Pages

Sunday, September 13, 2026

Cekodok Roti

Sarapan pagi ni, yang senang-senang je.
Ada roti Gardenia sebungkus Cik Awie bagi tak termakan, expired dah semalam huhu. Roti masih elok lagi. Teringat ummi ada beritahu roti boleh buat cekodok. Jadi ibu siat-siat masukkan dalam blender, bubuh air secukupnya dan garam sikit je. Pastu blend.

Masukkan dalam bekas dan tambahkan carrot, daun saderi, bawang besar dan udang. Udang tu ibu beli yang frozen sudah siap kupas. Masukkan 2 sudu tepung gandum sebab batter tu tercair sikit.
Kemudian goreng.

Agaknya api terbesar jadi warna geseng sket atau kemungkinan sebab ada yis dalam roti.

Takde beza kalau guna tepung gandum sahaja.
Lembut di dalam dan rangup di luar.

Makan dengan sos cili Life.

Hari ni plannya nak sambung kerja ofis sebab next week ofis cuti panjang 5 hari dari 16hb. Ada beberapa report kena submit by Jumaat, 18hb dan sebab cuti maka 15hb lah kena hantar. 

Semalam Sabtu kerja penuh satu hari sebab ganti 18hb makanya terasa padat betul jadual kerja minggu ni.

10 comments:

  1. Nampak garing tu sedapnya. Tak pernah buat cucur roti nanti nak try la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergaring tu😅
      Try lah buat kot ada roti lebih² tu.

      Delete
  2. Sama dgn Cie la Kak, Cie sarapan cekodok pisang :)
    Dekat rumah ni kalau beli roti kadang cepat habis, kadang tak berusik pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. baru je jengok dapur Cie😆
      Dia macam ada masa² kan.. bila tengah suka makan.. cepat je habis macam tak cukup.

      Delete
  3. Wah roti pun buat cekodok. Ada terbaca lebihan nasi pun boleh buat cekodok. Tak cukup buat nasi goreng buat cekodok. Emm yum yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak... tak terfikir mulanya... kadang makan roti jemu juga. Lepasni kot ada roti lebih masuk freezer dulu.

      Delete
  4. pestime gak dgr cekodok roti. saya pernah makan cekodok nasi, tu pun rasa unik dah.
    busy nya ibu rawiwa sampai sabtu pun keje full day. yg penting nanti cuti 5 hari takde sape boleh ganggu kan

    ReplyDelete
  5. Oooo baru tau roti pun boleh buat cekodok ye. Nampak molek juga kejadiannya sebab garing tu

    ReplyDelete
  6. Wahhh thanks for sharing boleh buat nanti

    ReplyDelete
  7. Pernah buat cucur roti dan saya suka....rangup....

    ReplyDelete