Kali ni datang Terengganu memang nak singgah makan Ikan Celup Tepung (ICT) di Pantai Penarik, Setiu.
Balik dari Besut tengok rumah sewa Kak Widad singgah dulu. Banyak gerai²/restoren tepi pantai tapi tak sure mana yang sedap. Tak sempat nak baca review.
Pagi tu Cik Yah suggest makan kat Pok Nong tapi itu dah kat Kuala Terengganu. Kami dah ada plan lain kat KT nanti.
Konsep kat sini, pilih goreng-gorengan di atas kaunter bar, nanti mereka panaskan semula sebab dah kurang panas. Mungkin kalau freshly lepas goreng boleh terus ambil.
Harga ikut timbangan. Ada yang sudah ditimbang dan diletak atas pinggan kita pilih sahaja. Harga sudah ditetapkan. Kalau macam sotong goreng tu kita pilih baru mereka timbang. Kemudian mereka bagi plak nombor untuk diletak atas meja.
Air dan makanan panas order di meja sahaja.
Sementara tunggu makanan siap ambillah gambar sekitar pantai.
Kali ni datang langit dan laut kurang biru warnanya berbanding masa datang Tahun 2023. Cuaca pula agak gloomy.
Kak Widad tanya ibu ayah dah plan ke nak pakai tema hijau.. ehhh... laaa... baru perasan. Takdenya nak sama-sama. Packing pun sendiri-sendiri.
Acik nak ambil gambar.
Laaaa.... kata datang pantai kenalah pijak pasir. Nanti cucilah. Asal kaki tu tak basah takdelah kotor kena pasir.
Air dan masakan panas pelayan akan hantar ke meja. Kami tak ada order makanan panas. Hanya ambil celup tepung sahaja.
Tadi kan dah pilih celup tepung tu.. agak-agaklah masa nya kemudian datang balik ke kaunter untuk ambil celup tepung yang sudah digoreng semula.
Sotong yang dijual adalah sotong yang besar dan tebal. Kalau dapat sotong yang panjang tu lagi sedap pada ibu.
Anak-anak suka pulak telur sotong jadi order sepinggan lagi.
Belajar sikit tentang jenis-jenis sotong yang ada. Ibu suka sotong jarum atau torok. Torok ke torak?
Lainkali kena datang lagi bawa Wafi pulak. Masa hantar Bami je dia ikut. 2023 hantar Kak Widad masa tu Wafi dah kat asrama.
Singgah sekejap je pantai ni, ambil gambar dari jauh.
Kakak kena tau ibu & ayah sehati sejiwa tu baju sama tema 😄. Kalau pergi ke belah2 ada pantai ni memang kena makan ICT kan.
ReplyDeleteMacam kat sana je jumpa.. tempat sendiri tak ada. Lagi² makan tepi pantai.. memang syiok ar.
DeletePernah makan versi panas semula macam ni. Tak ingat kat mana. Tapi tak capai expectation. Sedih.
ReplyDeleteAlamak... mungkin terlebih garing kot. Nak yang best dah goreng terus makan.
DeleteSA x sampai lagi KT...masa pi Kuantan last time nak terjah je KT..amik masa 2 jam dari Kemaman katanya...pas tu cancel..hahaha...
ReplyDeleteLepasni memang kena jalan² khas Ganu.. boleh pergi banyak tempat lain. Kemaman pun best juga dapat makan satar.
Deletehaah haritu saya makan celup tepung kat sinilah. nak tunggu pok nong tu, pukul 3 baru bukak.
ReplyDeletekat sini pun not bad jugak rasa dia
Betul².. Pok Nong jam 3 baru buka. Lainkali boleh makan kat sana pulak.
Deletesedapnya...memang kena repeat ganu nie..tapi bila ntah...kikiki
ReplyDeleteDah boleh masuk list... ritu dah gi Kelantan kan.... so negeri sebelah je.
Deletehusband ammi dari sebelum kitorang gi Kenyir sibuk nak makan ICT. Tapi kat Ganu tu kami tak dapat yg betul2 ICT. Ke kitorang kena naik flight balik hari semata2 nak makan ICT?
ReplyDeleteKena pergi belah² KT dan Pantai Penarik baru betul² ICT agaknya😁
DeleteKalau kat Kemaman terkenal dgn satar. Alang² jalan jauh naik flight bayar mahal tak baloi balik hari makan ICT je. Sampai KLIA lapar balik😅