Pages

Sunday, May 3, 2026

Makan Di Black Canyon

Selesai urusan di kedai cermin mata terus ke Setia City Mall. Budak berdua ni dah lapar. Sebelum tu solat di NSK, nak cari court shoes Wafi juga di XES. Takde saiz lah pulak.

Masuk SCM cari restoren dulu. Kak Widad ajak ke Serai tapi Wafi taknak. Dia nak makan kat Black Canyon. Punyalah banyak resto, BC juga dia nak masuk.

Jam 3.30 ingatkan orang tak ramai, penuh resto. Mujur dapat seat tak lama.

Minta dessert dulu.
Water Chestnut with Coconut Milk

Ibu order Fish & Chips.. sebab makanan lain tak sampai lagi ibu soh anak² makan sama.

Seafood Kuay Teow Ladna, menu sama Kak Widad pilih kalau masuk BC.

Pad Kra Praw with Runny Egg.
Ni 1st time Wafi nak try. Pelik rasanya bila telur separuh masak makan dengan nasi.
Makan dengan kuah tomyam baru ok, kalau tak rasa muak.



Dah kenyang makan baru boleh cari barang lain.. kalau tak ada yang moody😬😬
 

19 comments:

  1. pernah sekali je makan kat black canyon ni, harga dia murah n makanan not bad! sekarang dah ada halal jakim, bolehlah makan situ selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni makan kat situ rasa dan serving maintain. Itu yang boleh berulangkali masuk.

      Delete
  2. Suka jugak makan kat BC ni...suka coffee thai dia...ada a few menu SA suka gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ritu nak cuba juga kopi dia tapi budak berdua tu nak minum air sedap kat luar. Tu yang ambik air kosong je.

      Delete
  3. Kalau dah nampak banyak restoran memang rambang mata nak pilih mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata kak... last² masuk restoren yang sama juga. Budak² ni kalau dah rasa sedap.. situ jugalah yang dipilihnya. Biasa masuk SCM tak Black Canyon, The Chicken Rice Shop. Semua pun pilihan Wafi... abang kakak ikut je.

      Delete
  4. Hahaha..tang moody tu, selalu Linda yang akan jadi punca..ayat suami selalunya "ibu tak cakap ibu lapar pun".. 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh... sakit hati juga tu bila dengar😅😅

      Delete
    2. hahhaa...entah la kak, rasanya selalu sakit hati awal setahun dua perkahwinan je kot.. lepas tu, tak heran dah, sebab suami isteri masing2 jenis cakap direct...takde nak berteka teki.. nak apa gtaw, nak makan apa gtaw.. cepat atau lambat je dapat.. hihihi... lebih kepada jaga hati sendiri je, kadang nak nunggu laki ni paham, mau bernanah dulu hati kita.. jadi, jgn buat perkara yang memakan diri.. hahaha

      Delete
  5. macam tu la perempuan kan kena kenyangkan perut dulu baru bahagia. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... jangan main² dengan perempuan lapar 🤣🤣

      Delete
  6. confirm...kalau ammi pun biar kenyang baru berjalan. kalau tak tu tak boleh nak berifkir pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²... takleh nak fikir.. cuma bila dah kenyang tu kadang malas nak bangun berjalan 😬😬

      Delete
  7. oh... girl's outing day rupanya.. kalau sy berdua je lah kalau girl's outing day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auchh...so sweet berdus dengan Iman.. harap the boys tak jeles😁

      Delete
  8. Waah black canyon nih msh ada yaa. Dah lama sangat saya tak lihat cafe ini. Dulu termasuk yg banyak cabangnya di jakarta. Skr dah tak pernah lihat. Suka kopi2nya kalau hangout di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... kopinya sedap ya... tak pernah lagi order kopinya. Biasa kalau makan kat BC minum air kosong je. Kalau nak minum kopi cari cafe yang khas jual kopi/teh 😄. Lainkali boleh cuba kopi BC.

      Delete
  9. Lapar ni memang boleh buat mood ke laut.. Bila dah kenyang barulah senang hati nak shopping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... wajib kenyangkan perut.. kalau tak.petak ke muka😆

      Delete