Pages

▼

Sunday, October 25, 2026

Dinner Soondubu Jigae Di Dubu Yo

Cerita 24/9, lepas kerja ibu ke SCM untuk beli hadiah kawan. Otw tu Kawi call bagitau nak join sekali padahal cadangnya balik kerja nak singgah rumah nenek tengok Auni. 

Hadiah kawan ibu beli kat Lovely Lace memandangkan Sabtu ni ada makan² sempena masuk rumah baru yang direnovate besar²an. Nak potluck makanan, kawan ibu kata tak perlu, mungkin sebab dah banyak menunya.

Lepas beli hadiah, ibu ajak Kawi dinner di Dubu Yo.
Biasa lalu je tak pernah masuk pun.

Ambil set Soondubu Jigae Chicken.
Dalam set ni ada :

🍲 Soondubu Jigae ayam — sup Korea berkuah panas dengan tauhu lembut dan isi ayam.
🍚 Nasi DubuYo — nasi campuran beras putih dengan beras hitam Korea untuk dimakan bersama sup.
🥬 Banchan — hidangan sampingan Korea, biasanya termasuk kimchi, lobak jeruk dan sayur berperisa.

Share makan berdua.

Lepak lah kejap dengan Kawi tanya tentang intern dia... masa tu baru beberapa hari Kawi masuk kerja.
Lepas subuh gerak, petang dalam 6.45  baru sampai rumah.
Balik pengsan kepenatan.
Seminggu dua lah camtu sementara nak adapt.
Alhamdulillah dah masuk hampir 5 minggu ok dah. 

Minggu pertama Kawi rajin letak dalam story.. ni 4 hari kerja. Jumaat tak ingat dia pakai baju apa.

Semoga Kawi terus bersemangat sepanjang menjalani latihan praktikal, memperoleh banyak pengalaman yang berharga, dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. 
Semoga sukses selalu! 💪🏻✨
 

6 comments:

  1. saya pestime makan korea food asbab dari dubuyo ni lah. kalau gi dubuyo or any korea restaurant memang always order soondubu jigae je!
    semoga Kawi always semangat pergi keje! cantik betul ootd dia pergi ofis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo mostly resto korea ada menu ni eh.. akak cuma masuk mr dakgalbi je sebelum ni. sedap soondubu jigae ni, comfort food.
      Kawi memang gitu.. tapi mix & match je pakaian dia. Akak tak belikan baru, pakai apa yang ada.

      Delete
  2. Replies
    1. haaa.. sedap.. sedap... rasanya kalau masuk semula mungkin order yang sama 😁

      Delete
  3. Saya tak reti nak makan yang mcm ni. erm...

    ReplyDelete
  4. Banyak menu sedap di Dubuyo. Semoga Kawi terus semangat semasa praktikal

    ReplyDelete