Terkejut pagi ini dengar handphone vibrating. Semalam masa nak jumpa doktor ibu vibratekan dan lupa plak nak setting semula. Malam tadi tidur tak letak handphone atas almari. Mujur juga... kalau tak mesti termissed panggilan Wafi.
Ini kali kedua Wafi call ibu awal pagi. Pertama kali masa awal² masuk asrama. Masa tu call pagi² merayu² soh ambil.
Pagi ni bila ibu check jam, baru jam 6 pagi. Wafi call sebelum masuk surau. Selalu risau bila ada panggilan di awal waktu tak kira dari sesiapa pun.
Ma....
Ye Fi, kenapa call pagi² ni.
Kita rindu mama....
Ibu dengar suara esakan di hujung talian dan suara Wafi sebak.
Allahu...
Ibu pun rindu awak sangat².
Nanti kirim salam kat ayah ye.Ok sayang 🥰
Ibu sayang awak tau!
Biasanya bila masuk bilik ICT Wafi akan baca blog ibu. Itu yang ibu cuba tulis cerita dalam blog jadi Wafi boleh tau perkembangan keluarga.
Last Wafi call ibu 10hb, sehari sebelum hari jadi. Ibu tau Wafi sibuk. 2 hari lepas ada program PRS. Dapat tau dari mama Mia. Tadi Wafi beritahu jadi fasilitator. wahhh.. baguslah anak ibu ni😙
Kita jumpa ya akhir bulan ni. Ada PB sempena awal Muharram.
Sindrom anak duk asrama gitu lah kan. Kena berkorban sikit demi nak menuntut ilmu.
ReplyDeleteBila datang rindunya tu dan-dan dia call. Kalau ibu rindu, menghitung hari lah jawabnya tunggu panggilan 😊
DeleteBagus anak yang selalu ambil tahu perkembangan ibu bapa.
ReplyDeleteSemakin besar nampak lebih prihatin kat mak ayah 🥰
DeleteBiasalah tu Kak, lepas cuti lama balik asrama homesick la. .tapi kejap je tu kan, start busy segala nanti okay la tu :)
ReplyDeleteAbang pun sama, kadang pinjam phone Ustaz sat, baca blog Ummi ☺️
Harapnya gitu lah.. minggu ni dah sibuk dengan sukantara, next week dah KOT.
DeleteSeronoklah abang dapat ustaz yang sporting boleh baca blog ummi. Lagi-lagi daily ummi tulis cerita.
Aduhai... mata masuk habuklah pulak.
ReplyDeleteWafi oohhh Wafi!
Dia kalau penat kadang-kadang jadi sensitif dan teringatkan ibu. Nak mengadulah tu.
Deletehomesick mmg begitulah bila duduk di asrama :(
ReplyDeleteIbu pun very-very childsick 😔 .. kalau boleh nak anak depan mata je sentiasa tapi ada perkara yang perlu dikorbankan huhu
DeleteAnak ni kadang rindu ibunya bila time dia sakit, stress, nak exam dan sewaktu dengannya sebab dia tahu kita akan tenangkan dia....Moga wafi baik2 ajer ya.
ReplyDeleteBetul²... mungkin dengar suara kita boleh buatkan dia rasa tenang.
DeleteStay strong Wafi.
ReplyDeleteInsyaallah... terima kasih auntie Mulan 💪💪
DeleteSamalah dgn Khilfi…dpt peluang masuk bilik komputer dia akan baca blog sendu ammi dgn kengkawan.
ReplyDeleteAnak2 ammi jarang call sebut dorang rindu tp kalau dah sehari call 3-4 kali dengan ayat “saja je nak dgr suara ammi” hmmmm taulah tu
Boleh faham bahasa anak kan Ammi walaupun tak directly cakap.
DeleteSy pun sama, paling takut terima call awal pagi ataupun tgh malam... YTJT kan
ReplyDeleteBiasa panggilan tengah malam atau awal bagi membawa perkhabaran duka huhu
DeleteKenapa Dania x macam tu erk...hahaha..ke sebab dia jenis kental and brutal..SA paling risau kalau dapat call pepagi subuh..x kisah la dari siapa pun
ReplyDeleteSedari kecil Dania dah berdikari ya... itu yang respek kat dia.. ke hulu ke hilir boleh drive pergi balik U sorang-sorang.
DeleteKita pulak naik risau kalau ada panggilan masuk pagi-pagi dan tengah malam. Adalah tu hal urusan penting. Alahaii...sian Wafi rindu mama. Homesick dia. Takpelah, dia nak meluah rasa. Kalau dipendam sakit juga.
ReplyDeleteIbu pinjamkan telinga sambil memujuk. Biasanya akan ok lepas dengar suara ibu.
DeletePengorbanan anak belajar asrama, terpaksa berdikari, hari2 rindu ibu ayah
ReplyDelete