Pages

Sunday, August 9, 2026

Meghadiri Jemputan Kahwin Anak Adlan & Suraini

Tengahari semalam ibu ayah menyantuni jemputan majlis perkahwinan anakanda uncle Adlan dan aunty Suriani. Dua² unimate ibu ayah. Majlis di Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Uncle Adlan ni kawan SAS ayah juga. Ramai juga kawan² yang hadir.

Bila tetamu sudah berkurang, dapatlah kami gang² UUM bergambar bersama pasangan pengantin dan ibu bapa pengantin.

Bersama aunty Wani.

Nely, Sya, Intan, Nani & ibu.

Antara yang sempat kita jumpa.
Ramai juga yang dah balik masa kami sampai... ada yang hai² bye² je kat tempat parking.

Zoom pasangan pengantin atas pelamin.

Semoga rumah tangga Al-Amin & Izaty sentiasa dilimpahi mawaddah, sakinah dan rahmah.

Otw balik dari kenduri lapar semula 😅 padahal baru jam 3.30 pm
Sebelum sampai rumah singgah gerai² tepi jalan kat Alam Budiman.

Nampak vadai panas²... terus beli 3 biji RM2.
Sedap betul, lembut vadai tu. Dapat pulak air kelapa sejuk. Karipap sardin panas², peniaga buat dan goreng kat situ juga. 

Ibu minta ayah beli lagi vadai, habis 5 biji ibu makan sebelum sampai rumah.

Selain tu beli juga laksa, ayam gunting dan chicken tender. Ayam² tu untuk Bami dan Kawi.

22 comments:

  1. Selamat pengantin baru Al-Amin & Izaty! Seronoknya reuni alumni UUM di majlis perkahwinan TTDI. Moga kekal hingga ke jannah!

    ReplyDelete
  2. macam dah trend pula letak gambar pengantin waktu kecik kat welcome board kan :D tahniah pada kedua-dua mempelai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betullah... mujur belum ada yang letak gambar scan dalam perut.

      Delete
  3. Selamat Pengantin Baru dan tahniah buat kedua mempelai 🌹

    Sedap makan karipap dan vadey panas²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat PH, lagipun dah lama tak makan vadei.

      Delete
  4. Balik dari tempat kawin sempat singgah beli makan di gerai. Wah, nyamannya ada air kelapa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertahan jugalah tu dari tempat kenduri nak minum air.

      Delete
  5. Kenduri kahwin anak kawan-kawan adalah mini reunion kawan-kawan kan. Air kelapa itu sungguh menggiurkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul... biasanya diorang akan looking forward next jumpa. Ada satu lagi bulan ni.

      Delete
  6. Dapat juga berjumpa ramai-ramai geng unimate. Geng-geng awet muda semuanya ni. Tak dapat jumpa bergambar, hi hi kat parkir pun bolehlah kan. Kira macam mini re-U jugalah ni. Tahniah buat pasangan pengantin. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA🥰
      Masa kami sampai ramai juga yang dah balik dan bila kami dah balik masih ada yang baru sampai. Yang mana sempat jumpa je lah.

      Delete
  7. Seronok dapat jumpa kawan² unimate..Alhamdulillah...
    Lawa la baju pengantin, sweet je nampak

    ReplyDelete
  8. Sekarang trend welcome board letak gambar masa kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²... nampaknya akak kena cari balik gambar Bami & Kawi dalam album. Depa zaman kodak lagi😅

      Delete
  9. Kawan Uni ammi belum ada lagi yang dah nikahkan anak...takat ni yg paling sulung anaknya dah 23-24 kot sebab dia nikah sebelum habis diploma lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak lama lagi tu... kawan kami ada yang dah nikah masa study, jadi cepatlah anak dia nikah rasa 3-4 tahun lepas.

      Delete
  10. Cantiknya pelaminan dan pengantin 😍😍. Semoga keduanya menjadi pasangan yang rukun hingga nanti bisa mencapai pernikahan diamond. Rezeki makin berkah dan melimpah. Dan dikaruniakan keturunan yg Sholeh/Sholeha

    ReplyDelete