Pages

Saturday, September 13, 2025

Aktiviti Anak²

Walaupun cuti panjang dan tiga² anak ada di rumah tapi masing² sudah ada program yang diatur.

Kak Widad follow Cik Elis dan Cik Zie gi panjat Gunung Angsi. Intan ikut sekali.. seronok lah dia dapat panjat gunung kat Malaysia. Beberapa bulan lepas panjat Gunung Sinai di Kaherah. Nampak je rupa ustazah² tapi aktiviti lasak dia sepupu lain pun kagum. Satu lagi mungkin membesar dengan 4 orang adik beradik lelaki.

Kak Widad dan Intan. Baru 1km mendaki 😅

Ibu baca Gunung Angsi ni tinggi dia 2.7++ dari aras laut.

12.50 pm tadi sampai bawah.

Abang Imi pulak ikut Abang Izzat ke TRX.. Ada kerja kat sana.
Naik tren ramai yang pakai sarung... dia pun baru tau. Tu kalau soh pakai kain pelekat mana mau nya dia nak join🫢

Si adik pulak baru hari ni nak start buat kerja sekolah yang cikgu bagi. Banyak katanya.. haishhh... 

Tapi kan... kalau buat kerja tak layan medsos mungkin cepatlah sikit habisnya.. tak adalah Jumaat malam kena stay up sebab esoknya nak balik dah.


Sekolah tak bagi chance langsung cuti betul². 

Dah mak ayah kena pantau tugasan dan kerja rumah sepanjang cuti penggal ni🫣

Ayah plak dari Khamis dah sampai Kulim. Giliran jaga tokwan sementara makngah balik Kelantan. 

 

11 comments:

  1. Kak widad minat aktiviti lasak jugak ye, bagusnya!
    Buat masa sekarang ni mmng kena elakkan lah naik train, sebab ada keretapi sarong sampai 16hb haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... mujur ada acik²nya bawak. Sebelum ni dia gi Gunung Datuk.
      Ooo.. memang ada program keretapi sarong tu sempena Hari Malaysia.

      Delete
  2. Semua busy dengan aktiviti hari cuti memasing hah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni akak balas komen pun dok sorang² kat rumah. 3 beradik tu main badminton dengan sepupu² lain.

      Delete
  3. Welcome to Gunung Angsi Kak Widad. Rindulah pulak nak hiking ni. Bertabahlah sesak sekarang sebab ada program keretapi sarung tu sempena Hari Malaysia. Cuti sekolah pun tak dapat nak rehat kalau dah macam ni. Mak ayah pulak secara tak lansung dapat jadi cikgu interim masa cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah... Fiza pun rajin hiking kan.
      Adehhh... mak ayah takleh rehat lah gini masa cuti🤭

      Delete
  4. Bestnya hiking!
    Ada geng pula lagilah seronok nak mendaki.
    Go Wafi go! Angah pun banyak homework juga ni. Eloklah dari dok belek phone je

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun dah mula hiking kan.. aishh.. akak dah takmo dah.. sekali je panjat bukit beberapa tahun lepas. Rasanya cukuplah🤣
      Masalahnya belek HP tu lagi lama dari buat HW😬
      Ibu kena jadi singa 🦁 juga nanti.

      Delete
  5. Wah hiking ya. Errr hiking la Aunty tak buat sebab seram kalau tinggi2 ni. Aunty gayat. Actually aktiviti menyihatkan hiking ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu Ezna.. akak dah tobat takmau dah.. walau hiking bukit je sebelum ni.

      Delete
  6. Sabtu ni giliran Dania plak naik gunung angsi..SA dah 2 kali naik..nanti suggest ngan diorang pergi Gunung Berembun plak kak...mencabar ni..gunung ni kat Jelebu

    ReplyDelete