Pages

Sunday, July 13, 2025

Makan Tengahari Di Restoren Saffani, Simpang Pulai | Selesai Exam

Pagi tadi gerak dari Kulim jam 10.30 pagi. Lewat sikit sebab ayah uruskan keperluan tokwan dulu sementara Pak Jon sampai.

Kawan² ayah SAS zon utara ziarah tokwan tadi sebelum kami gerak balik.

Otw tu ayah cadangkan lunch kat Ipoh tapi rasa macam taknak masuk pekan. Jadi ayah soh cari tempat makan area Batu Gajah atau Simpang Pulai.

Ibu search "makan best simpang pulai", keluarlah beberapa tempat makan. Restoren Saffani ni rating dia 4.3 dari 414 review. Bolehlah ni. Tengok akan tutup jam 3 pm. Masa tu sudah jam 1 pm jadi boleh expectlah mungkin tak akan banyak lauk pilihan.

2 minit dari exit Simpang Pulai.

Ikan kembung dan ayam bakar. Air asam tu tertumpah atas pinggan masa ibu bawa😬
Kalau datang awal banyaklah pilihan ikan bakar.

Ayah dah plan nak makan patin tempoyak tapi yang tinggal kuah sahaja. Bolehlah dihirup buat rasa masam pedas..

Nampak kat meja² disediakan kicap cap Kipas Udang.
Ibu kalau kat rumah makan lauk atau sayur kering barulah bubuh kicap, itupun jarang.

Lainkali kalau awal boleh lagi singgah sini takpun makan di tempat lain area Simpang Pulai ni. Yang penting lokasinya dekat dengan exit tol jadi tak perlu masuk jauh ke dalam.

Ganti drive kat Hentian Behrang. Sebelum tu ibu dah tidur dulu.. maklumlah.. lepas makan. Mata pun berat je🥱

Cik Cha kata ibu macam orang belajar memandu, dua² tangan kat stereng. 
aihhhh... ibu mana ada derhaka ajaran cikgu😁
mujur ummi sebagai isteri cikgu memandu, pertahankan, walaupun dah senior wajib begitu😅

Pertama kali ibu drive Axia jarak jauh... takleh nak speed sangat... ikut je had kelajuan antarabangsa. Macam susah je nak tekan 120km/j😁. Memandu kat jalan 3 lane, bolehlah dengan selesa duduk di lane tengah. Kalau ada 2 lane cuak juga tambahan bila nak potong lori dan bas. Lepastu kenderaan belakang cucuk² 😬😬

Sampai rumah jam 5 tadi. Tapaukan makanan Kak Widad. 

Alhamdulillah tadi last paper final exam.
Assignment yang perlu disiapkan pun sudah dihantar.

Habis dah perjuangan kelas online 2 semester, ada masa struggle... ada masa mudah.

Kak Widad dah plan nak rehat dan gathering dengan kawan². Nak massage pula.. insyaallah awal bulan depan ibu bawa Kak Widad short getaway. 

6 comments:

  1. Nanti tanya chatgpt berderet dia akan suggest kedai makan berdekatan. Hihi. Cie lama tak drive atas highway. Selalunya husb jela drive dia takut kot nak bagi bini drive. Hahaha. Bini dia ada sejarah banyak saman had laju zaman bujang dulu 😆

    ReplyDelete
  2. Lega Kak Widad, semua dapat diselesaikam.
    Pasal orang perempuan memandu ni, memang lurus jew. Anak-anak selalu ketawakan cara pemanduan saya... ahaks!

    ReplyDelete
  3. Singgah sini..nampak restoran Safani, selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  4. Bagus ... Tidak derhaka dengan ajaran guru memandu

    ReplyDelete
  5. kalau rating 4.3 per 5 bintang, mesti kedai ni selalu ramai orang. tapi baru pukul 1 lebih pun banyak lauk dah habis ye?

    ReplyDelete