Pages

Saturday, May 2, 2026

Menelaah Sama²

Awal Wafi bangun (compared hari lain kalau kat rumah 😬) hari ni. Lapar katanya. Nak cepat, ibu buatkan cucur sayur. Gorengan 1-2 takde jagung sebab Wafi tak gemar. Siap goreng terus dia makan.

Ibu gorengkan juga bihun untuk makanan berat. Jadi takde lah lapar sebelum lunch. Tapi terpedas lah pulak bihun tu sebab ibu guna cili paste sambal yang terguna cili pedas.

Sekarang takde dah nak buat air teh ke kopi ke... budak² ni taknak minum. Semua pun minum air kosong je. Ibu ayah kalau nak minum air panas bancuh sendiri.

Ingatkan nak sambung Phantom Lawyer, Wafi plak study kat ruang TV. 

Aiseyyyy.... nampak gaya ibu kena follow buat revision juga lah ni.

Bab Kesabaran dari buku Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang.

Kesabaran bukan sekadar menahan marah, tetapi juga mengawal hawa nafsu, taat kepada Allah, dan tabah menghadapi ujian. Orang yang sabar tidak membalas dendam walaupun mampu, sebaliknya bertindak dengan bijaksana. Mereka sentiasa tenang, berfikiran matang, serta mampu mengawal kata-kata dan perbuatan dalam apa jua keadaan.

12 comments:

  1. Bagus ibu buat revision sama²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Support dia gaklah.. tak best pulak anak study maknya enaan tengok tv😁

      Delete
  2. Bukan senang menjadi orang yang sabar tapi besar ganjaran untuk mereka. Orang sabar setahu Cuya boleh tarik ahli keluarga lain masuk syurga.
    Moga kita tergolong dalam orang yang bersabar aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...
      Kadang mudah untuk ucapkan sabar.. yang melaluinya sahaja yang tahu huhu..

      Delete
  3. Setuju kak ayat yang last tu...semoga allah terus sabarkan hati SA ni...amin...good luck wafi srudy elok2 ye...hari ni dah balik sekolah semula kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinnn YRA
      Haah.. sampai dah sekolah tadi jam 3.

      Delete
  4. Bagus minum air kosong. Tak ada kalori dan menyihatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma macam tak lengkap pulak bila sarapan takde air panas. Dulu masa diorang sekolah pagi elok je minum teh-o.. ni dah besar tak nak minum dah.

      Delete
  5. kat rumah pun sama...kadang-kadang je buat air untuk budak-budak ni. selalunya kalau buat nanti berbaki pastu duduklah terperuk dalam peti ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makpak jadi mangsa kena minum manis pulak huhu

      Delete
  6. Kalau bihun pedas nih, memang saya sukaaa 😍😍😄. Melihat cucur JD teringin nak buat. Tp biasanya pakai jejari ketam, habis pula. Pakai sayur only pun sedap yaa. Yg penting ada Snack buat makan sore 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya pedas betul bihun tu Fanny.. akhirnya buang juga. Takut pulak nak makan lagi.. dia pedas panas.
      Sedap tu ada jejari ketam... kat rumah ada sosej je tapi Wafi tak suka sangat jadi biarkan kosong tanpa haiwan 😁

      Delete