Pages

Friday, October 24, 2025

Makan Tengahari dan Beli Hasil Laut Di Tanjung Dawai

Lepas jumpa toklang lelaki di homestay, ibu cadangkan untuk makan tengahari dulu di medan niaga Tanjung Dawai. Perut pun dah lapar sebab pagi tak breakfast lagi. Last makan masa singgah RnR Sungai Perak.

Masuk restoren yang kat bahagian tepi. Orang pun tak ramai lagi sebab hari Jumaat dan jam menunjukkan jam 12.30 tengahari. Lauk pun banyak sangat. Memang rambang mata dibuatnya.

Kerabu, gulai, singgang, burung puyuh.

Yang depan tu telur sotong.

Kerang-kerangan.

Ikan, sotong dan udang bakar.

Yang digoreng pun ada.

Sup urat keting dan sup ekor. Kak.Widad ambil sup urat keting.

Bahagian ulam-ulaman dan sambal².

Ini lah pinggan ibu.
  • Nasi putih
  • Ikan kembung goreng
  • Kerabu kacang botor + taugeh
  • Kerabu perut
  • Bendi + terung celur
  • Sambal tempoyak
Mode : 100% SATISFIEDπŸ˜†πŸ˜†

View dari resto.

Nampak macam air pasang.

Lepas makan naik tingkat atas untuk beli hasil laut. Rasa rugi pulak bila dah sampai Tanjung Dawai tak membeli. Ingat nak cari belacan.

Ibu beli udang siap kopek ni 2 bungkus, minta packkan RM10/bungkus.

Ambil belacan yang sudah bakar RM7/pc di sebelah kanan tanpa balutan kertas. Yang belum bakar RM5/pc.


Kat rak ni beli 3 barang berharga RM10. Jadi ibu ambil ikan masin, gula melaka dan mi sanggul.

Beli sebungkus nak cuba masak.

Keropok beli 1 peket je.

Ambil juga kuah rojak Mak Bee.

Kak Widad beli keropok² dan jajan sate ikan. Banyak lah dia beli. Total semua RM119. Lepas bayar dapat lagi percuma keropok ikan dan bilis.

Jangan lah percaya nak beli sikit kat tempat² gini. Bila balik jinjing 3 plastik hasil rampasan 😬😬
 

20 comments:

  1. Nasi makan nasi berlauk yang panjang tersusun lauk mcm tu.. mmg rambang mata dibuat nya hahahaa.. walau dah ambil lauk pasti rasa tak puas lagi hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh memang nak ambil yang lain tapi macam tamak pulakπŸ˜…. Ikan dan sotong bakar tu ternampak² di mata🀣

      Delete
  2. Seronok shopping segala brg kering belacan, ikan masin gula melak tu bagai... Seronokkkk nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur iman masih kuat kalau tak macam nak beli hehe

      Delete
  3. mak aisshhh rambang mata sungguh tu kak,kalau saya ni ratah lauk je gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... sebab lapar sangat tu yang ambil nasi juga. Banyak sangat lauknya, itupun ada lagi yang akak tak ambil gambar.

      Delete
  4. Ya ampun! Banyaknya pilihan lauk. Sedap semuanya. Rambang mata nak pilih.
    Tak cukup tu hasil rampasannya hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang sangat kak... last² makan apa yang biasa dimakan je. 2-3 kali lalu tak dapat nak decide makan apa.
      Tak berani nak buat rampasan banyak² sebab berdua je kat rumah.

      Delete
  5. banyaknya telur sotong tu dik, kak ana memang suka sangat lah kalau dapat ke tempat yang menu makanan banyak macam tu pastu shopping pula hasil laut.. lama dah ni tak bercuti-cuti Malaysia haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong baru letak tu kak, penuh lagi tray.
      Dah boleh susun jadual vacation kak ana.. terapi minda😊

      Delete
  6. Rambang mata dibuatnya lauk pauk banyak jenis sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah banyak sangat susah pula nak memilih... semua menyelerakan.

      Delete
  7. uishhhh lauk dia semua sedappp! kalau camni memang rambang mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pros & cons bila dah banyak² gitu🀣

      Delete
  8. Kata je sikit..kalau pergi dengan kanak² lagi lah berplastik plastik..hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. masing-masing pun ada citarasa sendiri, itu yang boleh bertambah plastik.

      Delete
  9. Omg, menunyaaaaa 😍😍😍😍😍. Kalau liat aneka lauk, awalnya saya tertarik lihat seafood trutama udang. Tp kemudian nampak ulam2an, dan sambal belacan, beuuugh, pasti itu yg saya ambil duluan kak 😍😍🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. cari yang pedas-pedas dulu.
      Akak setiap kali pergi dah terbayang-bayang lauknya yang macam-macam. Teringin ambil itu ini, Tapi bila sampai sana, bila ikut kata hati still makan lauk yang sama πŸ˜‚

      Delete
  10. okey bab ni SA memang jeles....bestnya pi sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. syesyekali... tapi memang rambang mata oo πŸ˜†

      Delete