Pages

Monday, April 6, 2026

Pokok Mangga Pertama Kali Berbuah | Nak Main Teka² Tak?

Petang semalam ibu cari peluh kat luar rumah, sapu daun-daun kering kemudian bakar. Tarik pelepah kelapa dan kutip buah kelapa yang gugur. 

Jenguk 2 batang pokok mangga kat tepi rumah.
Sekali nampak ada mangga atas tanah tapi masih tergantung pada tangkainya. Bila ibu pegang, bahagian tangkai tu keluarkan getah. Mangga tu terus tanggal. Ada lagi sebiji pun sama ada atas tanah, tapi yang tu awal-awal dah gugur nampaknya. 

Buahnya semua duduk bawah, jadi ibu tongkatkan sikit. Takut pulak dahannya patah kalau tongkat tinggi² bila buahnya makin membesar. 

Pokok ni pertama kali keluarkan buah.

Macam tak tua lagi.. harap minggu depan masih ingat nak tengok.
Ibu tak sure mangga apa sebab pokok ni Cik Ujang yang tanam.

Pokok sebelah dia pulak kering. Padahal pokok ni sebelah parit kecil ada aliran air.

Kering gitu daun² nya. Mungkin disebabkan cuaca panas. Ibu tengok daun²nya takde serangan serangga.

Langit merah di ufuk barat.
Nak kena masuk rumah cepat-cepat ni, takut ada mambang 🥴

Yang kiri buah yang baru putus dari tangkai. Kanan tu yang ibu jumpa atas tanah gugur sendiri, bila dipegang dah lembut dan kekuningan sikit.

Ehh... ada tak kawan² ibu yang nak meneka berat 2 biji mangga ni😅.

Biasa Kak Amie & Cie rajin buat teka² berat mangga.

Jomlah.. kita buat suka-suka. 

  • Berapa berat kedua² mangga di atas
  • Tekaan yang tepat atau hampir tepat, ibu akan kirimkan hadiah. 
  • Tarikh tutup sampai Jumaat, 10/4/2026 bersamaan 22 Syawal 1447. Takleh lama sangat, sementara ibu masih teruja ni😆😆
Ibu segan nak buat giveaway atau top komentar sebab blog ni pun suam-suam kuku je 😁. Tambahan, user name dan password awal pun lupa jadi nak tambah features dan accessories dalam blog tak boleh 🤭.
Jadi buat teka² gini je lah ya😆.

19 comments:

  1. Takpe saje suka-suka je. Saya pun nak mencuba meneka lah. 1.50gram lah. Mangga pokok cikgu amie tu besor sebiji je dah dekat 2 kilo. Ni mesti besar ni.

    ReplyDelete
  2. Anon try test ya hehe 1.75 kg

    ReplyDelete
  3. lebatnya kak buahnya..sedap colek ni
    saya teka 2biji mangga tu 700g

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pernah baca, buah awal jangan dibuat colek😆, nanti buah tak elok. Tak tau lah fakta ke mitos hehe
      Terima kasih Afzan join.

      Delete
  4. Ni macam mangga udang sama macam kak amie nyer mangga...besar kan...ke mangga Mahathir...kat Indonesia gitu la namanya...SA nak cuba teka la..2 biji mangga tu 1.5kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amie punya mangga udang besauuuu... ni tak tau pulak namanya. Laaa.. ada eh mangga Mahathir, mesti ada cerita disebaliknya.
      Terima kasih SA join.

      Delete
  5. Best nya dapat makan mangga ni. Sekarang musim buah ni nampaknya. Kat rumah pun dah mula membesar buah-buah mangga.

    Berat tu, saya teka je lah. Anggaran dalam 1.4 kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah BK mesti lagi banyak pokok mangganya.
      Nampaknya tak lama lagi banyaklah buah² mangga dijual tepi jalan. Bermusim rupanya mangga ni.
      Terima kasih BK join.

      Delete
  6. Tolong alih sticker tu Kak haha...
    Sy teka 1.3kg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takleh.. melekat sebab pakai gam gajah 😁
      Terima kasih PH join.

      Delete
  7. nak try teka la. hihihi

    jawapan: 2.2kg

    ReplyDelete
  8. aaa... favourite ni mangga... agaknya 2 biji tu 1.85 kg kot

    ReplyDelete
  9. Nak teka lah jugak, 1.25 kg kot

    ReplyDelete
  10. sy teka 3.15kg kak -elle-

    ReplyDelete