Lepas kenduri, ibu balik rumah sekejap jemput Kak Widad sebab nak ke Kedai Kacamata Nur Kaseh. Kedai ni kat bandar Klang. Ikut plan, ayah nak bawa kami tapi kena lepas solat Jumaat. Lambatlah pulak nanti balik sebab ada beberapa tempat nak pergi. Takpe lah ibu drive sob.. sob..
Simpan sini rekod pemeriksaan mata.
Mata Kiri
Rabun : -
Silau : 100
Mata Kanan
Rabun : 50 (sebelum 25)
Silau : 50
Mata Kiri
Rabun : 175
Silau : 50
Mata Kanan
Rabun : 175
Silau : 75
Maintain bacaannya tapi kena tukar spec baru sebab lens dah kabur.
Ibu
Mata kiri
Rabun : 250
Silau : 50
Mata kanan
Rabun : 150
Silau : 100 (sebelum 75)
Alhamdulillah rabun tak naik cuma mata kanan silau bertambah.
Ibu pun kena tukar spec sebab yang ada dah calar dan kabur. Last ibu tukar cermin mata pada tahun 2020, buat di kedai sama cuma di bangunan lama... zaman covid lagi.
Ibu ambil bingkai plastik je sebab pada ibu lebih tahan dan lasak. Sebenarnya... 3 minggu lepas spec ibu masuk dalam mesin basuh. Ingatkan yang termasuk tu cermin mata Wafi lama sebab kaler nak sama. Bila ibu nak pakai spec tercari² mana spec ibu. Ibu jenis letak kat satu tempat je.. gantung kat meja solek. Bila cari tak jumpa baru teringat spec yang masuk dalam mesin basuh. Bila pakai... haaa... memang ibu punya. Luckily tak patah, tak bengkok dan performance maintain. Fuhhh...
Ibu pilih Advanced progressive lens dari Hoya. Lens multifocal (rabun jauh dan dekat) dan photochromic yang boleh berubah menjadi gelap pada keadaan cuaca panas/terang. Sama macam yang ibu pakai sekarang cuma sebelum ni guna lens standard. Harga dua kali ganda dari Standard.
Untuk Kak Widad dan Wafi spec masing² berharga RM50 (frame & lens). Pakej Viral ni lah yang menyebabkan kedai cermin mata Nur Kaseh ni terkenal di kalangan penduduk tempatan.
Cik Fatin beritahu ada satu lagi kedai yang menawarkan pakej RM48 sahaja dan kedai terletak di Centrepoint. Bangunan sebelah je tapi ibu tengok post Cik Fatin lepas semua dah setel.
Staff bagi date 15/5 untuk collect spec ibu tapi katanya biasa kurang dari 3 hari dah siap. Nanti mereka mesej. Ibu collect sekali untuk Kak Widad dan Wafi dan akan postkan pada mereka berdua.
"Sayangi mata anda hari ini, untuk penglihatan yang lebih jelas esok." 👓


.jpg)
.jpg)
.jpg)



Murah sangat tu spec Rm50.
ReplyDeleteMata nilah anugerah mahal dan nikmat yang tiada nilai.
Alhamdulilah masih boleh melihat dunia dengan sepasang mata ni. Syukur..
Cuya pon dah bertahun tak tukar spec
Sebab lens dan bingkai biasa, murah lah tu. Kadang orang suka bertukar-tukar frame ikut trend, jadi kedai begini sesuai untuk dikunjungi. Mesra poket.
Deletepower tk tgi ok lagi...saya dlu masa study pakai juga spek tp skarang tk pakai..maybe dlu dlm kelas dok blkng soh tk nmpk
ReplyDeleteMungkin MT dah tak rabun sekarang. Senang kalau tak pakai spec.. bebas rasanya. Akak keluar rumah baru pakai, kat rumah tak pakai.
DeleteAunty SA ni blom tukar lagi cermin mata baru, company ada baginelaun 1000 untuk cermin mata dan gigi..500 cermin mata dan 500 gigi...tahun lepas dah buat rawatan gigi...tahun ni nak buat spec mata plak...
ReplyDeleteuishhh.. best laa ada elaun cermin mata. Boleh utilise. Kalau spec biasa 500 tu boleh dapat.
