Hari Jumaat nenek bagitau nak munjung pada hari Ahad (munjung : menghantar makanan kepada jiran, saudara mara @ orang yang lebih tua menjelang hari raya) . Kena buat juga sebab dah takde hari cuti lain sebelum raya. Mana anak-anak yang free kena balik rewang. Ummi dari Tapah pun sampai juga malam Jumaat tu, jadi dapatlah berbuka sekali.
Tahun ni nenek munjung Nasi Ambeng.
Start rewang jam 9 pagi tapi ibu minta excuse lewat sikit sebab selsema.
Adehhh.. selsema yang asyik mengalir.. dah lah hachummm hachumm je. Rasanya sebab dah 2 malam tidur lewat. Jumaat malam tu kemas ruang tamu yang berhabuk lepas tukar tiles.
Cik Elis, ummi, Cik Baya dan Cik Man lah tukang masaknya. Adik beradik lain sediakan bahan-bahan memasak. Selesai masak jam 3 pm.
Cara masak macam Masak Lemak Cili Api
Sedia untuk dibungkus.
Nenek ada simpan list beberapa tahun sebelum ni, ada 35 nama. Katanya ramai yang dah meninggal πͺπͺ
Bungkus pakai container ni. Ayam semur/kicap dan Sambal Tahun bungkus plastik asing sebab berkuah.
Lepas solat asar, ibu dan Kak Widad jadi runner.
Ada rumah kawan nenek yang ibu agak lupa jadi angkut nenek sekali π
Bawak Kancil/Nazirah juga sebab nanti dia yang bagi salam hulur bekas tu.
Kena ada pelapis buat kerja-kerja ni.
Untuk rumah sedara tepi-tepi rumah, minta anak buah lelaki hantar.
Cepat je lah diorang setel kan.
Munjung ialah tradisi masyarakat Jawa yang membawa maksud menghantar makanan, hidangan, atau juadah kepada saudara-mara, jiran tetangga, atau orang yang lebih tua sebagai tanda silaturahim.
Ciri-ciri Munjung:
Waktu: Lazimnya dilakukan menjelang hari raya (malam 7 likur/aidilfitri) atau semasa majlis istimewa.
Juadah: Makanan yang dihantar biasanya jenis kering atau yang tahan lama seperti ketupat, rendang, lodeh, sambal kacang, dan kuih-muih.
Tujuan: Mengukuhkan muafakat, menghormati orang tua, dan berkongsi rezeki.
Secara ringkas, munjung adalah adat berkongsi makanan dengan jiran-jiran, terutamanya oleh masyarakat Jawa.









Cantik tulisan nenek.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tradisi munjung masih dikekalkan. Sudah berpunjung-punjungan raya nanti ziarah dan bernaag-maafan.
Tulisan satu-satu.
DeleteInsyaallah selagi terdaya kami cuba kekalkan.
Lama tak makan nasi ambeng.
ReplyDeleteSeronok juga tradisi macam niZ
Mai sini Cie π
DeleteSeronoknya... Semoga tradisi ni dikekalkan ππ»
ReplyDeleteInsyaallah selagi ada kudrat kami cuba kekalkan.
DeleteSebagai menantu orang Jawa, sayapun tahu tradisi ini. Tp mungkin Krn mertua dulu lebih lama tinggal di eropa, jadi dah tak sering melakukan tradisi ini π π .
ReplyDeleteSedaaap lauk2 nasi ambengnya kak π
Ye lah... tradisi begini kalau tak dibuat memang lama kelamaan akan hilang ditelan zaman.
DeleteLauk-lauk basic je tu Fanny kalau kat sini.
alhamdulillah...rezeki dapat munjung..linda tak pernah buat lagi dengan mak.. cuma kakak sepupu je yang rajin hantar
ReplyDeleteMungkin kena duduk kampung baru ada feel nak buatπ
Deletemunjung 1st time dgr
ReplyDeleteBahasa Jawa tu MT... tu yang tak pernah dengar sebelum ni.
DeleteBagusnya masih mengekalkan tradisi macamni, di samping berkongsi rezeki. Patutla orang lama2 ni nampak steady je hidup dorang kan. Suka kekalkan silaturahim dgn bagi2 makanan
ReplyDeleteMana yang baik kami cuba kekalkan selagi ada kudrat.
DeleteMungkin ia Maz.. kalau kurang mampu bagi seadanya kat jiran sebelah.
munjung ni masyarakat jawa aje yang amalkan ye kan? sebab ada kawn2 SA pun buat aktiviti munjung ni..SA suka je nak explore...tapi akt Seremban x banyak orang jawa...area umah SA tu lagi la xde
ReplyDelete