Cepatkan rasanya masa berlalu.. hari ni dah Jumaat.
Minggu ni terasa semput sket sebab minggu closing.. hari ni report kena keluar 😨😨
Tak tau nak update apa tapi bila tengok ada lebih 250 draft unpublish. Dah letak gambar, tajuk semua, nak tulis takde idea.
Pagi ni sampai ofis 7.10
Sarapan sandwich telur dan roti peanut butter. Tu semua Abang Imi bawa dari ofis beberapa hari lepas. Ada kakak kat ofisnya bagi. Masuk dalam fridge. Ibu je lah makan hari ni... masuk microwave kat ofis.
Bancuh Kopi Coklat ZUS.
Kawan-kawan ibu breakfast apa hari ni?
Semoga semua terus bersemangat.
Its Fri-yay!

Belum sarapan lagi. Nanti nak korek2 kat dapur ada apa 😂
ReplyDeleteMesti macam² ada😅
Deletebeli bihun je dekat kafe.. sedap nampak rotinya tu...
ReplyDeletewow, 250 unpublish entry tu.. hebatnya
Kenyang tu makan bihun... malam makan megi ke😅
DeleteBanyak tahun punya entry... tulis pun ikut mood huhu
betul kak memang terasa sangat cepat masa berlalu..ni kita dah nak masuk pertengahan 2026 dah..
ReplyDeletejimat duit ibu,Bami rajin bawa balik makanan
Haaa.. betullah.... nak tengah tahun dah.
DeleteKena makan juga kalau tak sampai keras dalam esbok😬
saya ni ada 5 unpublish entry pun rasa tak tenteram. 250 tu macam manalah agaknya xD
ReplyDeleteyayy jumaat yg ditunggu-tunggu, esok cutii!
Entry banyak tahun Maz.. kadang rasa tak perlu nak publish.. tu yang jadi tukun.
DeleteYessss.... yang ditunggu²😁
Breakfast roti je.....uishhhh banyak tu draft.
ReplyDeleteKenyang juga tu makan roti.
DeleteBanyak draft sebab kadang rasa sikit² nak post.. sikit² nak post huhu... tu yang terbiar.
pg ni ada rezeki nasilemak...byk entry dlm draft tu..sama la kita..nk mengarang amik masa..kita update yg mudah2 je dlu hehe
ReplyDeleteMesti ada yang sedekah Jumaat kan...
DeleteBanyak dalam draft sebab kadang rasa macam tak perlu nak share. Kadang tak sempat... bila nak post ada entry yang terkini pula.
Banyak betul stok entry Akk hihi ...
ReplyDeleteSy team sikmak for life :p
Entry banyak tahun... kadang tak tau nak tulis apa.. tapi bila dah mula tulis jadi macam cerpen🤭
DeleteSedap arr nasi lemak.
Pagi semalam sarapan kopi dan biskut munchy's.. Pagi ini minum kopi ja dulu..
ReplyDeleteBiskut Munchy's tu hampir setiap hari akan jadikan breakfast kat ofis😅 Paling mudah... cicah ayaq..
Deletesalam hari sabtu., aminn
ReplyDeleteSalam wak... saya dah kunjung ke blog wak, tukar baru eh.
DeleteHari Sabtu baru mengomen di sini. Busy. Hihi
ReplyDeleteUtamakan yang utama Cie😆
DeleteHappy more steps💪💪
Samalah kita banyak draft kak. Cuma cerita saya masih harus dipoles lagi, edit gambar yg banyak, trus ingat2 lagi detil cerita 🤣. Itu yg buat malas.
ReplyDeleteCepat sangat kan, tak terasa dah May. Bulan depan dah pertengahan tahun. Saya ada 3 plan traveling sampai akhir tahun. Juni, sept, Dec. Jadi mungkin Krn itu terasa macam lari waktu berjalan 😄
Draft akak kadang rasa tak perlu nak dipost.. itu yang jadi banyak.
DeleteAihh... kalau nak travel jadi tak sabar tu. Best laa banyak tempat nak pergi.
Dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan...kejap je masa berlalu sekarang ni.
ReplyDeleteKan.... rasa cepat sangat masa berlalu sekarang ni.
DeleteJumaat lepas SA MC...
ReplyDeleteCepat baik SA....walau penat makan ubat.
Delete