Entry terakhir jalan² Jogja.
Banyak iklan... jadi lama lah nak habis๐
Di luar Keraton, ramai penjual makanan, minuman dan pakaian. Cuaca pula agak panas, jadi ibu beli Es Jeruk dan Jus Alpokat untuk hilangkan dahaga. ๐ฅต๐ฅค
Syruuuttttt… eh, dah habis! ๐คฃ๐
Sejuk-sejuk masuk tekak, memang nikmat!
Gambar terakhir di Jogja bersama Mas Donz, supir yang telah memberikan khidmat terbaik sepanjang perjalanan kami. Terima kasih atas layanan yang penuh mesra, kesabaran dan komitmen yang begitu baik.
Inflight meal
Beginilah suasana di luar Keraton, sesak dengan kenderaan dan pengunjung.
Kami keluar sekitar jam 10.45 pagi, jadi masih ada masa sebelum ke airport. Teringat pesanan Cik Wada yang minta dibelikan telekung travel, ibu pun bertanya kepada Mas Donz di mana boleh mencarinya.
Mas Donz mencadangkan pasar sekitar Jalan Malioboro. Dia kemudian menghubungi adiknya yang bekerja di sana untuk membantu. Rupa-rupanya, kami dibawa ke Pasar Beringharjo! ๐
Pasar Beringharjo, Jalan Malioboro
Pasar Beringharjo juga ibu dapat info dari blog Yan Travel. Dia macam Pasar Payang cumanya dalam bangunan kedai². Boleh masuk di pintu sini.
Ia merupakan pasar tertua di Yogyakarta yang menjual pelbagai jenis kain batik, pakaian tradisional, herba jawa, kraftangan, dan makanan tempatan.
Cadangnya nak cari telekung travel buat adik² tapi yang ada cuma telekung macam ini. Jadinya pekedai kat sini carikan telekung di kedai lain.
Pelbagai baju bertemakan batik ada dijual di sini. Disebabkan duit rupiah ibu ada lagi jadi ibu belikan Wafi daster. Kainnya lembut dan terasa sejuk. Wafi ni kan asyik rembat kaftan ibu bawak balik asrama, jadi ibu belikan daster 3 helai. Bila balik tunjuk kat dia kemain dia suka. Terus dia rekues nak pakai kat dorm.
Masa sampai awal-awal tu dalam kepala terfikir macam kayangan je tempat makan ni bila tengok pintu ukiran kayu ni. Nampak mewah sungguh.
Atas meja ada diletak pelbagai jenis kerepek saiz kecil. Tertarik untuk mencuba Usus Crispy. Yang ini 50g sahaja
Alhamdulillah kami meninggalkan Jogja dengan makan makanan yang sedap.
Ada juga gerai makanan di sini, tapi tujuan utama kami nak cari telekung di bahagian pakaian.
Dalam berjalan tu, ternampak pula orang menikmati Es Teler dan bubur di tepi-tepi bangunan. Aduhaiii… sedapnya tengok! ๐คค Rasa macam nak singgah makan, tapi misi mencari telekung mesti diteruskan dulu! ๐
Cadangnya nak cari telekung travel buat adik² tapi yang ada cuma telekung macam ini. Jadinya pekedai kat sini carikan telekung di kedai lain.
Pelbagai baju bertemakan batik ada dijual di sini. Disebabkan duit rupiah ibu ada lagi jadi ibu belikan Wafi daster. Kainnya lembut dan terasa sejuk. Wafi ni kan asyik rembat kaftan ibu bawak balik asrama, jadi ibu belikan daster 3 helai. Bila balik tunjuk kat dia kemain dia suka. Terus dia rekues nak pakai kat dorm.
Nenek ada belikan sepasang dress untuk satu²nya cicit. Sebenarnya nenek lupa nak belikan masa pergi Hatyai tempohari, tu yang teringat.
Kami beli di kedai ni je. Adik Mas Donz berbaju hitam manakala yang tengah tu peniaga yang jual telekung.
