Awal tahun ni beberapa keping tiles kat ruang tamu retak. Mujur ia tak pecah meletup² jadi serpihan sebab yang retak tu kat bawah karpet dan beberapa keping kat bawah kerusi. Nak pijak pun kena hati². Bunyi macam keropok.
Rumah ni kami duduki tahun 2004, setelah 22 tahun baru ada tiles yang pecah.
2 hari lepas ayah panggil tukang.
Ibu ingat boleh guna lagi rupanya dah tak elok adalah yang pecah sikit sana sini. Tukang clearkan semua tiles ni.. tak tau lah mana dia bawa pergi.
Tukang kata kaler ni yang paling sama... ye lah... benda 20 tahun lepas mungkin dah tak ada production. Beli 40 keping... 5 tu extra. Tapi ibu tengok atas tu lebih sama🫣🫣. Entah lerrr sebab takde di tempat kejadian.
Hasilnya...
Tiles baru ni lebih berkilat dan licin. Nampak beza warna tu.
Redha je lah.. nanti pasang karpet semula.
Nak tak nak weekend ni kena operasi kemas rumah.. berhabuk ruang tamu ni.
Info
“Tiles meletup” biasanya bermaksud jubin lantai atau dinding terangkat, pecah, atau tertolak keluar dari tempat asalnya. Ini sering dipanggil juga “tile popping”. Beberapa punca biasa ialah:
1️⃣ Pengembangan haba (thermal expansion)
Apabila cuaca panas, lantai dan jubin mengembang. Jika tiada ruang pengembangan, tekanan akan menyebabkan jubin terangkat atau meletup.
2️⃣ Simen atau gam tidak cukup kuat
Jika pemasangan menggunakan simen/gam yang tidak mencukupi atau tidak sekata, jubin boleh menjadi longgar dan akhirnya meletup.
3️⃣ Tiada expansion joint
Untuk kawasan besar, perlu ada ruang sambungan (expansion joint). Tanpa ruang ini, tekanan antara jubin akan menolak jubin keluar.
4️⃣ Struktur lantai bergerak
Jika lantai konkrit mengembang, mendap, atau retak, jubin di atasnya boleh terangkat.
5️⃣ Jubin lama
Rumah yang sudah lama kadang-kadang mengalami pereputan simen bawah jubin, menyebabkan ia mudah meletup.
✅ Cara baiki:
Keluarkan jubin yang terangkat
Bersihkan simen lama
Pasang semula dengan tile adhesive yang sesuai
Tinggalkan sedikit ruang grout untuk pengembangan
⚠️ Jika banyak jubin meletup serentak, biasanya perlu buka kawasan yang lebih besar dan pasang semula.





Lama sangat dah tu 22 tahun. Susah la nak jumpa yang sama.
ReplyDeleteTu yang ambil lebih kurang je.. tapi kuranggg lah sangat 😂
DeleteJubin baharu nampak berkilat.
ReplyDeleteTu lah wak.. agaknya memang gitu. Kot lama-lama jadi pudar.
DeleteBanyak jadi dekat asrama..hihi..
ReplyDeleteLaaa.. ada juga.. 2 hari lepas akak gi Kedai Lesong pun sama.. aihhh.. kita pulak yang takut nak lalu. Diorang tutup dengan kotak.
DeletePandai pecah juga ye setelah berpuluh tahun. Banyak juga tu.
ReplyDeleteTukang kata ada kebarangkalian bahagian lain pun akan jadi juga.
DeleteTiles kat rumah kampung mula2 retak je sekali bila cucu kaknong kakinya luka kena tiles yang retak tu apa lagi kena cari tukang le. Tiles yang lama memang takde dah jadi kena carik lain yang lebih kurang. Alhamdulillah cepat buat kalau tak jenuh le raya ni sebab ramai anak buah nak datang. Lepas tu bilik pulak di serang anai-anai. Huh memang misi kena buat tiles le semua bilik.
ReplyDeleteNak tak nak memang kena betulkan juga kan kak... tambahan itu rumah ibu tempat berkumpul adik-beradik dan cucus.
DeleteAnai-anai ni memang kerja dia jahanamkan rumah huhu
Kami pun ada jugak tiles terkumpil ni. 4 keping, cover dengan rug dulu.
ReplyDeleteaishhh.... jadi juga ya.
DeletePernah jadi di rumah jiran kami, ruang tamu juga. Mahal juga kosnya kan Kak...
ReplyDeleteIa PH... sekali upah tu rasa lebih 1K
DeleteLagi satu tiles yang besar ni lagi senang nak meletup berbanding tiles yang saiz kecik sikit. Huiii kalau meletup boleh buat terkejut tu.
ReplyDeleteoo yang besar eh senang meletup.. adehhhh
DeleteNak meletup jangan ada orang lah.. risau pulak sebab pernah nampak kat video meletup tu siap terbang/terangkat.
Kalau dulu rumah mertua saya, tiles nya pecah Krn akar pohon besar di depan rumah. Memang besar sangat pohonnya, dan akar dia sudah kemana2. Sampah memecahkan tiles. Pada akhirnya pohon tuh ditebang juga
ReplyDeleteHaaa kalau ada akar tu biasalah boleh terjadi tiles terangkat. Kadang bukan tiles je... simen pun sama. Itu yang lebih baik tidak tanam pokok besar tepi rumah.
Deleteketidaksamaan tu kena cover dgn karpetlah nampaknya
ReplyDeleteNampaknya gitu lah tapi still ada yang takleh cover.
DeleteChill² je lah😆
part ni x suka..pernah jadi kat tingkat atas rumah SA...jenuh jugak la...
ReplyDelete