Dibina pada tahun 1755 oleh Sultan Hamengkubuwono I, tugu ini terletak di persimpangan tengah yang strategik dan menjadi sebahagian daripada paksi paksi suci (garis imaginari) yang menghubungkan Gunung Merapi, Kraton (Istana), dan Laut Selatan.
Lepas solat Isyak, kami bertiga jalan sekitar hotel untuk cari dinner. Ibu ada forward kan senarai tempat makan di Jogja yang disyorkan oleh Fanny kepada Mas Donz. Salah satunya Gudeg Mercon Yu Tinah dan menurut Mas Donz ianya hanya walking distance dari hotel. Kami check google memang dekat je. Cumanya.... kedai makan ni buka jam 9 pm - 2 am. Lambat sangat buka dan kami pula sudah lapar. Kemudian saje lah cari Nasi Gudeg makanan tradisi Jogja.
Jadinya kami cari tempat makan lain. Depan dan tepi hotel ada jual Nasi Padang tapi kami belum mahu makan nasi padang lagi. Gerai-gerai kecil yang jual goreng-gorengan pun ada tapi kami tak berapa berani makan sebab tak ada orang.
Nampak satu tempat makan ni ramai orang, jadi kami teruslah ke situ. Nama tempat ni Angkringan Kang Jo.
Para yang atas tu ada dijual pelbagai jenis nasi yang dibungkus kecil-kecil dengan pelbagai nama. Bahagian bawah tu ada sate, bebola dan sosej.Cara nak beli kat sini, letakkan sate atau bebola dalam pinggan kemudian serahkan untuk dikira kemudian mereka akan panaskan semula dengan membakarnya sekejap.
Tempat makan menghadap jalan raya yang sibuk.Angkringan merujuk kepada sebuah gerobak dorong atau warung kaki lima tradisional khas Jawa (terutamanya di Yogyakarta, Solo, dan Klaten) yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.
Istilah ini berasal daripada perkataan bahasa Jawa, angkring atau nangkring, yang bermaksud duduk santai, bertenggek, atau mengangkat sebelah kaki di atas kerusi sambil berehat.
- Nasi Teri
- Nasi Bakar Daun Jeruk Ayam Balado
- Nasi Bakar Ikan
- Teh-o panas
- Air mineral
- Sate ayam
- Sate lemak sapi
- Sate keong
- Sate sotong
- Pelbagai jenis bebola
Nak try Kopi Joss (IDR7,000) yang popular di sini. Masa sampai tu berasap² bila kepingan arang dari kayu pokok Asam Jawa dimasukkan.
Cara nak minum, tekan sikit arang masuk dalam kopi kemudian keluarkan ia. Selepas itu diaduk² kopinya agar tercampur dengan susu. Kopinya berasa smokey sikit. Ibu dan Bami hanya minum beberapa sudu sahaja sekadar untuk merasa. Nak minum lebih takut tak boleh tidur pula.
Angkrinan Kang Jo ni betul² tepi bulatan Tugu Yogyakarta yang sibuk.Sepanjang jalan menuju ke hotel kelihatan beberapa peniaga menjual dagangannya menggunakan speda motor. Kalau tak silap ini bakso.














Nongkrong nang kono yo penak lorr. Makanan dia Macam2 kan. Makin malam makin meriah
ReplyDelete