Pages

Wednesday, March 11, 2026

Tiles Pecah

Awal tahun ni beberapa keping tiles kat ruang tamu retak. Mujur ia tak pecah meletup² jadi serpihan sebab yang retak tu kat bawah karpet dan beberapa keping kat bawah kerusi. Nak pijak pun kena hati². Bunyi macam keropok.

Rumah ni kami duduki tahun 2004, setelah 22 tahun baru ada tiles yang pecah.

2 hari lepas ayah panggil tukang.

Tukang share gambar ni... ketuk² bawah tiles yang terlibat sekali dia berjangkit². Ada beberapa yang meletup keluar.

Terpaksa keluarkan 35 keping. Tiles ni saiz 2 x 2 kaki.

Ibu ingat boleh guna lagi rupanya dah tak elok adalah yang pecah sikit sana sini. Tukang clearkan semua tiles ni.. tak tau lah mana dia bawa pergi.

Tukang kata kaler ni yang paling sama... ye lah... benda 20 tahun lepas mungkin dah tak ada production. Beli 40 keping... 5 tu extra. Tapi ibu tengok atas tu lebih sama🫣🫣. Entah lerrr sebab takde di tempat kejadian.

Hasilnya... 
Tiles baru ni lebih berkilat dan licin. Nampak beza warna tu.
Redha je lah.. nanti pasang karpet semula. 

Nak tak nak weekend ni kena operasi kemas rumah🫩🫩.. berhabuk ruang tamu ni.

Info
Tiles meletup” biasanya bermaksud jubin lantai atau dinding terangkat, pecah, atau tertolak keluar dari tempat asalnya. Ini sering dipanggil juga “tile popping”. Beberapa punca biasa ialah:

1️⃣ Pengembangan haba (thermal expansion)
Apabila cuaca panas, lantai dan jubin mengembang. Jika tiada ruang pengembangan, tekanan akan menyebabkan jubin terangkat atau meletup.

2️⃣ Simen atau gam tidak cukup kuat
Jika pemasangan menggunakan simen/gam yang tidak mencukupi atau tidak sekata, jubin boleh menjadi longgar dan akhirnya meletup.

3️⃣ Tiada expansion joint
Untuk kawasan besar, perlu ada ruang sambungan (expansion joint). Tanpa ruang ini, tekanan antara jubin akan menolak jubin keluar.

4️⃣ Struktur lantai bergerak
Jika lantai konkrit mengembang, mendap, atau retak, jubin di atasnya boleh terangkat.

5️⃣ Jubin lama
Rumah yang sudah lama kadang-kadang mengalami pereputan simen bawah jubin, menyebabkan ia mudah meletup.

✅ Cara baiki:
Keluarkan jubin yang terangkat
Bersihkan simen lama
Pasang semula dengan tile adhesive yang sesuai
Tinggalkan sedikit ruang grout untuk pengembangan

⚠️ Jika banyak jubin meletup serentak, biasanya perlu buka kawasan yang lebih besar dan pasang semula.

21 comments:

  1. Lama sangat dah tu 22 tahun. Susah la nak jumpa yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang ambil lebih kurang je.. tapi kuranggg lah sangat 😂

      Delete
  2. Replies
    1. Tu lah wak.. agaknya memang gitu. Kot lama-lama jadi pudar.

      Delete
  3. Replies
    1. Laaa.. ada juga.. 2 hari lepas akak gi Kedai Lesong pun sama.. aihhh.. kita pulak yang takut nak lalu. Diorang tutup dengan kotak.

      Delete
  4. Pandai pecah juga ye setelah berpuluh tahun. Banyak juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang kata ada kebarangkalian bahagian lain pun akan jadi juga.

      Delete
  5. Tiles kat rumah kampung mula2 retak je sekali bila cucu kaknong kakinya luka kena tiles yang retak tu apa lagi kena cari tukang le. Tiles yang lama memang takde dah jadi kena carik lain yang lebih kurang. Alhamdulillah cepat buat kalau tak jenuh le raya ni sebab ramai anak buah nak datang. Lepas tu bilik pulak di serang anai-anai. Huh memang misi kena buat tiles le semua bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak memang kena betulkan juga kan kak... tambahan itu rumah ibu tempat berkumpul adik-beradik dan cucus.
      Anai-anai ni memang kerja dia jahanamkan rumah huhu

      Delete
  6. Kami pun ada jugak tiles terkumpil ni. 4 keping, cover dengan rug dulu.

    ReplyDelete
  7. Pernah jadi di rumah jiran kami, ruang tamu juga. Mahal juga kosnya kan Kak...

    ReplyDelete
  8. Lagi satu tiles yang besar ni lagi senang nak meletup berbanding tiles yang saiz kecik sikit. Huiii kalau meletup boleh buat terkejut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yang besar eh senang meletup.. adehhhh
      Nak meletup jangan ada orang lah.. risau pulak sebab pernah nampak kat video meletup tu siap terbang/terangkat.

      Delete
  9. Kalau dulu rumah mertua saya, tiles nya pecah Krn akar pohon besar di depan rumah. Memang besar sangat pohonnya, dan akar dia sudah kemana2. Sampah memecahkan tiles. Pada akhirnya pohon tuh ditebang juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kalau ada akar tu biasalah boleh terjadi tiles terangkat. Kadang bukan tiles je... simen pun sama. Itu yang lebih baik tidak tanam pokok besar tepi rumah.

      Delete
  10. ketidaksamaan tu kena cover dgn karpetlah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya gitu lah tapi still ada yang takleh cover.
      Chill² je lah😆

      Delete
  11. part ni x suka..pernah jadi kat tingkat atas rumah SA...jenuh jugak la...

    ReplyDelete