Ibu gorengkan juga bihun untuk makanan berat. Jadi takde lah lapar sebelum lunch. Tapi terpedas lah pulak bihun tu sebab ibu guna cili paste sambal yang terguna cili pedas.
Sekarang takde dah nak buat air teh ke kopi ke... budak² ni taknak minum. Semua pun minum air kosong je. Ibu ayah kalau nak minum air panas bancuh sendiri.
Ingatkan nak sambung Phantom Lawyer, Wafi plak study kat ruang TV.
Aiseyyyy.... nampak gaya ibu kena follow buat revision juga lah ni.
Bab Kesabaran dari buku Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang.Kesabaran bukan sekadar menahan marah, tetapi juga mengawal hawa nafsu, taat kepada Allah, dan tabah menghadapi ujian. Orang yang sabar tidak membalas dendam walaupun mampu, sebaliknya bertindak dengan bijaksana. Mereka sentiasa tenang, berfikiran matang, serta mampu mengawal kata-kata dan perbuatan dalam apa jua keadaan.


Bagus ibu buat revision sama²..
ReplyDeleteSupport dia gaklah.. tak best pulak anak study maknya enaan tengok tv😁
DeleteBukan senang menjadi orang yang sabar tapi besar ganjaran untuk mereka. Orang sabar setahu Cuya boleh tarik ahli keluarga lain masuk syurga.
ReplyDeleteMoga kita tergolong dalam orang yang bersabar aamin
Aamiinn...
DeleteKadang mudah untuk ucapkan sabar.. yang melaluinya sahaja yang tahu huhu..
Setuju kak ayat yang last tu...semoga allah terus sabarkan hati SA ni...amin...good luck wafi srudy elok2 ye...hari ni dah balik sekolah semula kan..
ReplyDeleteAamiinnn YRA
DeleteHaah.. sampai dah sekolah tadi jam 3.
Bagus minum air kosong. Tak ada kalori dan menyihatkan.
ReplyDeleteCuma macam tak lengkap pulak bila sarapan takde air panas. Dulu masa diorang sekolah pagi elok je minum teh-o.. ni dah besar tak nak minum dah.
Deletekat rumah pun sama...kadang-kadang je buat air untuk budak-budak ni. selalunya kalau buat nanti berbaki pastu duduklah terperuk dalam peti ais.
ReplyDeleteMakpak jadi mangsa kena minum manis pulak huhu
DeleteKalau bihun pedas nih, memang saya sukaaa 😍😍😄. Melihat cucur JD teringin nak buat. Tp biasanya pakai jejari ketam, habis pula. Pakai sayur only pun sedap yaa. Yg penting ada Snack buat makan sore 😁
ReplyDeleteMasalahnya pedas betul bihun tu Fanny.. akhirnya buang juga. Takut pulak nak makan lagi.. dia pedas panas.
DeleteSedap tu ada jejari ketam... kat rumah ada sosej je tapi Wafi tak suka sangat jadi biarkan kosong tanpa haiwan 😁