auntie Ina. Baru balik dari Pulau Redang dan singgah solat dulu. Dapatlah berbual lama sikit di sini.Cikgu share gambar anak² supper di DM sekolah.aishhh.. kat sini boleh pulak ya turun supper 😅
Raub - KL dekat je dah cuma bila nak masuk weekend jem la ramai nak balik kampung & jalan2 ke pantai timur.
ReplyDeletegood luck wafi...seronok tengok wafi dah enjoy dengan kawan2..Pia masih mencari rentak huhu
ReplyDeletewahhh seronok jeee
ReplyDelete