Pages

Friday, March 27, 2026

Beraya Dalam Mall

Beberapa hari lepas Wafi ada tanya.. bila nak beraya, ada tak open house sebelum balik sekolah. Aishh.. kesian dia... beraya rumah nenek je ritu. Lepastu kan balik kampung. Kat kampung aka pekan pun duduk rumah je kemudian balik sini raya kedua. Kat sini, ibu nak bawak gi rumah atuk² lain... karang penat nak menjawab kenapa ayah takde sekali. Lebih baiklah tunggu ayah balik. 

Petang semalam ayah dan Kak Widad sampai dari Kulim. Kawi suggest bawa Wafi keluar makan. Boleh outing satu family. Dia cadangkan Suki-Ya kat Central i-City sebab Wafi suka makan kat situ. Jadinya.. ayuhlah kita beraya dalam mall. Abang Imi dari tempat kerja terus ke sana.

Jam 7 pm sampai tapi kena queue. Gilir² tunggu. Lepas solat Maghrib baru sampai turn kami dan ibu buka puasa sekali.

Suki-Ya, Central i-City

Gambar ni semasa tunggu turn.

Suki-Ya ni kalau taknak beratur, datang lah awal kalau hari cuti. Kalau hari berkerja datang masa orang kerja. Lepas office memang pulak orang akan berduyun-duyun masuk sini.

Gegirl berdua tu lah yang queue. Mujur restoren ada sediakan bangku.

Bab makan setakat ni mereka berdua boleh masuk mana-mana.

Mula tu Abang Imi taknak join sebab tengahari dah makan nasi padang... siap dengan gulai urat. Disebabkan kasihan kat Wafi join juga lah. Katanya hari ni tak nak dah makan sebab makan banyak protein kat sini.

Sos tu Wafi tengok kat TT cara nak combine.
Lepastukan.. ada pulak makan daging masak cicah dengan telur mentah yang dikocok. Yang ni memang ibu tak boleh brain.
 
Alhamdulillah.... kenyang masing-masing. Rasa lama pulak tak keluar makan berlima.

Tutup dengan aiskrim... lega perut.

Kalau malas nak pilih baju, memang jubah/dress je pilihan kami bila keluar sebelah petang/malam.
Dalam mall ramai lagi yang berbaju kurung dan melayu.. penat beraya, masing-masing nak sejuk-sejuk kot dalam mall.

Lepas makan Bami masuk satu kedai HP.. adalah yang dicari tu.

3 comments:

  1. raya kat mall takde feel. hihi. boleh la kan asalkan makan2 kat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. betul tu.. takde feel bersalam-salaman.. bermaaf-maafan.. nak juga makan kuih raya 😁

      Delete
  2. Esok dah nak balik asrama kan? Okay la tu, dalam mall pun, asalkan cukup korum

    ReplyDelete