Beberapa hari lepas Wafi ada tanya.. bila nak beraya, ada tak open house sebelum balik sekolah. Aishh.. kesian dia... beraya rumah nenek je ritu. Lepastu kan balik kampung. Kat kampung aka pekan pun duduk rumah je kemudian balik sini raya kedua. Kat sini, ibu nak bawak gi rumah atuk² lain... karang penat nak menjawab kenapa ayah takde sekali. Lebih baiklah tunggu ayah balik.
Petang semalam ayah dan Kak Widad sampai dari Kulim. Kawi suggest bawa Wafi keluar makan. Boleh outing satu family. Dia cadangkan Suki-Ya kat Central i-City sebab Wafi suka makan kat situ. Jadinya.. ayuhlah kita beraya dalam mall. Abang Imi dari tempat kerja terus ke sana.
Jam 7 pm sampai tapi kena queue. Gilir² tunggu. Lepas solat Maghrib baru sampai turn kami dan ibu buka puasa sekali.
Gambar ni semasa tunggu turn.
Suki-Ya ni kalau taknak beratur, datang lah awal kalau hari cuti. Kalau hari berkerja datang masa orang kerja. Lepas office memang pulak orang akan berduyun-duyun masuk sini.
Mula tu Abang Imi taknak join sebab tengahari dah makan nasi padang... siap dengan gulai urat. Disebabkan kasihan kat Wafi join juga lah. Katanya hari ni tak nak dah makan sebab makan banyak protein kat sini.
Lepastukan.. ada pulak makan daging masak cicah dengan telur mentah yang dikocok. Yang ni memang ibu tak boleh brain.


.jpg)








raya kat mall takde feel. hihi. boleh la kan asalkan makan2 kat luar.
ReplyDeletekihkih.. betul tu.. takde feel bersalam-salaman.. bermaaf-maafan.. nak juga makan kuih raya 😁
Delete