Sekali nampak ada mangga atas tanah tapi masih tergantung pada tangkainya. Bila ibu pegang, bahagian tangkai tu keluarkan getah. Mangga tu terus tanggal. Ada lagi sebiji pun sama ada atas tanah, tapi yang tu awal-awal dah gugur nampaknya.
Buahnya semua duduk bawah, jadi ibu tongkatkan sikit. Takut pulak dahannya patah kalau tongkat tinggi² bila buahnya makin membesar.
Pokok ni pertama kali keluarkan buah.
Ibu tak sure mangga apa sebab pokok ni Cik Ujang yang tanam.
Pokok sebelah dia pulak kering. Padahal pokok ni sebelah parit kecil ada aliran air.
Kering gitu daun² nya. Mungkin disebabkan cuaca panas. Ibu tengok daun²nya takde serangan serangga.
Nak kena masuk rumah cepat-cepat ni, takut ada mambang 🥴
Yang kiri buah yang baru putus dari tangkai. Kanan tu yang ibu jumpa atas tanah gugur sendiri, bila dipegang dah lembut dan kekuningan sikit.
Ehh... ada tak kawan² ibu yang nak meneka berat 2 biji mangga ni😅.
Biasa Kak Amie & Cie rajin buat teka² berat mangga.
Jomlah.. kita buat suka-suka.
- Berapa berat kedua² mangga di atas
- Tekaan yang tepat atau hampir tepat, ibu akan kirimkan hadiah.
- Tarikh tutup sampai Jumaat, 10/4/2026 bersamaan 22 Syawal 1447. Takleh lama sangat, sementara ibu masih teruja ni😆😆
Ibu segan nak buat giveaway atau top komentar sebab blog ni pun suam-suam kuku je 😁. Tambahan, user name dan password awal pun lupa jadi nak tambah features dan accessories dalam blog tak boleh 🤭.
Jadi buat teka² gini je lah ya😆.









Takpe saje suka-suka je. Saya pun nak mencuba meneka lah. 1.50gram lah. Mangga pokok cikgu amie tu besor sebiji je dah dekat 2 kilo. Ni mesti besar ni.
ReplyDeleteTerima kasih Kak Notie join.
DeleteAnon try test ya hehe 1.75 kg
ReplyDeleteTerima kasih Cik Anon sebab join🥰.
Deletelebatnya kak buahnya..sedap colek ni
ReplyDeletesaya teka 2biji mangga tu 700g
Akak pernah baca, buah awal jangan dibuat colek😆, nanti buah tak elok. Tak tau lah fakta ke mitos hehe
DeleteTerima kasih Afzan join.
Ni macam mangga udang sama macam kak amie nyer mangga...besar kan...ke mangga Mahathir...kat Indonesia gitu la namanya...SA nak cuba teka la..2 biji mangga tu 1.5kg...
ReplyDeleteKak Amie punya mangga udang besauuuu... ni tak tau pulak namanya. Laaa.. ada eh mangga Mahathir, mesti ada cerita disebaliknya.
DeleteTerima kasih SA join.
Best nya dapat makan mangga ni. Sekarang musim buah ni nampaknya. Kat rumah pun dah mula membesar buah-buah mangga.
ReplyDeleteBerat tu, saya teka je lah. Anggaran dalam 1.4 kg.
Rumah BK mesti lagi banyak pokok mangganya.
DeleteNampaknya tak lama lagi banyaklah buah² mangga dijual tepi jalan. Bermusim rupanya mangga ni.
Terima kasih BK join.
1.85 kg
ReplyDeleteTerima kasih Cik Anon join.
DeleteTolong alih sticker tu Kak haha...
ReplyDeleteSy teka 1.3kg :)
Takleh.. melekat sebab pakai gam gajah 😁
DeleteTerima kasih PH join.
nak try teka la. hihihi
ReplyDeletejawapan: 2.2kg
Nampak berat jugak tu....
ReplyDeleteaaa... favourite ni mangga... agaknya 2 biji tu 1.85 kg kot
ReplyDeleteNak teka lah jugak, 1.25 kg kot
ReplyDeletesy teka 3.15kg kak -elle-
ReplyDeleteWah...ramai dah meneka ni..nak cuba juga lah..
ReplyDelete2.490kg (yang gram tu ikut berat Mueez masa bayi 3.490kg)...