Pages

Saturday, May 16, 2026

Beli Apa Di Toko Indo?

Kat dalam kedai Bakso Ali ada satu ruang yang menjual barang² dari Indonesia di bahagian belakang. 
Ibu ambil beberapa keping gambar apa yang dijual.

Pelbagai jenis pentol/bebola frozen.

Pop Ice ni ada beberapa jenis flavour.

Susu Jahe.
Ibu ambil sepeket nak rasa tapi belum buat lagi.

Rengginang... masa kecik² dulu arwah nenek ibu kerap buat. 

Lesung/cobek batu... nampak video senang je orang guna benda ni penyetkan cili.

Katanya sos untuk bakso dan Mie Ayam.

Sos Pedas.
Ejaan Indonesia Saus.

Kicap manis ABC.

Kacang Atom.
Ibu baru nak makan, tengok kat bekas takde.
Ayah kata makan semalam, habiskan semua <sedih... merajuk 😩>

Agaknya Mie Ayam guna Mi Telur. Lupa pulak nak tanya cashier.

Rempah bakso dan seasoning.

Rempah Bakso.

Ibu ada beli bahan² untuk buat bakso sekali bihun kaler biru.. tapi bila dah sampai rumah dok fikir bila pulak nak buatnya.

Kedai makan tu ada tempat untuk bersila. Jenuh kalau dok situ nak adjust lutut lepas makan😅

 

14 comments:

  1. Assallamualaikum kita ni keturunan jawa Malaysia tetap juga cari yg ada unsur kejawaan🤭

    ReplyDelete
  2. Teringin nak beli cobek batu tu susah nak jumpa. Nak buat sambal penyet mesti best penyet2 atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee ada.. kalau orang guna macam senang je.. lepas tu hasilnya menarik. Try lah Cie.

      Delete
  3. Pentolan sebenarnya sedap tapi terbeli yang terlebih tepung kanji, keraslah rasanya.
    Sekarang dah tak pandai makan sambil duduk bersimpuh macam dulu- dulu. Kalau bersila, masih bolehlah..aduhai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul².. ni adik yg suggest kedainya. Dia banyak kali beli. Pentolan bakso kena yang lembut baru sedap.
      Sekejap boleh lah kak.. lama² kejung lutut dibuatnya.

      Delete
  4. wahh lengkap semua barang indonesia! saya teringin nak beli batu cobek tu.. duduk dalam shopee cart je sebab kalau beli tktau akan guna selalu ke tak, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nengok senang je orang Indonesia buat.. penyet² cili dan bahan lain. Lepastu letak ayam atau sayur kat cobek tu susun².

      Delete
  5. Berkenan plak kat cobek batu tu...tgok macam senang kan...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... nampak macam senang.. takut nak beli, karang jadi tukun 😁

      Delete
  6. Wah...ni senang warga Indonesia nak cari makanan dari tanah air sendiri..

    Eish, ayah ni..kena gantikan 10 bungkus untuk ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam ada kat kedai tu... semua instant.
      Kacang atom tu akak jumpa kat pasar malam, beli dah sebungkus. Nak harapkan ayah beli sampai ke sudah kempunan hehe

      Delete
  7. Waaah banyaaaak bahan2 masak Indonesia yaaaa 😄. Agak unik juga mereka sebut bakso tuh pentol. Itu biasanya orang2 Jawa timur. Kalau lainnya tetap sebut bakso.

    Saya malah suka kalau buat sambal apapun hrs di cobek batu begitu kak. Untung ada 1 di rumah, dibelikan mama dulu, dari batu asli. Beratnya ampuuuun 🤣🤣🤣. Tp memang sukaaa giling sambal di situ.

    Kacang atom tuh memang susah nak berhenti kalau dah makan 😄😄. Sukaaa kalau dicampur dalam bakso atau makan begitu saja

    Iyaaa, saya pun kalau buat mie ayam, atau mie bakso, pasti pakai mie telur. Cuma ada banyak jenis kalau di sini. Dan fav saya mie Uray , nama brand nya.

    Saya skr nih tak suka kalau duduk bersila gitu. Kami sebutnya Lesehan. Biasa restoran Sunda (Jawa barat) banyak sedia lesehan. Saya sering kesemutan kalau kelamaan duduk lesehan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo kacang atom campur dalam bakso... lembut lah ya luar nya nanti.
      Lesehan lama-lama memang boleh semutan.. itupun dah tukar-tukar posisi 😂

      Delete