Pages

Tuesday, August 11, 2026

Pengat Pisang Untuk Dessert

Balik rumah petang tadi tak ada apa nak buat sebab Kak Widad dah siapkan dinner. Nampak PH buat serawa nangka kita buatlah pengat pisang. Pisang nangka dari rumah nenek sedang elok masaknya. Sementara tunggu Maghrib siaplah menu nan satu ni. 

Ibu tambahkan tepung buat meramaikan majlisπŸ˜†. Tak adalah bosan makan pisang je.

Tepung gandum + air biasa + garam sikit, bancuhan sedikit pekat macam buat cekodok. 

Ibu didihkan air + daun pandan + gula kabung/Melaka. Cuitkan batter tepung dalam air dan biar ia timbul menandakan sudah masak. Masukkan pisang bagi air mendidih sekejap. Masukkan santan dan sedikit garam.

 
Bubur candil dan pengat pisang sesekali ibu beli untuk berbuka puasa. 

Bubur candil dari tepung pulut, yang ibu buat dari tepung gandum jadi teksturnya agak berbeza.

30 comments:

  1. Replies
    1. Sslamat dah wak... ingat nak ulang esoknya... sudah lesap rupanya. Bila dah sejuk ada rupanya yang berminat.

      Delete
  2. Ya Allah.. hat ni tayang pengat pisang nangka pulak... Ngencesss...

    ReplyDelete
  3. Berlawan-lawan ek masing-masing buat pengat. Lepas tu kita ni tukang perhati je. hihi...Kalau tambah biji sagu lagi sedap ni. Nak kena masak biji sagu pulak kan.
    Ada bahan tu bolehlah buat. Tak ada bahan, kalau teringin tiba-tba bolehlah membeli. Aa gituu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otw balik tu teringat juga pasal sagu tapi malas nak berhenti beli. Kalau ada lagi mantap.
      Akak rasa yang perhati je tu naik 300gπŸ˜†

      Delete
  4. Sedapnya letak sagu. Macam nak buat la bebila rajin nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila.. sila.. buat, beli sagu siap² πŸ˜†
      Letak sagu lagi best tu.

      Delete
  5. Bosan-bosan mmg mudah terjadi menu yang luar biasa kan? sedapnya pengat pisang... teringat plak pengat sukun, dapnyee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu pengat sukun.. belum pernah try. Kena sukun yang masak sikit lah kan.

      Delete
  6. saya pun suka pisang nangka buat pengat ada rasa masam2 sikit
    rajin kak balik kerja masuk dapur semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul... sebab ada rasa masam² tu yang buat sedap.
      Tak masuk dapur nanti Kawi kata takut ibu lupa cara masakπŸ˜†

      Delete
  7. Jauh la pulak kalau tak boleh bertukar juadah ye Kak 😁

    ReplyDelete
  8. makanan orang tua2... saya x minat sangat... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huntonglaaa masih mudaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜‚

      Delete
  9. sedapnyaaaaa.....peberet sepanjang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mieja pun suka ya.. dapat makan sejuk² sedap juga. Ni akk makan dah suam, tak sempat masuk fridge.

      Delete
  10. lama tk mkn pengat pisang..sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap²... dah jadi YB boleh buat bila² masa.

      Delete
  11. tau-tau jadi je ye... ammi belum pernah buat serawa ke pengat ke. bila nak reti ntah

    ReplyDelete
  12. Sedap makan sejuk2, ada pisang awak dkt rumah tu...karang saya masak sorang2 la makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sikit je lah camtu... sedap makan sejuk².

      Delete
  13. Kalau sini sebutnya kolak . Sukaaaa memang. Tp saya makan ini saat Ramadan saja. Banyak yg jual πŸ˜„πŸ˜„. Nak buat sendiri tuh malas nya Krn cuma saya yg makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. kolak ya.. kalau dah sorang je makan, beli je lebih senang. Lebih murah.

      Delete
  14. wah cukup menyelerakan ....bagus dimakan semasa bulan Ramadan sebagai juadah berbuka puasa

    ReplyDelete
  15. Tekstur beza tapi mesti delicious.

    ReplyDelete
  16. Enak temen penget pisang. Ada candilnya... nostalgia sungguh ni.

    ReplyDelete