Pages

Tuesday, March 17, 2026

Munjung Nasi Ambeng

Hari Jumaat nenek bagitau nak munjung pada hari Ahad (munjung : menghantar makanan kepada jiran, saudara mara @ orang yang lebih tua menjelang hari raya) . Kena buat juga sebab dah takde hari cuti lain sebelum raya. Mana anak-anak yang free kena balik rewang. Ummi dari Tapah pun sampai juga malam Jumaat tu, jadi dapatlah berbuka sekali.

Tahun ni nenek munjung Nasi Ambeng. 

Start rewang jam 9 pagi tapi ibu minta excuse  lewat sikit sebab selsema.
Adehhh.. selsema yang asyik mengalir.. dah lah hachummm hachumm je. Rasanya sebab dah 2 malam tidur lewat. Jumaat malam tu kemas ruang tamu yang berhabuk lepas tukar tiles. 

Cik Elis, ummi, Cik Baya dan Cik Man lah tukang masaknya. Adik beradik lain sediakan bahan-bahan memasak. Selesai masak jam 3 pm. 

Tumis kobis+kacang buncis+carrot+capsicum+kentang

Ikan masin bulu ayam

Serunding kelapa

Ayam masak semur/kicap

Mee goreng

Sambal Tahun (Kulit lembu+lengkuas muda+daun soh/melinjo+cendawan hitam)
Cara masak macam Masak Lemak Cili Api

Sedia untuk dibungkus.

List name nenek tulis. Ada lagi tambahan bila Cik Baya nak bagi kawan-kawan ICU HASA.
Nenek ada simpan list beberapa tahun sebelum ni, ada 35 nama. Katanya ramai yang dah meninggal πŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Bungkus pakai container ni. Ayam semur/kicap dan Sambal Tahun bungkus plastik asing sebab berkuah.

Lepas solat asar, ibu dan Kak Widad jadi runner.
Ada rumah kawan nenek yang ibu agak lupa jadi angkut nenek sekali πŸ˜†
Bawak Kancil/Nazirah juga sebab nanti dia yang bagi salam hulur bekas tu.
Kena ada pelapis buat kerja-kerja ni. 

Untuk rumah sedara tepi-tepi rumah, minta anak buah lelaki hantar.
Cepat je lah diorang setel kan.

Munjung ialah tradisi masyarakat Jawa yang membawa maksud menghantar makanan, hidangan, atau juadah kepada saudara-mara, jiran tetangga, atau orang yang lebih tua sebagai tanda silaturahim. 

Ciri-ciri Munjung:
Waktu: Lazimnya dilakukan menjelang hari raya (malam 7 likur/aidilfitri) atau semasa majlis istimewa.

Juadah: Makanan yang dihantar biasanya jenis kering atau yang tahan lama seperti ketupat, rendang, lodeh, sambal kacang, dan kuih-muih.

Tujuan: Mengukuhkan muafakat, menghormati orang tua, dan berkongsi rezeki. 

Secara ringkas, munjung adalah adat berkongsi makanan dengan jiran-jiran, terutamanya oleh masyarakat Jawa.
 

15 comments:

  1. Cantik tulisan nenek.
    Alhamdulillah, tradisi munjung masih dikekalkan. Sudah berpunjung-punjungan raya nanti ziarah dan bernaag-maafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan satu-satu.
      Insyaallah selagi terdaya kami cuba kekalkan.

      Delete
  2. Lama tak makan nasi ambeng.
    Seronok juga tradisi macam niZ

    ReplyDelete
  3. Seronoknya... Semoga tradisi ni dikekalkan πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah selagi ada kudrat kami cuba kekalkan.

      Delete
  4. Sebagai menantu orang Jawa, sayapun tahu tradisi ini. Tp mungkin Krn mertua dulu lebih lama tinggal di eropa, jadi dah tak sering melakukan tradisi ini πŸ˜…πŸ˜….

    Sedaaap lauk2 nasi ambengnya kak 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah... tradisi begini kalau tak dibuat memang lama kelamaan akan hilang ditelan zaman.
      Lauk-lauk basic je tu Fanny kalau kat sini.

      Delete
  5. alhamdulillah...rezeki dapat munjung..linda tak pernah buat lagi dengan mak.. cuma kakak sepupu je yang rajin hantar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena duduk kampung baru ada feel nak buatπŸ˜…

      Delete
  6. Replies
    1. Bahasa Jawa tu MT... tu yang tak pernah dengar sebelum ni.

      Delete
  7. Bagusnya masih mengekalkan tradisi macamni, di samping berkongsi rezeki. Patutla orang lama2 ni nampak steady je hidup dorang kan. Suka kekalkan silaturahim dgn bagi2 makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang baik kami cuba kekalkan selagi ada kudrat.
      Mungkin ia Maz.. kalau kurang mampu bagi seadanya kat jiran sebelah.

      Delete
  8. munjung ni masyarakat jawa aje yang amalkan ye kan? sebab ada kawn2 SA pun buat aktiviti munjung ni..SA suka je nak explore...tapi akt Seremban x banyak orang jawa...area umah SA tu lagi la xde

    ReplyDelete