Pages

Saturday, May 16, 2026

Musuh Dalam Selimut


Hari ni berdua dengan ayah santai tonton filem je. Tengok apa yang baru di Netlix (Top 10)

Filem pertama Tamil bertajuk Kartavya.
Biasa filem Tamil atau Hindustan dalam 3 jam, ini 1h 48m je.

Filem kedua Musuh Dalam Selimut

 

Filem ni mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Gadis dan Andika, yang pada awalnya hidup bahagia dan harmoni. Namun, keadaan berubah apabila Suzy, sahabat baharu mereka, mula memasuki kehidupan keluarga tersebut. Kehadiran Suzy menimbulkan rasa curiga, cemburu dan ketegangan sehingga hubungan Gadis dan Andika semakin renggang. 

Di sebalik sikap ramahnya, Suzy sebenarnya menyimpan rahsia dan niat tersembunyi yang mengancam kebahagiaan rumah tangga mereka. Pelbagai konflik, pengkhianatan dan misteri mula terbongkar sedikit demi sedikit. Dalam usaha mempertahankan keluarga, Gadis dan Andika terpaksa menghadapi kebenaran pahit yang menguji kepercayaan, cinta serta keselamatan mereka sendiri.

Watak utama:

Yasmin Napper sebagai Gadis
Arbani Yasiz sebagai Andika/Dika
Megan Domani sebagai Suzy

Macam tak pernah tengok lakonan mereka sebelum ini.
Jalan cerita pun menarik.

Nampak pulak cerita bersiri The Wonderfools
Adehh... bila nak stop ni.

15 comments:

  1. Movie Tamil banyak yg best tapi itulah duration lama sangat... Kang tak jadi kerja pulak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok bila takdr kerja nak dibuat hehe

      Delete
  2. Lamanya cerita sampai 3jam. Biasa hindustan ni banyak menari2 menyanyi je tu jadi panjang.

    ReplyDelete
  3. Lama tak menonton drama atau filem. Tak ikuti perkembangan artis sampai tak tahu siapa para pelakon yang disebut itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ramai sangat artis baru. Kadang sekali je tengok lakonan mereka.

      Delete
  4. cerita indonesia lately bnyk story pasal curang je sejak ipar adalah maut tu hits. saya pun tk tengok lagi citer ni sebab jalan cerita nampak predictable je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah tengok... beza sangat dari ipar adalah maut 🤭🤭. Mula² skeptikal juga. Ceritanya di luar jangkaan.

      Delete
  5. Dah seminggu x layan tamil...eh boleh la tgok nanti...citer Indonesia pun dah lama x tengok...ntah apa yang bz pun x tau la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau weekend kena pilih... Netflix, blog, medsos, outing, family... takleh buat semua

      Delete
  6. Baru 3 episode wonderfools tu..ngekek Linda ketawa..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak setel dah.. mujur 8 episod je.. sekarang tengok Typhoon Family.

      Delete
    2. Typhoon family penat juga nak habiskan...tapi, nak tahu ending, kena habiskan juga. Tapi, Lambert la..kdg 1 episod tengok 2x.. hahaha...tengok kat phone je kan .

      Delete
  7. Yg saya kenal cuma megan domani , Krn dia dah main sinetron dan movie sejak kecil 😄. Tumben juga kali ini main JD antagonis. Biasa peran dia selalu baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi muka dia memang baik, mata dia nampak sayu walaupun berlakon antagonis. Mungkin sebab dia berlakon kehilangan anak, tu yang jadi sedih.

      Delete