DeleteAwal tahun hari tu saya buat dua cermin mata. Memang pejam matalah sebab harga sepasang kanta mata mencanak naik jadi RM1350.00 . Mungkin sebab saya punya ditambah anti-reflective - lens coating. Silau saya teruk, kiri 350, kanan 420. Rabun kiri 600, kanan 600 juga. Teruk betul kan. Tambah bingkai dapatlah harga RM1800.00 x 2 =RM3,600.00. Kena buat dua sebab satu pakai untuk ke ladang, satu untuk di rumah.
ReplyDeletemakkkkkk.... tinggi tu rabun akak... memang kena pakai all the time lah eh. Agaknya dulu asyik dok tanda kertas exam, mata bekerja keras. Dengan silau lagi. Kalau drive malam tu memang sengsara juga.
DeleteBeli spec ni memang kena pejam mata nengok harganya... takleh nak watpe bila mikirkan dah jadi mata kedua huhu..
Nangis tu kena beli 2 pasang.. kiranya standby juga lah kan.. sebab kalau spec ter missed place memang meraba-raba nanti.
Cie pulak takde silau. Power jela yang naik & kiri kanan tak sama.
ReplyDeleteHarapnya takde lah silau nanti.. masalah kalau drive lebih-lebih lagi waktu malam.
Deletesaya dulu tak rabun, tapi sejak2 bekerja mengadap komputer ni jadi rabun. pastu kita pulak ego taknak pakai spek mata harian, hanya pakai time bukak komputer je haha
ReplyDeleteOptometris selalu nasihat... kalau dah pakai spec kena pakai sentiasa.
DeleteAkak pun sama on off... bila balik rumah automatik buka spec. Lebih selesa walau tak berapa sihat untuk mata.
Murah alhamdulillah
ReplyDeleteSy pun dah lama tak check mata. Kedua favorite dah tutup pulak 😅
Murah untuk spec Kak Widad dan Wafi hehe
DeleteKena cari kedai angkat lain lah gitu 😁
Linda selalu beli kat factory eyewear je..yang pakej murah² gitula..sebab sejenis lasak juga.. hahaha..
ReplyDeletePower Linda sama macam akak.. tu yang kalau bawa kereta tak pakai cermin mata pun, boleh lagi..hahaha.
Banyak lah juga rupanya kedai spec yang bagi pakej murah. Akak tak survey tempat lain sebab kedai Nur Kaseh dulu adik yang bagitau. Lepas tu memang ke situ je.
Deleteoo Linda drive boleh tak pakai spec, akak tak boleh.. kena pakai.
Bila keluar rumah akak auto pakai.. sampai lah ke ofis atau mana-mana. Tapi bila sampai rumah auto buka.. jarang pakai spec kat rumah kecuali ada orang datang rumah.
kalau waktu panas tu, nak pakai sunglasess...kita buang la cermin mata...sebab cermin mata murah je kan..hihihi...boleh lagi nak bawa kete, cuma nya tak nampak la no plate kereta orang lain.. hahaha
DeleteAdoiii🤣🤣 plate tak nampak takpe asal nampak bumper belakang kereta🤭
DeleteAkak kalau keluar tak pakai spec rasa tak puas melihat huhu
spec mata ammi ni pun ammi baru tukar ke multifocal masa 2024 kalau tak silap. tapi hmmm ammi tak selesa sebenarnya. nak tukar yang lain masih terasa "kemahalan" spec baru ni huhu
ReplyDeleteBaru lagi tu... lama juga nak serasi ya. Alang² mahal memang kena lenjan tu. Tapi kalau tak selesa dan menjejaskan penglihatan mungkin kena pejam mata juga tukar yang lain huhu
DeleteKita nih kalau dah kena lens progressive, dah tak mungkin murah kak 🤣🤣. Sebenarnya dari CIMB tempat suami kerja dpt benefit kacamata utk keluarga. Tp kacamata saya pasti selalu lebih dr limit yg dicover 🤣. Krn progressive tadi 😅
ReplyDeleteBagus ada benefit macamtu untuk family lagi.. bolehlah buat topup.
DeleteMemang harga naik betul bukan biasa-biasa.. Sha ni pun kena tukar spek pakai yang multi focal tapi bila tengok harga kita hold lah dulu.. Seram.. kikiki..
ReplyDeleteSha pun suka bingkai plastik lebih tahan lasak dan senang nak jaga..
Kalau sudah sampai masa memang kena pakai juga kan Sha.... dengan harganya memang kena pakai lama hukhuk
Delete