Wafi ni baru nak belajar masak semula. Nak masak tapi takut api. Tak sure ada trauma ke tidak. Sebelum ni ibu ada belikan periuk elektrik serbaguna.
Adalah 1-2 kali Wafi guna sebelum masuk asrama. Masak pun simple macam panaskan coklat buat roti coklat. Kalau nak goreng-goreng nugget ke dia masuk dalam air fryer je. Periuk ni ibu guna bila berdua dengan ayah. Senang masak pakai ni sebab masak pun tak banyak.
Beberapa hari lepas Wafi nak goreng onion ring tapi kakak kata kurang sedap kalau masuk air fryer. Kakak plak malas nak gorengkan jadi ibu cadangkan gunalah induction cooker jadi tak ada api keluar.
Wafi kata nak try.
Takpe lah pelan-pelan. Api pun guna P3 je tu. Belum berani laraskan lagi tinggi. Ok je guna P3 sebab onion ring tu nipis je cepat garing.
Lulus dah goreng frozen food.
Masakan lain tak tau lah bila dia nak try.
2 hari lepas buat bubur nasi dalam periuk, hangit sikit katanya.. nak buat masker. Laaa pulak.....
Oh, dia guna bubur untuk masker? Macam menarik bunyinya tu.
ReplyDeleteJimat sungguh nie Wafi..pakai nasi je buat masker...Linda pun tak pandai masak kak, bila lepas kahwin tu baru la belajar masak sendiri...Kikiki..
ReplyDeleteMacam menarik je periuk tu. Senang nak goreng2 yang sikit,
ReplyDeleteBubur nasi buat masker? Erm..menarik..sila share ye...aunty nak tau gak ni..mmg tau ada masker daei beras...takpe wafi...slowly belajar ...
ReplyDeleteEh, Acik PH ada bubur nasi lebih. Boleh tempek ke muka ke Wafi? Budak² skrg concern betul bab muka kan. Si Kakak ni pun kemain nak ber-sunscreen bagai 😁
ReplyDeleteAlhamdulillah lulus dah tu menggoreng 👍🏻
bubur nasi buat masker? acik dengar terus teruja. kalau nasi letak air lebih then kisar boleh tak ye?
ReplyDeleteada periuk elektrik gitu mudah juga..bdk2 mmg takut api...tp pelan2 okla kn
ReplyDelete