Ibu tak adalah beli kain batik or kain pelekat sebab yang beli di Bukittinggi 2 tahun sebelum ni pun baru je pakai.
Tak explore bahagian lain sebab rasa dah cukup apa yang nak dibeli. Tak berlama pun dalam Pasar Beringharjo, sekitar 11.15 pagi kami bergerak ke kereta.
Adik Mas Donz hantar sampai ke kereta padahal ibu dah menolak sebab kami tau jalannya. Kataanya entah kapan lagi boleh jumpa jadi sambil jalan boleh ngobrol.
Aihhh… baik sungguh! ๐ฅฐ Baru berjumpa sekejap, dah mesra macam kenal lama. Siap pimpin tangan nenek lagi sepanjang jalan. Manis sungguh layanan dari nya! ❤️
Waroeng Sambal Spesial (SS)
Mas Donz membawa kami makan tengahari di Waroeng Spesial Sambal.
Menu yang tertera. Setelah membuat pesanan, ibu saje lah ambil gambar sebab ada sesuatu yang memikat hati.
Masa sampai awal-awal tu dalam kepala terfikir macam kayangan je tempat makan ni bila tengok pintu ukiran kayu ni. Nampak mewah sungguh.
Atas meja ada diletak pelbagai jenis kerepek saiz kecil. Tertarik untuk mencuba Usus Crispy. Yang ini 50g sahaja
uishhh... so syedap...
Terus kami borong 14 peket yang 100g. Harga IDR13,000 sepeket
Disebabkan yang original hanya ada 6 peket jadi kami ambil perisa pedas dan barbeque.
Bagi kami yang paling sedap adalah yang original.
- Bebek bakar
- Ayam kampung bakar
- Ayam kampung goreng
- Kangkung tumis
- Kobis goreng 2 set
- Kobis goreng tepung
- Tempe goreng
- Sambal bawang
- Sambal cumi tepung
- Sambal jengkol
- Nasi putih
Alhamdulillah kami meninggalkan Jogja dengan makan makanan yang sedap.
Harga semua makanan dan minuman IDR156,200
Walaupun pintu berukiran kayu mewah, namun harga makanan dan minuman sangat reasonable.
Yokyakarta International Airport, Kulon Progo
Gambar terakhir di Jogja bersama Mas Donz, supir yang telah memberikan khidmat terbaik sepanjang perjalanan kami. Terima kasih atas layanan yang penuh mesra, kesabaran dan komitmen yang begitu baik.
Sebelum ke tempat menunggu akan jumpa beberapa lukisan dan tulisan comel seperti ini di dinding.
V
V
V
V
Flight jam 17.30 pm waktu tempatan dan sampai jam 9 pm waktu Malaysia.
Masuk dalam flight, duduk terus masing-masing terlena. Penat betul rasanya.
Terjaga sejam kemudian ketika dengar pengumuman FA nak serve meal.
Entah lerr.... asal je sebut makanan terus auto buka mata ๐คฃ
- Mac & Cheese
- Chicken Tender
- Roasted Chicken with Black Pepper
Terasa sedap betul minum teh tarik bila bangun .. padahal paket je.
Dah kenyang sambung lah tidur lagi.
Beg ni masa pergi koyak sikit je, bila balik dah bertambah besar. Beg ni masuk kabin je memang tak ada nak check-in. Tak ada nak claim insurans pun. Dah boleh hapus sebab lama dah, beg umrah nenek pertama kali under Rabbani. Beg ni juga Wafi bawa balik naik ETS sepanjang Form 1. Dah tiba masa untuk dilupus setelah berkhidmat sekian kalinya.
Itinerary yang diterima dari agen Faridah beberapa hari sebelum bertolak.
