Pages

Friday, May 8, 2026

Jumaat Dah Ye

Salam Jumaat buat semua.
Cepatkan rasanya masa berlalu.. hari ni dah Jumaat.
Minggu ni terasa semput sket sebab minggu closing.. hari ni report kena keluar 😨😨

Tak tau nak update apa tapi bila tengok ada lebih 250 draft unpublish. Dah letak gambar, tajuk semua, nak tulis takde idea. 

Pagi ni sampai ofis 7.10
Sarapan sandwich telur dan roti peanut butter. Tu semua Abang Imi bawa dari ofis beberapa hari lepas. Ada kakak kat ofisnya bagi. Masuk dalam fridge. Ibu je lah makan hari ni... masuk microwave  kat ofis.
Bancuh Kopi Coklat ZUS.

Kawan-kawan ibu breakfast apa hari ni?

Semoga semua terus bersemangat.
Its Fri-yay!
 

26 comments:

  1. Belum sarapan lagi. Nanti nak korek2 kat dapur ada apa 😂

    ReplyDelete
  2. beli bihun je dekat kafe.. sedap nampak rotinya tu...
    wow, 250 unpublish entry tu.. hebatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang tu makan bihun... malam makan megi ke😅
      Banyak tahun punya entry... tulis pun ikut mood huhu

      Delete
  3. betul kak memang terasa sangat cepat masa berlalu..ni kita dah nak masuk pertengahan 2026 dah..
    jimat duit ibu,Bami rajin bawa balik makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. betullah.... nak tengah tahun dah.
      Kena makan juga kalau tak sampai keras dalam esbok😬

      Delete
  4. saya ni ada 5 unpublish entry pun rasa tak tenteram. 250 tu macam manalah agaknya xD
    yayy jumaat yg ditunggu-tunggu, esok cutii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry banyak tahun Maz.. kadang rasa tak perlu nak publish.. tu yang jadi tukun.
      Yessss.... yang ditunggu²😁

      Delete
  5. Breakfast roti je.....uishhhh banyak tu draft.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang juga tu makan roti.
      Banyak draft sebab kadang rasa sikit² nak post.. sikit² nak post huhu... tu yang terbiar.

      Delete
  6. pg ni ada rezeki nasilemak...byk entry dlm draft tu..sama la kita..nk mengarang amik masa..kita update yg mudah2 je dlu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada yang sedekah Jumaat kan...
      Banyak dalam draft sebab kadang rasa macam tak perlu nak share. Kadang tak sempat... bila nak post ada entry yang terkini pula.

      Delete
  7. Banyak betul stok entry Akk hihi ...
    Sy team sikmak for life :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry banyak tahun... kadang tak tau nak tulis apa.. tapi bila dah mula tulis jadi macam cerpen🤭
      Sedap arr nasi lemak.

      Delete
  8. Pagi semalam sarapan kopi dan biskut munchy's.. Pagi ini minum kopi ja dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biskut Munchy's tu hampir setiap hari akan jadikan breakfast kat ofis😅 Paling mudah... cicah ayaq..

      Delete
  9. Replies
    1. Salam wak... saya dah kunjung ke blog wak, tukar baru eh.

      Delete
  10. Hari Sabtu baru mengomen di sini. Busy. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utamakan yang utama Cie😆
      Happy more steps💪💪

      Delete
  11. Samalah kita banyak draft kak. Cuma cerita saya masih harus dipoles lagi, edit gambar yg banyak, trus ingat2 lagi detil cerita 🤣. Itu yg buat malas.

    Cepat sangat kan, tak terasa dah May. Bulan depan dah pertengahan tahun. Saya ada 3 plan traveling sampai akhir tahun. Juni, sept, Dec. Jadi mungkin Krn itu terasa macam lari waktu berjalan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Draft akak kadang rasa tak perlu nak dipost.. itu yang jadi banyak.

      Aihh... kalau nak travel jadi tak sabar tu. Best laa banyak tempat nak pergi.

      Delete
  12. Dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan...kejap je masa berlalu sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.... rasa cepat sangat masa berlalu sekarang ni.

      Delete