Pages

Sunday, April 26, 2026

Merasa Mangga Harumanis

Rabu lepas, Abang Imi bawa sekotak mangga Harumanis.
Rasanya yang 2 @ 3kg.. tak ingat.

Dato Menteri Besar bagi untuk Unit Dewan.

Dalam ada 5 biji.

Ayah kata mangga tu dari Perlis tapi Agro Selangor pasarkan.

Bawak balik juga nasi putih dan ayam masak merah. Sepanjang Sidang DUN, petugas disediakan makanan. Bila ada lebihan diorang bawa balik.

Esoknya bawa balik lagi makanan, ikan sambal, sayur kangkung dan telur masin.
Minggu lepas, dinner memang ibu tak masak. Nasi hari sebelumnya pun ada lagi ibu masuk fridge.

Jumaat Bami bawa chicken chop dan roti John mini tapi tak sempat ibu ambil gambar.

Harumanis... yang oren tu kemain manis leting.

Yang kaler kuning tu Harumasam ke cemana๐Ÿซฃ

Boleh ke Harumanis ada rasa masam?
 

32 comments:

  1. Ada gred2 harumanis ni. Yang manis leting tu mesti gred paling atas ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo maybe lah kan.. tapi besar betul jurang dia ๐Ÿ˜‚

      Delete
  2. Perghhhh terbyg dah kemanisan vs kemasaman dedua mangga tu hehe

    ReplyDelete
  3. Musim mangga sekarang. Makin galak berbuah bila musim panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo lagi musim panas lagi banyak lah eh dia berbuah.

      Delete
  4. Kalau masa DUN seating mmg mewah kak, kalau tengok kat sini, memang setiap hari ada menu diberi kpd pemerhati, mmg hotel yang serve.. petugas mesti la syok kalau tak habis, boleh tapau

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see... no wonder lah. Yang ditapau nya tu pulak bukan sikit-sikit. Besar jugalah peruntukan setiap kali DUN bersidang kalau gitu.

      Delete
  5. Kalau dah masak memang manis. Mungkin belum cukup ranum kut sebab tu masam. Bestnya dapat makan mangga harum manis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cukup masak tu kak.. kalau disimpan lagi boleh bonyok. Memang kena potong.

      Delete
  6. Yang manis leting tu dah cukup masak.

    Yang masam mungkin juga buah dituai sebelum waktu sesuai, jadi bila makan kurang sedap.

    Selain sebab rasa manis, harumanis sedap sebab seratnya halus hampir tak terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa mungkin juga dipetik belum cukup matang, walau diperam lama pun akan rasa masam.
      Betullah... seratnya tak rasa.

      Delete
  7. Harumasam tu maybe blom cukup tua masa petik...hehehe...SA dapat hari tu memang manis leting...seram nak makan banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa pun camtu.. dah lah buah paling besar.. tapi habis lah juga.

      Delete
  8. Tiba2 terliur nampak Harumanis ni. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. sedap...
      Sesekali makan je ni. Mangga biasa pun banyak juga yang sedap.

      Delete
  9. Wahh sedap tu!
    Alhamdulillah rezeki Allah beri tiada habis habisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila diberi kami nikmati dengan kesyukuran ๐Ÿคฒ

      Delete
  10. belum masak lagi..tu masam kot.. alhamdulillah, rezeki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun rasa camtu.. masa petik tu tak matang lagi.
      Tak boleh peram lagi sebab dah lembut.

      Delete
  11. Belum matang sempurna berarti kak ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Harap2 june masih ada yaaa harummanis ini di KL. Kalau dah tak musim, terpaksa saya beralih ke durian ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan harumanis pun sedap juga hehe...
      Durian tu memang kena makan ๐Ÿ˜

      Delete
  12. thn ni puas btul mkn harumanis..yg oren tu dh cukup masak tu manis secukupnya ..yg kuning ada masam tu blum masak sepenuhnya kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kuning tu dah cukup masak MT sebab dah lembut. Takleh peram lagi nanti benyek pulak. Akak rasa dipetik belum cukup matang.

      Delete
  13. Replies
    1. Yang manis memang sedap... tapi kalau tak campur yang kuning masam tu, yang masam sikit tu pun sedap.

      Delete
  14. Kecur ailio tengok mangga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... mangga biasa pun banyak yang manih.

      Delete
  15. Sedapnyaaaa๐Ÿ˜‹ harum manis

    ReplyDelete
  16. Saya dah lama tak makan harumanis, so tak ingat apa beza rasa dia dgn mangga biasa ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Maz... takleh beza kalau makan mangga manis. Semua pun sedap.

      Delete