Pagi ni tinggal ibu dan Abang Imi je di rumah. Ayah pagi-pagi dah bertolak ke UIA. Ada kerja di sana. Abang Imi jam 12 malam tadi baru sampai dari Kelantan. Jumpa kat dapur tadi lepas tu masuk balik tidur, katanya penat sangat dan kalau boleh taknak bangun tidur. Nak tidur sepanjang hari.
Pages
▼
Sunday, April 5, 2026
Lontong Goreng
Saturday, April 4, 2026
Buka Puasa Nasi Arab Di Safaa Restaurant
Semalam masa kat ofis bila dapat tahu ayah dan Abang Imi tak ada di rumah petang, rasa tak boleh jadi ni.. takkan nak buka puasa sorang² lagi.
Kena cari mangsa.
Jadi ibu call nenek sama ada puasa atau tidak, ada pergi masjid atau tidak. Aihh.. nenek tu kalau ibu tanya macam² dah boleh baca fikiran ibu.. belum sempat ibu cakap... nenek dah tanya dulu... nak ajak makan kat mana?
Ibu ajak adik-beradik lain yang berkelapangan untuk join. Tak ramai yang available jadi ibu booked untuk 10 orang je jam 7 malam.
Friday, April 3, 2026
Buka Puasa Di My Mom's Chicken Rice
Khamis petang balik dari ofis ibu singgah Lotus Setia Alam. Cadangnya nak cari kasut. Tak jumpa pula yang berkenan.
Masuk My Mom's Chicken Rice (owner Linda Onn) sebab waktu berbuka sudah hampir. Belek² menu susah juga nak memilih. Taknak makan ayam sebab hari sebelumnya dah makan.
Beraya Rumah Paman² Ibu
Lepas sarapan Ahad pagi Raya-9, ibu ayah beraya ke rumah paman/bapa saudara ibu aka atuk² saudara anak-anak. Nampak cuaca pun redup jadi lebih baiklah keluar ziarah mereka. Disebabkan adik beradik lain sudah ziarah raya, maka kami pergi berdua sahaja. Abang Imi tak dapat join sebab uruskan motor, nak tukar bateri.
Rumah adik beradik atuk semua berdekatan, dalam satu tanah lot je.
Alhamdulillah Atuk Man semakin sihat...
Thursday, April 2, 2026
Tauhu Sumbat
Petang semalam ibu buat Tauhu Sumbat untuk juadah berbuka.
Baca blog Suria Amanda ada menyediakan menu ni buat tetamu di hari raya.
Bahaya baca blog bila tengah lapar, auto teringinš¤£
Kebetulan hari Selasa ibu ada beli tauhu 3 keping dan sayur taugeh. Tapi tak jadi masak sebab ayah dah beli lauk dan sayur siap dari kedai mamak.
Jadinya lauk semalam ayam goreng dan tumis taugeh+kucai selain tauhu sumbat.
Hasil kejadian.





