Lepas makan tengahari, marilah jalan-jalan menyelusuri lorong-lorong Shinsaibashi dan Dotonbori.
Keliru juga antara Shinsaibashi dan Dotonbori.
Shinsaibashi dan Dotonbori memang bersebelahan di tengah bandar Osaka, Jepun — tapi suasana dan tujuan utama kedua-duanya agak berbeza.
🛍️ Shinsaibashi (心斎橋)
Ciri utama: Tempat shopping dan gaya hidup moden
Suasana: Lebih tenang, bersih dan bergaya.
Ada Shinsaibashi-suji Shopping Arcade, lorong beli-belah yang sangat panjang (lebih 600 meter!) dengan butik antarabangsa seperti Uniqlo, Zara, H&M, Gucci, Chanel, dan juga kedai tempatan.
Sesuai untuk window shopping, minum kopi, dan jalan santai.
Ramai anak muda Osaka datang ke sini untuk fesyen dan trend terbaru.
Sesuai untuk:
🛍️ Kaki shopping, pencinta fesyen, dan mereka yang suka suasana bandar yang lebih “chic”.
Tunggu jap... kat sini pun ada traffic light.
Ciri utama: Tempat makan-makan, hiburan, dan suasana malam
Suasana: Bising, meriah dan penuh lampu neon!
Terkenal dengan papan tanda ikonik seperti Glico Running Man dan ketam gergasi Kani Doraku.
Penuh dengan street food terkenal Osaka: takoyaki (bebola sotong), okonomiyaki, ramen, kushikatsu, dan banyak lagi.
Waktu malam, suasana sangat hidup — ada bar, restoran, dan hiburan jalanan.
Sesuai untuk:
🍜 Foodie, pelancong pertama kali ke Osaka, dan mereka yang suka suasana meriah dan penuh tenaga.
Kat atas Ebishu-Bridge ni ramai.
Glico Man ialah maskot terkenal syarikat makanan Jepun Ezaki Glico, yang menghasilkan snek popular seperti Pocky dan Pretz. Watak ini menampilkan seorang pelari yang mengangkat tangan ketika melintasi garisan penamat, melambangkan tenaga, kejayaan, dan semangat juang. Imej Glico Man mula diperkenalkan pada tahun 1935 dan digunakan dalam pelbagai iklan Glico. Papan neon gergasi bergambar Glico Man di Dotonbori, Osaka, menjadi mercu tanda terkenal dan simbol kebanggaan bandar ini.
Google image
Jambatan Ebishu merentasi Terusan Dōtonbori (Dōtonbori-gawa) dan menghubungkan dua kawasan sibuk — Shinsaibashi-suji (kawasan membeli-belah) dan Ebisubashi-suji (kawasan hiburan). Ia merupakan tempat paling popular untuk bergambar di Osaka kerana terletak betul-betul di hadapan papan neon Glico Man.
Turun sikit tepi jambatan.
Sini tak ramai orang.
Boleh bergambar dengan tenang di sini.
Lagipun hari siang tak lah seramai malam.
Ramainya orang... ni depan digital/LED billboard.
Malaysia Truly Asia 🥰
Kempen Visit Malaysia 2026 di digital billboard.
Terkejut dan bangga bila nama Malaysia ada sini. Cik Elis sempat rakam, ibu screenshot je ni.
Dah puas ambil gambar di sini mari kita berjalan ke train station.
Rasa nak lelap je masa ni.
Dalam tren biasanya suasana sangat sepi hanya kedengaran bunyi tren atas landasan. Juga pengumuman nama stesen yang berikutnya.
Budaya di Jepun begitu, jadi kita pun tak adalah nak sembang-sembang dalam ni.





.jpg)
















teringin nak ke jepun, insyaAllah suatu hari nanti
ReplyDelete