*ITINERARI TRIP JOGJA 4H3M*
๐
Hari Pertama
-Mendarat di Yogyakarta Internasional airport 11.20
-Lunch local food
-Gumuk pasir 15K/per (activiti Jeep 600K/jeep : optional )
-Pantai Parang Tritis
-Dinner
-Hotel
๐
Hari Kedua
-Sunrise Mangunan 52k/per
-Rumah Hobbit 3k/per
-Hutan Pinus mangunan 10k/per
-Pantai Timang (Gondola ride 200/per : optional)
-Makan lobster khas pantai timang 680-800k/set
-Sky view 25k/per
-Dinner
-Back to hotel
๐
Hari Ketiga
-Jeep Merapi lava tour 600K/jeep
-Breakfast kopi klotok masakan khas Jawa
-Candi Borobudur 455K/per
-Tebing breksi 10K/per
-Malioboro Street shopping
๐
Hari Keempat
-Check out hotel
-City tour Jogja
-Wear traditional attire Baju Jawa (optional)
-Taman Sari 25K/per
-Shoping ole-ole
-Lunch
-Drop to airport flight 1730
*Finish trip*
NOTE :
Itinerari fleksibel dan boleh berubah sesuai request client, cadangan supir, keadaan cuaca dan trafik semasa.
Pakej ini tidak termasuk makan dan travel insurans.



























Cantik adik Mas Don tu :)
ReplyDeleteSeronok baca cerita travel akk ni, ada rezeki nak pi jugak In Sha Allah
Kannn.. pertama kali jumpa manis je nengoknya.
DeleteInsyaallah.. nanti PH pulak pergi.
Hahha ni kalau saya yg sampai pasar tu bkn takat telekung..mcm² nak dibelinya tu kak ๐คฃ๐คฃ silap² mmg konpom beranak bag hahah
ReplyDeleteKihkih... takut tak jumpa jalan keluar ๐คฃ
DeleteSedapnya tengok hidangan beralaskan daun pisang tu. Kena pulak masakan panas, naik aroma.
ReplyDeleteBesar sungguh jasa beg tu ya. Puas dia ke sana ke sini. Lepas ni beg baru pulak yang berkhidmat ๐
Sudah beli tapi kualiti tak bagus sangat huhu
DeleteUwaaaaah penutup cerita ya kak ๐๐๐. Saya tak pernah masuk pasar Beringharjo hahahahhaha. Lewat saja, tapi tak masuk. Sebab ramai sangat ๐คฃ. Memang lah kami nih tipe yang kalau ramai sangat, cari tempat lain jadinya.
ReplyDeleteResto warung sambal SS itu banyak cabang seluruh Indonesia. Dan memang jenis restoran yang sangaaat affordable. Mah pesan banyaaaak menu pun, tetap terhitung murah hahaha . Dan sambalnya memang bikin panas badan lah ๐ . Habis tisu banyak untuk bersihkan hidup yang berair parah , saking pedasnya
Betullah.. rameiiรฌ
DeleteSedaplah makanan kat Warung SS tu.. sambalnya mantap. Puas hati.. itupun ambil sikit² je sebab sangat pedas tapi sedap.
Alhamdulillah berakhir sudah episod - episodnya.
ReplyDeleteDah boleh move on.. buat cerita lain๐
DeleteWaduh makan nya penuh meja. Semua nampak sedap. Tapi jogja makanan dia memang sedap
ReplyDeleteYang last tu aduh terus pengsan rasanya. Hahaha
Betul kak.. sedap makanan diorang dan pelbagai. Tak sempat saya explore banyak.
DeleteAkak kalau pi indon suka es jeruk dia. Sedap sebab limau manis yg kulit hijau tu Di buat jus. Kat sini ada tapi buat jus tak sama macam kat indon. Dia org selalu order air alpukat tapi akak tak suka sebab pekat rasanya.
ReplyDeleteHaa kan.. es jeruknya sedap..
DeleteSebab tempat kita jus alpokatnya tak sama dengan diorang.. tu yang kalau ke sana wajib beli.
Cantiknya ukiran kayu pada pintu masuk tue ..sangat² halus detailing .
ReplyDeleteTu yang risau mulanya, takut harga makanan setanding corak di pintu huhu
DeleteGbar yang last sekali tu, kemain ye dia bahan kan kak Faizah.. hahaha
ReplyDeleteMenyampahhhhh ๐๐
Delete