Pages

Sunday, October 29, 2023

Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Penarik Yang Sangat Cantik

Pantai Rhu Sepuluh

Dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut tu memang lalu pesisir pantai. Bila dari jauh nampak pantai yang sangat cantik kami rasa teruja lalu ibu minta ayah berhenti untuk melihat dari dekat dan mangambil gambar. Bila tanya kepada makcik RELA di situ, katanya ini Pantai Rhu Sepuluh.

Ini dari kawasan parkir. Tengok macam ni pun dah teruja, cantik sangat.


Kalau pakai kamera atau HP yang lebih canggih pasti lagi lawa ambil pemandangan di sini. Yang amatur ambil gambar ni kira dah ok sangat.




Sebenarnya kalau lihat dengan mata sendiri jauh lebih cantik.

3 beautiful colours!


Di sini pasir pun putih dan sangat halus.




Ahhh... damainya!



Hanya ada beberapa pengunjung yang berehat-rehat di bawah pokok. Mungkin masa kami sampai tu tengahari jadi tak ramai pengunjung yang datang lagi.

Seperti biasa, walaupun hanya tandas awam tapi sangat bersih.

Bila ibu google ada beza antara Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Penarik.
Tapi masih di jajaran yang sama.


Pantai Penarik

Ini pula gambar-gambar yang ibu ambil dari kereta dari Besut ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik kedudukan ibu disebelah kiri dan pantai juga di sebelah kiri dapatlah ibu ambil gambar. Walau dari jauh yet too near to the beach pemandangannya sangat memukau.

Di Pantai Penarik ni banyak gerai-gerai Ikan Celup Tepung (ICT). Boleh pilih je mana-mana gerai yang mahu. Disebabkan kami tak singgah sebab masa tu masih kenyang lagi jadi tak tahulah pula rasa seafood dan range harga di situ.



Laut dan langit biru yang bergabung sangat mendamaikan.



Ibu hanya dapat ambil gambar beberapa keping je sebab ada yang terlepas dek kerana begitu menghayati keindahan pantai.

Susah untuk digambarkan dengan kata-kata.
Kena pergi dan tengok dengan mata sendiri.

Sepanjang lalu kawasan pantai hanya ucapan Masyaallah yang mampu kami ucapkan 💋💋
 

8 comments:

  1. Rindunya suasana pantai..ntah bila la SA ni dpat duduk lepak tepi pantai ambil angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan boleh pergi Ganu SA. Start minggu ni dah mula musim tengkujuh.

      Delete
  2. Cantiknya!
    Biar langit, biru air laut! Sungguh menggamit ketenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat.. Bila tak ramai pengunjung dan suasana begitu tenang, sampai terfikir mungkin Terengganu ni banyak pantai jadi penduduk tempatan tak hairan sangat untuk datang kecuali orang luar yang datang bercuti.

      Delete
  3. Replies
    1. Betul tu wak.. dulu saya tak begitu gemar bunyi ombak tapi bila usia semakin bertambah duduk tepi pantai rasa tenang pula.

      Delete
  4. Memang lah ada beberapa tempat yg jauuuh lebih cantik dilihat dengan mata sendiri drpd tangkapan kamera. Saya pun pernah menjumpai tempat yg seperti itu.

    Pantai nih memang cantiiiik. Saya suka selain pasirnya putih, tapi juga sepiiiii. Tak terlalu suka pantai yg terlalu ramai. Terlalu bising, tak bisa nak refreshing 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau public beach dan tak ramai orang memang sangat tenang di sini. Kalau di pantai terbuka yang lain dengan tempat berjual dan khemah di pasang begitu dekat dengan pantai memang sesak sangat.

      Delete