Sir Hisham dah pencen dan buka business sendiri.
Menu utama Nasi Lemak... jadi ibu tak ambil. Ada lagi makanan lain tapi disebabkan masih kenyang penangan nasi lemak di rumah, ibu ambil sikit² je. Ibu makan pulut kuning+rendang daging, kek dan puding.
Gambar dari FB. Sir Hisham beritahu bangunan ni untuk training centre, kedai emas dan bakal ada cafe.
Ayah bersama Sir Hisham.
Naik Tingkat 2 dimana terletaknya kedai Chempaka Jewels.
Ibu check kat website MAA, sama harga.
Ada yang kenal?
Turun kat office sebab nak tunggu Sir. Sekali Ayu sedang nyanyi jadi kami masuk bilik ni.
Sir request ayah duet dengan Ayu.
Ayah bersama Sir Hisham.
Masih tak banyak barang kemas yang dipamerkan.
Penyanyi Ayu Damit.
Duta Chempaka Jewels.
Sempena pembukaan, mereka tawarkan harga emas 1g=RM580 tanpa upah bagi semua jenis barang kemas.
2 minggu lepas ibu dapat extra manis² dari CEO, selamat dah laburkan kat Tomei. Dapatlah sebentuk cincin hasil dari trade in dan tambah duit. Masuk Chempaka Jewels ni tahan diri dari godaan.. walau dah tengok² cincin kat sini. Adalah terberkenan kat satu design ni. Tapi mikirkan baru beli ritu, kita tahan lah dulu.
Sebagai tanda support business, ibu belilah 1g gold bar, RM630. Pertama kali beli GB MAA Orodesign.
Tu diorang nyanyi lagu Sedetik Lebih.
Naik Tingkat 2, terus emosi berbunga²🤪.
Sebelum balik, ayah ajak singgah minum kat Setabak Sunsuria, seberang je dari bangunan ETS. Ibu saje lah whatsapp kat group family bagitau pasal Chempaka Jewels. Cik Wada ingat ibu ada beli emas sebab kan baru 2 minggu lepas ibu beli. Lepastu tanya kenapa tak beli.. kan murah harga emas tu, bawah RM600 takde upah lagi. Mesti nanti teringat².
Adehhh.... ibu ni kan imannya senipis kulit bawang 🧅. Mudah terpengaruh😫. Ayah tanya lagi, kalau nak masuk balik jom lah.. karang ngigau...
Hurmmm... ingatkan nak sponsor 😆😆
Ringan je ni, 2.43g
Nak sedapkan hati sebab dah terbeli...
anggap je Self-reward🫣






.jpg)




.jpg)


.jpg)


Boleh tidur lena la malam ni.
ReplyDeleteLenaaaa... bangun² terus tengok jari nak pastikan bukan mimpi😅
DeleteAlhamdulilah rezeki dapat beli emas baru. Emas kan terapi untuk wanita, wajib ada hehe
ReplyDeleteDah boleh move on😁
DeleteAyah nyanyi macam pro ye :p
ReplyDeletePenuh le jari Kak ahak!
Dia memang suka bab² menyanyi ni.. lagi satu sejenis yang peramah, boleh lak tegur Ayu, lepastu sembang².
DeleteJari tangan ada 10, masalahnya pakai cincin yang ada sebelah tangan still masih ada yang kosong 😂
Akhirnya beli setelah mencongak-congak, beli.. tak beli.. beli... tak beli.. hehehe. Pelaburan tak membazir dan cantik..
ReplyDeleteItu laaa.... dok berkira²... bila dah terbeli, nak sedapkan hati anggap je lah pelaburan 😁
DeleteJumpa artis. Teringat pulak layan Ayu dalam Gegar Vaganza.
ReplyDeleteMantap betul suara Ayu ni... akak & anak-anak tak layan GV... husband je suka nengok. Tapi tau lah Ayu ni sejak dia menang OIAM.
Deletecantik cincin nya tu kak. takpe pejam mata je hihi.
ReplyDeleteMata dah katup tapi terasa bling.. bling lagi 😁😁
DeleteBaru tenang tidur ye....kalau tak confirm teringat -teringat kan
ReplyDeleteItu lahhhh... menyesal beli tak pe kan 😁
DeletePernah dengar nama Ayu ni.
ReplyDeleteJuara One In A Million ke-2... lama dah.
Deletememang nanti teringat2 ibu.. betul kata cikWada tu.. kalau ada duit, lebih kan aje dekat emas tu.. hihihi
ReplyDeleteRasa dah cukup beli cincin 😁
DeleteAiiiiiih saya tak kuat godaan kalau melihat gol bar. Sebab memang tiap bulan selalu beli, utk safe heaven asset saja. Kalau perhiasan, dari dulu macam tak direstui. Hilang selalu, kecuali wedding ring saja saya pakai 🤣
ReplyDeleteElok pulak eh wedding ring je terselamat hehe
DeleteAkak pun try consistent beli GB bila dapat duit sewa rumah.
Betullah tu.. Baik beli.. Nanti tak adalah teringat-ingat.. kikiki..
ReplyDeleteCukup lah dulu buat masa ni.. lepas ni menabung lagi huhu
DeleteTapi berbaloi tu takde upah emas. Ini self reward yg tak perlu rasa bersalah :p
ReplyDeleteHehe... nak sedapkan hati😆
Delete